2017

Saturday, 30 December 2017

BOSANNYA HIDUP TANPA HOBI

December 30, 2017 12
BOSANNYA HIDUP TANPA HOBI
Assalamualaikum and hye readers~



Hobi adalah aktiviti yang kita suka dan akan lakukan apabila ada masa terluang. Penting ke ada hobi? Waktu sekolah dulu, cikgu selalu tanya pasal hobi. Boleh dikatakan hobi juga adalah tajuk yang popular untuk karangan. Waktu tu, hobi mengumpul stem memang biasa kita dengar. Ai pun pernah kumpul stem. Sanggup pergi pejabat pos dan beratur panjang semata-mata nak beli stem. Tak aci kan? Tapi tak lama pun hobi tu. Hobi gedik-gedik nak ikut trend.



BOSANNYA HIDUP TANPA HOBI
Gambar hasil carian di google.com.



Antara hobi yang biasa kita dengar adalah melukis, membaca, melayari internet, memasak dan macam-macam me lah. Apa hobi ai? Ai ada hobi ke? Selalunya bila ai cakap ai tak tahu apa hobi ai atau ai tak ada hobi, mesti orang yang kenal ai tetapi tak kenal rapat dengan ai akan cakap "yeke kau tak ada hobi? Kau kan suka menjahit. Hari-hari kau menjahit."


Well ai tak nafikan hampir setiap hari ai menjahit. Tapi hobi adalah sesuatu yang kita suka buat di waktu lapang. Sejujurnya ai tak suka menjahit bila ai ada masa lapang. Ai menjahit untuk cari duit lebih dan bukan mengisi masa lapang. Ai suka seni dan ai suka design. Bila ambil jurusan fesyen dan diwajibkan untuk tahu menjahit, itu bonus untuk ai.


Bila ai fikir-fikir balik, ai rasa hobi ai membaca. Nampak tak? Hobi sendiri pun main rasa-rasa. Kenapa ai cakap membaca? Sebab bila ai ada masa ai suka membaca. Tapi bukan novel tau. Ai lebih kepada majalah. Tak kisah lah majalah hiburan ke majalah ilmu ke asalkan majalah. Selain majalah, ai suka baca blog dan cerita-cerita viral di media sosial atau apa-apalah yang memberi information yang berguna pada ai. Even pamplet pun ai suka baca. Dari situ lah ai mendapat idea untuk menulis dalam blog ni. Ai bukan tak baca novel langsung, tapi ai akan baca novel ikut mood. Kalau sinopsis menarik, baru ai akan baca. Ataupun recommended dari kawan-kawan.



BOSANNYA HIDUP TANPA HOBI



Jadi, penting ke hobi? Kalau korang tak ada hobi, apa yang korang suka buat di masa lapang? Makan? Tidur? Termenung? Semua tu pun boleh dijadikan hobi. Tapi hobi yang tak cool lah. Hahaha! Bosannya hidup kalau tak ada hobi. Pada ai, setiap manusia ada hobi sendiri. Mesti ada sesuatu yang korang suka buat. Tak kisahlah apa pun hobi korang, asalkan tidak menyusahkan orang lain dan tidak memudaratkan sesiapa.




Thursday, 28 December 2017

DAPAT KEK HARI JADI PERCUMA DARIPADA ME'NATE STEAK HUB!

December 28, 2017 16
DAPAT KEK HARI JADI PERCUMA DARIPADA ME'NATE STEAK HUB!
Assalamualaikum and hye readers~



Enam hari lepas adalah ulangtahun kelahiran encik husband yang ke........ 48? Hahaha! Gurau je. Jangan marah ye. Masih belum terlambat untuk ai buat entri hari jadi untuk encik husband. Birthday kan sebulan, apa nak kisah. Kalau orang lain kisah, ai tak kisah. Korang pun jangan kisah. Ok? Deal! Happy birthday, husband! Ai pasti, dah masuk 2018 nanti baru dia baca entri ni. Hahaha!


DAPAT KEK HARI JADI PERCUMA DARIPADA ME'NATE STEAK HUB!



Dua minggu sebelum birthday encik husband, ai dah tanya awal-awal "nak apa untuk birthday?". Ye lah, tak payah ai susah-susah fikir nak bagi apa. Hehehe! Nak senang kerja je. Lagipun tanya awal-awal sebab kalau tak mampu boleh reject awal. Sekali encik husband request nak makan di Me'nate Steak Hub. Garu kepala sekejap. Pricey kot! Tapi ai ok kan je sebab masih sempat nak menabung. Tiba-tiba ai rasa macam nak buat surprise, tapi tak tahu nak surprise apa. Akhirnya ai cakap dengan encik husband ai tak jadi nak bawa dia makan di Me'nate sebab ai tak ada bajet. Tapi encik husband nak juga. Dia kata biar dia belanja. Bila ai cakap ai dah booked tempat lain, terus masam mencuka muka dia. Hahaha!


So, pada hari kejadian ai dah booked siap-siap. Lepas maghrib kitorang pergi. Encik husband macam tak ada mood, sebab ai cakap makan tempat lain kan. Mengidam ke apa? 😒 Bila dah separuh perjalanan ai cakap dekat dia, "ya, kita nak pergi makan kat Me'nate lah ni. SURPRISED!!". Baru lah encik husband nak senyum. Korang rasa kenapa ai surprised kat dalam kereta? Bukan sebab encik husband tak ada mood tau, tapi ai tak tahu jalan nak pergi ke Me'nate seksyen 14 Shah Alam!! Dan gps tak berfungsi!!! Rosak program. 🙍


Sampai di sana kena beratur dulu di kaunter untuk dapatkan table. Ai tak pasti kalau pergi waktu biasa perlu atau tidak. Disebabkan ai dah booked, so tak payah lah nak tunggu ada table kosong. Kalau nak makan steak, korang boleh pilih daging yang disediakan di dalam fridge. Harga daripada rm30+ hingga rm1000+ tengok pada kualiti dan berat daging tu. Daging dah siap pack dalam plastik dan dah siap harga pada plastik tersebut. Lepas pilih, tunggu lah di meja sementara mereka masak. 


DAPAT KEK HARI JADI PERCUMA DARIPADA ME'NATE STEAK HUB!
Ini encik husband punya. Tapi satu tulang rusuk hilang. Hahaha! Harga RM70+

DAPAT KEK HARI JADI PERCUMA DARIPADA ME'NATE STEAK HUB!
Ini ai punya. Kenyang tau. Harga RM70+ juga.



Tak rugi lah kami makan di Me'nate Steak Hub. Puas hati. Daging dia lembut sangat. Sekejap je dah licin pinggan. Lepas tu ai order one slice chocolate caramel cake. Ai minta waiter tolong tuliskan happy birthday. Sekali kek sampai, bukan tulisan je, sekali dengan lagu happy birthday dapat. Acah-acah malu kitorang berdua kat situ bila satu restoran menyanyi dan tepuk tangan sekali.Makan lah kami berdua sambil tersipu malu.


Masa nak bayar, cashier suruh check dahulu resit betul atau tidak. Ai bagitahu ada add on cake. Sementara tunggu waiter bagi harga kek, encik husband saja bergurau "nak bagi kek percuma semperna birthday ke?". Tiba-tiba cashier tu jawab, "birthday encik ke hari ni? Kami memang bagi kek percuma semperna birthday." Oh, patut lah harga kek tak ada dalam resit. Hehehe! Rezeki kami. 


Satu yang paling ai suka pasal Me'nate ni, tak payah risau nak tinggalkan meja kosong. Tak ada siapa yang akan ambil meja tu. Kalau korang makan steak, korang boleh dapat air secara percuma. Air tu boleh refill banyak kali. Tapi kalau ai jahat, ai tak makan steak pun ai pergi ambil air tu. Ai ta rasa ada siapa yang perasan. Sebab self service kan. Tapi korang pun jangan buat macam tu, tak baik. Nanti perut kembung!




Tuesday, 26 December 2017

APA AZAM 2018 SEORANG AISYA ISMAIL

December 26, 2017 5
APA AZAM 2018 SEORANG AISYA ISMAIL
Assalamualaikum and hye readers~



Diam tak diam, 2017 bakal meninggalkan kita. 2018 bakal menggantikan 2017. Dah ready ke semua nak tambah usia? Ready ke tidak, kita tetap kena melaluinya. Ai ada banyak azam 2017 yang tak tertunai. Antaranya nak ada business sendiri. Tak apalah, ai bring forward azam tu ke tahun 2018. Semoga segala urusan dipermudahkan.


Bila nak masuk 2018 ni, seperti tahun-tahun lepas, mulalah macam-macam azam yang muncul. Korang pun macam ai tak? Setiap tahun berazam, tapi kebanyakkannya kelaut dalam sana tu. Tahun ni azam besar ai berazam nak penuhi semua azam-azam ai. Apa azam tu?




APA AZAM 2018 SEORANG AISYA ISMAIL
Gambar hasil carian di google.com.



1- Nak ada bussiness sendiri - Ini bukan azam baru sebenarnya. Ai dah beberapa tahun tanam azam ni. Tapi ada je benda-benda yang tak diingini menjelma. Bussiness sendiri maksud ai, ai tak perlu makan gaji dah. Bukan bussiness part time macam sekarang.

2- Menjadi blogger yang berjaya - Nak bussiness ke nak jadi blogger? Both! Blogging adalah minat ai, so tak salah kalau ai masih jadi part timer blogger. Tapi up sikit, blogger yang berjaya.

3- Kurus - Readers yang kenal atau pernah jumpa ai, mesti akan cakap "nak kurus apa lagi dah kurus?". Percayalah, kalau korang kenal ai sejak azali mesti korang pun cakap ai dah gemuk. Tu hakikat yang ai asyik dengar dari mulut orang-orang yang rapat. 😢

4- Kaya - Korang tak kisah tak kaya? Ai pun tak kisah. Tapi ai nak juga jadi kaya. Kalau memang tak tertulis rezeki ai untuk kaya, ai redha. Tapi ai nak kaya.

5- Rumahtangga bahagia selamanya - Siapa yang taknak rumahtangga yang bahagia. Bukan fairy tales sahaja yang mengharapkan kebahagian, semua orang yang dah berkahwin pasti mahukan rumahtangga yang bahagia.

6- Menjadi isteri dan anak yang solehah - Sebagai manusia biasa, banyak kekhilafan di dalam kehidupan seharian ai. Sama ada ai sedar atau pun tidak. Yang sedar tu yang tak boleh blah. Tahu ai buat silap, tapi masih nak buat. Semoga 2018, ai menjadi insan yang lebih baik.



Ok, cukuplah enam saja. Kalau ai letak banyak-banyak pun belum tentu ai bersungguh nak buat kan. Less is more. Quality better than quantity. Haa kalau boleh semua quote ai nak letak kat sini. Sebenarnya sama je azam tiap-tiap tahun. Ni ai letak yang acah-acah best je. 😝 Korang ada azam tak untuk tahun 2018 ni? Apa azam korang?





Sunday, 24 December 2017

TERINGIN NAK MAIN SALJI

December 24, 2017 16
TERINGIN NAK MAIN SALJI
Assalamualaikum and hye readers~



Tahun ini, bulan ini, minggu ini, hari ini, waktu ini, ramainya orang-orang yang ai kenal kongsi gambar bermain dengan salji. Kalau pergi bercuti ai tak kisah pun, kat mana-mana pun boleh bercuti. Tapi bila bermain salji, jealous nya! Ditambahkan pula dengan gambar atau video berjalan dalam hujan salji. Double jealous! Ada negara-negara tertentu je yang ada salji. Itu pun kalau nasib tak baik, salji tak turun.



TERINGIN NAK MAIN SALJI
Gambar hasil carian di google.com.



Dah lama ai teringin nak main salji. Tapi belum rezeki ai. Ada rezeki nanti ai mesti dapat pergi juga. Tapi yang menjadi masalah kalau ada rezeki nanti, ai ni tak tahan sejuk. Aircond dalam bilik pun bergaduh nak ubah suhu. Yang seorang nak sejuk yang seorang taknak sejuk sangat. Macam mana lah keadaan di tempat yang cuaca sememangnya sejuk? Apatah lagi kesejukkan musim salji. Ai boleh bertahan ke tidak?


Ada juga ai baca dan ada ai dengar pengalaman daripada kawan-kawan ai, cuaca Malaysia jauh lebih baik daripada tempat bersalji. Better pergi ke tempat lain selain tempat bersalji sebab sejuk dia melampau sangat. Tapi ai tak peduli. Ai nak rasa sendiri dulu. Bila dah rasa, best tak best, serik tak serik tu semua belakang cerita. Yang penting rasa dulu. Hehehe!





Friday, 22 December 2017

BANGGUNAN YANG PELIK DAN UNIK

December 22, 2017 12
BANGGUNAN YANG PELIK DAN UNIK
Assalamualaikum and hye readers~



Bila ada masa terluang yang berlebih-lebih, ai suka google something. Macam-macam ai google. Selalunya mesti lah tentang isu-isu semasa. Selain itu, perkara yang ai kerap cari di ruangan google adalah gambar-gambar yang pelik dan unik. Dalam erti kata, benda itu wujud sama ada dalam kehidupan yang nyata ataupun khayalan semata-mata. Tapi kewujudannya lain dari yang lain. Fuhh kreatif manusia ni. Banyak idea yang luar biasa dan tak tercapai dek akal. Untuk hari ni ai nak kongsikan gambar-gambar banggunan yang pelik dan unik tetapi menarik minat ai.



BANGGUNAN YANG PELIK DAN UNIK

Longaberger adalah sebuah syarikat pengeluar dan pengedar bakul kayu buatan tangan yang diperbuat daripada kayu maple, perabot dan juga hiasan rumah. Banggunan yang menyerupai bakul kayu itu telah dibuka pada tahun 1997. 



BANGGUNAN YANG PELIK DAN UNIK

Hang Nga Guesthouse juga dikenali sebagai "Crazy House". Reka bentuk Hang Nga guesthouse ini seperti pohon besar dan hasil gabungan reka bentuk haiwan, cendawan, sarang labah-labah dan juga gua. Telah dibuka pada tahun 1990 dan mendapat pengiktirafan untuk seni bina yang unik. Rumah tumpangan ini digambarkan sebagai kisah dongeng. Mempunyai sepuluh buah bilik yang mempunyai tema tersendiri sepeti bilik harimau, bilik helang, bilik semut dan bilik kanggaroo. Horror betul tengok reka bentuk rumah ni tapi tetap menarik minat ai.



BANGGUNAN YANG PELIK DAN UNIK

Telah siap pada tahun 1955 dan dianggap sebagai contoh seni bina organik yang signifikan. Rumah Bavinger ini pernah dibuka untuk para pelawat dan telah ditutup semula. Rumah itu telah kosong selama lebih kurang satu dekad dan mengalami kerosakkan. Pada April 2016 telah dilaporkan rumah itu telah dirobohkan.



BANGGUNAN YANG PELIK DAN UNIK

Banggunan pangsapuri ini telah dibina pada tahun 1990-an dan siap pada tahun 2000. Banggunan tersebut mengandungi 105 rumah dan garaj. Dulu terdapat restoran, cafe dan bar untuk orang ramai kunjungi di bahagian tingkat paling atas. Terdapat lebih daripada 1000 buah tingkap dan uniknya tidak ada satu pun tingkap yang sama dengan yang lain.



BANGGUNAN YANG PELIK DAN UNIK

Reka bentuk banggunan Habitat 67 pada mulanya direka untuk projek tesis pelajar daripada program senibina di McGill University. Setinggi 12 tingkat dan mempunyai 146 rumah dengan pelbagai saiz dan rekaan. Habitat 67 telah menjadi perhatian seluruh dunia dan mendapat pujian kerana cubaannya yang berani dan keajaiban seni binanya. 



BANGGUNAN YANG PELIK DAN UNIK

Tea Pot Dome Service Station telah dibina pada tahun 1922. Banyak banggunan baru seperti ini dibina sebagai tarikan jalan raya. Pada asalnya ia adalah sebuah stesen minyak. Kini Tea Pot Dome Service Station telah menjadi pusat pelawat dan destinasi pelancongan .



BANGGUNAN YANG PELIK DAN UNIK

Pemasangan House Attack selesai pada tahun 2006. Rumah itu kelihatan seperti jatuh dari langit dan membenamkan dirinya ke dalam muzium. Huishhhh kalau jatuh tu sia-sia je. Tapi kalau dari tahun 2006 tak jatuh, kukuh dan selamat lah tu kan. Hehehe!



BANGGUNAN YANG PELIK DAN UNIK

Ai paling kagum dengan Nautilus House ni. Rekaan dia luar dan dalam cantik. Bahagian dalam macam dalam taman. Kalau rumah ai, mesti selalu melekat je tak keluar rumah. Nautilus House adalah sebuah rumah berbentuk shell yang unik. Reka bentuknya sangat berani dan unik. Beratus-ratus tingkap kaca kecil berwarna pelangi di letakkan dengan kreatif di siling dan dinding rumah. 



BANGGUNAN YANG PELIK DAN UNIK

Ideal Palace telah diilhakan oleh para artis selama lebih daripada satu dekad. Lama tu. Rekaannya langsung tidak menyamai mana-mana seni bina. Istana ini didakwa menerima lebih kurang 120ribu pelawat setiap tahun.



Kalau lah ai ada duit berkepuk-kepuk, ai nak buat rumah macam Nautilus House. Balik rumah lepas kerja mesti tenang je. Siaplah kalau rumah bersepah, mesti huru hara. Daripada perasaan dalam taman terus bertukar menjadi dalam belukar. Kihkihkih!





Tuesday, 19 December 2017

TAK RUGI MENJADI PENDENGAR YANG BAIK

December 19, 2017 17
TAK RUGI MENJADI PENDENGAR YANG BAIK
Assalamualaikum and hye readers~



Bila ada masalah, ada orang akan cari seseorang untuk meluahkan masalah. Ada juga yang suka bersendiri. Kadang-kadang orang yang ada masalah ni tak boleh mengawal perasaan. Macam-macam rasa dalam diri tu. Ai salah seorang yang tidak dapat kawal perasaan ketika bermasalah. Kadang-kadang rasa nak menangis, kadang-kadang rasa nak marah dan kadang-kadang rasa kosong. Sampai satu tahap, ai akan menyendiri atau mencari seseorang untuk meluahkan apa yang ai rasa. Tapi selalunya, akan tidur lah. Refresh balik minda sebelum luahkan sesuatu.



Gambar hasil carian di google.com.



Menjadi seorang pendengar kepada masalah orang lain kadang-kadang satu masalah yang besar untuk kita. Bukan apa, bila orang yang bermasalah ni dalam keadaan emosi, semua benda tak kena. Tipulah kalau sentiasa bersabar kan. Mesti mengata juga dalam hati bila orang yang bermasalah tu menjadi masalah kepada kita. Tapi dalam masa yang sama, ikhlas memang nak mendengar masalah tu dan jika mampu nak membantu. Jadi apa yang kita perlu lakukan untuk menampakkan keprihatinan dan dalam pada masa yang sama nak tahan dengan emosi orang yang bermasalah ini?


1- Berdiam diri dan bersabar - Kalau korang tak tahu apa nak komen, better senyap. Tak perlu nak beri komen apa-apa. Kalau mereka marah, bersabarlah. Sabar itu kan separuh daripada iman. Kalau beri pendapat tapi tak kena dengan apa yang mereka mahupun belum tentu tak kena marah. So, apa bezanya?

2- Berikan Tumpuan - Apabila seseorang meluahkan masalah pada kita, itu adalah kerada dia memerlukan seseorang untuk mendengar dan percaya pada kita. Korang berilah tumpuan dengan masalah mereka. No handphone please. Jangan tunjukkan yang korang bosan untuk mendengar.

3- Tanya apa-apa soalan - Jika perlu atau tidak faham dengan apa yang disampaikan, tak salah untuk bertanya. Dengan cara ini juga menampakkan yang korang prihatin dan bersungguh untuk mendengar.

4- Dengar sebelum memberi pendapat - Jangan sesekali korang jump into conclusion sebelum mendengar masalah mereka. Jika conclusion korang salah, tak mustahil mereka akan beremosi serta-merta. 

5- Memberi sokongan - Tak salah jika korang menyokong atau berpihak kepada mereka. Jika korang rasa mereka salah, korang bersetuju dulu dengan point-point yang mereka beri. Setelah itu, barulah berikan pendapat korang.

6- Tinggalkan je - Itu tak kena, ini salah, cakap macam ni kena marah, cakap macam tu kena marah. Padahal memang terang-terangan diorang dah buat sesuatu yang salah. Jenis yang tak nak terima langsung nasihat orang lain. Korang blah je. Tak payah tunggu. Tapi jangan lah disimbah minyak pada api. Bagilah apa-apa alasan yang logik untuk pergi. Percayalah, mereka hanya mahukan perhatian.



Gambar hasil carian di google.com.


Tak salah untuk meluangkan masa untuk mendengar masalah orang lain. Terutamanya orang yang dekat dan rapat dengan kita. Hari ini kita mendengar masalah mereka, esok lusa mungkin kita pula yang perlukan seseorang untuk mendengar masalah kita. Buat baik dibalas dengan kebaikan, buat jahat, ada balasan nya nanti. Yang penting, jangan sesekali mencari masalah.





Saturday, 16 December 2017

TAHUKAH ANDA? #3

December 16, 2017 12
TAHUKAH ANDA? #3
Assalamualaikum and hye readers~






TAHUKAH ANDA? #3




- Bunga cengkih dapat mengatasi masalah sakit gigi -

- Air basuhan beras dapat mengatasi masalah kencing tak lawas -

- Belimbing buluh dapat merawat tumit pecah -

- Garam dapat menghilangkan bau hanyir -

- Bau bekas makanan dapat dihilangkan dengan merendam surat khabar ke dalamnya -

- Santan kelapa tua dapat mengatasi masalah uban -

- Dengan minum susu dapat elakkan masalah dengkur -

- Serbuk kayu dapat menyuburkan pokok bunga -

- Air basuhan beras juga dapat menghilangkan bau daging -

- Teh cina dapat membantu mengilatkan barang kemas -

- Bedak sejuk boleh menghaluskan kulit bayi -

- Minyak zaitun dapat membantu masalah mulut berbau -

- Campuran air, cuka dan lemon dapat menanggalkan daki pada jubin -

- Diet protein mampu menguruskan badan -

- Bunga cengkih juga boleh digunakan untuk menghalau lalat -



Jom berkongsi ilmu~





Thursday, 14 December 2017

YANG HIDUP PASTI AKAN MATI

December 14, 2017 15
YANG HIDUP PASTI AKAN MATI
Assalamualaikum and hye readers~



Pagi semalam sebaik sahaja ai sampai office, ai dikejutkan dengan berita mak long sebelah husband ai meninggal dunia. Al-fatihah. Terkejut dan macam tak percaya. Sehari sebelum tu sihat je, siapa sangka semalam dia pergi meninggalkan dunia ini.



YANG HIDUP PASTI AKAN MATI



Selepas selesai pengebumian jenazah, ai berkumpul di rumah mak saudara sebelah husband. Ibu mertua ai dengan kakaknya dan sepupu-sepupu sebelah husband flash back balik kisah-kisah lama. Tiba-tiba ibu mertua ai cakap "kalau nak pergi sekejap je. Kita tak tahu bila masa kita pula. Solat tu kena jaga, jangan tinggalkan".


Ai berfikir sejenak, bila tiba masa ai pula nanti, dah cukup ke amal ibadat ai di dunia? Sudah bersediakah ai bila tiba waktu itu? Bersedia atau tidak, ajal maut itu di tangan tuhan. Allahuakhbar. Insaf sekejap. Mungkin sebab itulah kita disuruh sentiasa mengingati mati. Bila mengingati kematian, secara tak langsung kita sendiri akan berfikir apa nasib kita kelak. Sampai bila kita hidup? Bagaimana pengakhiran kita nanti? Sedikit sebanyak menginsafkan kita yang sedang terleka dengan duniawi.


Sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. Dan luangkan sedikit masa untuk sedekahkan Al-fatihah kepada arwah maklong ai. Semoga roh nya dicucuri  rahmat. Aamiin.




Tuesday, 12 December 2017

BENGANG DENGAN PEMANDU GRAB!

December 12, 2017 12
BENGANG DENGAN PEMANDU GRAB!
Assalamualaikum and hye readers~



Ai dah jadi pengguna aplikasi Grab dan Uber selama tiga ke empat tahun ni. Bukan lah setiap hari ai naik Grab dan Uber ni, tapi sentiasa jadi pilihan bila tak ada pilihan. Hehehe! Tapi, Grab always be my first choice. Lepas tu baru ai akan pertimbangkan Uber. Sebab Grab fee dah fixed, so senang untuk ai buat bajet perjalanan.





Bila encik Husband outstation, ai memang akan pilih Grab. Selama ni memang tak ada problem pun. Selalu  sangat diorang dapat five star dari ai. Sampailah tadi, ai rasa hilang sabar dengan pemandu Grab. Dari office ai memang susah nak dapat service Grab ni. Ai pun tak pasti sama ada diorang memang tak suka masuk kawasan tu ataupun customer tak ramai kat situ. Kalau dah lama sangat masih tak dapat searching pemandu Grab, barulah ai akan beralih arah kepada Uber. Uber memang tiada masalah di kawasan tu.


Sebelum balik kerja tadi, ai search for Grab driver awal-awal. Lama juga lah baru ai dapat pemandu Grab tu. Beberapa minit lagi nak pukul 6 petang. Syukur alhamdulillah boleh balik  awal. Pemandu Grab tu messege bagitau akan lewat dalam 20 minit. Lama tu, tapi ai ok je. Biasalah mesti jammed masa orang nak balik kerja. Selepas lebih sepuluh minit ai tunggu dengan sabar, tiba-tiba pemandu Grab tersebut cancelled booking. Seriously? Lepas lebih sepuluh minit? Dah lah susah nak dapatkan pemandu Grab selepas pukul 6. Ai bengang betul dengan Grab! Ini lah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 


Nasib ai baik, bila ai search untuk pemandu Grab yang baru terus dapat. Walaupun jammed teruk nak masuk kawasan tu, abang pemandu Grab tu masuk juga. Oh terharu. Kalau tak, ai akan salah kan pemandu Grab yang cancelled booking tu 100% walaupun dia tak ada kena mengena dengan jammed!





Friday, 8 December 2017

MASAK-MASAK BERSAMA CHEF ZAMIR

December 08, 2017 11
MASAK-MASAK BERSAMA CHEF ZAMIR
Assalamualaikum and readers~



Last week ai berkesempatan untuk menyertai cooking demo yang dianjurkan oleh AMC Group. Korang tahu tak apa AMC ni? AMC ni adalah jenama yang mengeluarkan produk memasak dengan reka bentuk yang canggih, luar biasa dan cantik. 


Apa yang ai boleh katakan, ai seronok joint demo ni. Ye laa, secara tak langsung ai dapat berjumpa dengan beberapa orang blogger yang ai hanya kenal di dunia blogger dan media sosial sahaja. Selalunya ai hanya baca blog mereka dan komen, bila ada event yang macam ni, baru lah dapat bersua muka. 






Selain para blogger, ai juga dapat beramah-mesra dengan Chef Zamir selaku duta jenama AMC. Sopan orangnya. Chef Zamir ni pemenang program masterchef 2013 kalau tak silap ai. Chef Zamir menunjukkan demo memasak empat resipi dengan menggunakan periuk jenama AMC. Menunya adalah butter cake, nasi biru, rendang ayam dan sayur campur. Nampak macam senang je Chef Zamir masak. Sekejap je dah siap empat menu.






Sepanjang demo tersebut, ai sangat kagum dengan periuk jenama yang digunakan. Memang canggih ok. Siap korang boleh choose nak memasak secara manual ataupun auto. Kalau korang set auto, sambil masak sambil korang boleh mandi, lipat baju, basuh baju atau apa-apa lah. Tak payah risau kek korang hangus, tak payah risau sayur goreng korang over cooked. Ada juga pengguna produk AMC dalam event tersebut. Bila akak tu kongsikan pengalaman menggunakan produk tersebut, ai kagum gila dengan kecanggihan produk tersebut yang diceritakan oleh beliau. Siap tegaskan yang dia tidak dibayar oleh penganjur. Dia hanya berkongsikan pengalaman sahaja. Harap-harap birthday tahun depan encik husband bagi hadiah periuk AMC =D






Produk-produk AMC sememangnya agak pricey. Masa ai dengar harganya pun ai macam tertelan air liur. Tapi bila melihat kecanggihan periuk-periuk tersebut, memang selayaknya dengan harga yang ditawarkan. Malah, ada jaminan sehingga 30 tahun. Periuk jenama apa yang ada jaminan selalma itu? Korang nilai lah sendiri. Worth it ke tidak? Pada ai, sangat berbaloi tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk ini, korang boleh layari website https://www.amc.info/en-my/.




Wednesday, 6 December 2017

GONG YOO VS FATTAH AMIN

December 06, 2017 11
GONG YOO VS FATTAH AMIN
Assalamualaikum and hye readers~



Kalau sebut pasal artis Korea, ai memang tak kenal ramai. Ai just kenal Gong Yoo, Lee Dong Wook, Lee Min Ho sebab Boys Over Flower dan "my name is Rain". Hahaha! Kalau bukan sebab iklan tu, mesti ai tak kenal Rain. Yang lain-lain bukan lah tak kenal, ada juga yang bila tengok muka ai tahu tu artis Korea. Dan ada juga bila sebut nama ai tahu tu artis Korea. Tapi kalau korang bagi nama dengan tunjuk muka, suruh ai matchkan, ai angkat bendera putih.



Tak pernah tak handsome. Gambar hasil carian di google.com.



Nama Gong Yoo memang tidak asing lagi di Korea. Ai rasa mula famous dengan cerita Coffee Prince dan yang terbaru Goblin. Berlakon memang best, menjiwai betul watak. Tapi ai perasan something, kebanyakkan drama yang dilakonkan oleh Gong Yoo mesti hero and heroin asyik nak bergaduh je. Tapi gaduh-gaduh manja lah. Nak dekat ending cerita berpisah sementara dan di akhir cerita bertemu semula. Atau memang semua cerita Korea macam tu ye? Tapi tak kisah lah, kalau actor, actress dan acting nya bagus dan berkesan, who cares?


Fattah Amin pula? Kalau Malaysian tak kenal, memang sedih lah. Kalau korang minat ke tak minat dengan Fattah Amin, korang tetap kenal kan? Tak baik tau buat-buat tak kenal. Ai masih ingat first drama Fattah Amin, Playboy Itu Suami Aku. Eh, yeke? Ke Suami Aku Playboy? Lebih kurang lah, memang tajuknya ada playboy. Sejak tengok cerita tu, ai memang dah tak follow cerita-cerita Fattah Amin. Fobia! Kalau ada pun, tengok gitu-gitu je. Sampai lah drama Bencinta lakonan Fattah Amin dan Fathia Latiff. Ai suka drama tu and ikut sampai habis. Dan yang terbaru, My Coffee Prince yang ai baru je tengok tadi. Not Bad. Banyak improvement. Kesian dia korang masih panggil kayu. Tak hebat macam Namron tapi ok je tak teruk pun.



As model memang selalu in character. Gambar hasil carian di google.com.



Kenapa ai compare Gong Yoo dengan Fattah Amin? Mesti lah sebab dua-dua pun berlakon dalam Coffee Prince. Dan of course versi Gong Yoo lagi best. Tapi, ok je yang versi Fattah Amin. Cuma kalau dia lebih bersahaja lagi ok kot. Lama-lama mantap lah tu lakonan dia. Apa-apa pun, ai suka tengok video pernikahan Fattah Amin dan Fazura. Sweet-sweet gittuww..





Sunday, 3 December 2017

SHOWCASE GEMPAK GILER! BANGI WONDERLAND

December 03, 2017 19
SHOWCASE GEMPAK GILER! BANGI WONDERLAND
Assalamualaikum and hye readers~



Since ai join Kelab Blogger Ben Ashaari, ini adalah first event ai dengan team #kbba9. Awesome! Semua ahli yang join Showcase Gempak Giler ramah tamah belaka. Ai mengaku, ai ni pemalu yang amat ok. So, bila jumpa tu ai macam wordless. Nasib baik semua orang sporting, bagi ai rasa selesa. Terus rasa ok dan tak ada istilah disisihkan langsung. Hehehe!



#kbba9 


Showcase Gempak Giler ini adalah event yang dianjurkan oleh Bangi Wonderland Theme Park & Resort. Event ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis yang cukup sporting iaitu Ezad Lazim dan Ameng Spring. Lagu-lagu legend yang dinyanyikan sungguh menghiburkan. Korang masih berpeluang untuk bersantai bersama family dan berhibur bersama artis di Bangi Wonderland. Hari ini, Dato' Awie dan Siti Nordiana akan memeriahkan suasana. Manakala minggu hadapan pula korang dapat berhibur bersama Amy Search dan Nico G pada 9 December dan band Khalifah dan Projector Band pada 10 December.



Ezad Lazim.

Ameng Spring



Di Bangi Wonderland, terdapat banyak tarikan yang korang perlu cuba sendiri. Slide sahaja, ai rasa ada lebih daripada sepuluh jenis dan semuanya mencabar. Guess what? Dalam banyak-banyak slide tu, ai berani naik dua sahaja. Budak sekolah rendah pun berani naik slide yang paling rare. Antara rides yang korang perlu cuba, bagi ai adalah insane racer, the fall dan wonder loop. Tapi rides yang famous adalah water cannon. Terpulang pada citarasa korang sendiri.



Kids Adventure.

Water Cannon.

Magic Funnel. Photo kredit to www.mommylin.com.

Pirates Bay. Photo credit to www.lyndachelah.com.

Anaconda Trail & Insane Racer. Photo credit to www.lyndachelah.com.



Bila sebut 'Theme Park' atau 'Taman Tema Air', yang selalu merisaukan ai adalah toilet dan changing room. Ai rasa bukan ai sahaja, korang pun sama kan? Selalunya toilet dan changing room theme park kurang bersih. Yelah, dengan pengunjung yang ramai, korang boleh imagine sendiri lah keadaan toilet dan changing room tersebut. Tetapi, ai boleh bagi kredit untuk toilet dan changing room di Bangi Wonderland. Bersih dan ai sangat berpuas hati.


Kalau korang bercadang untuk membawa anak-anak berjalan tetapi masih tidak tahu ke mana, Bangi Wonderland sangat sesuai. Terdapat banyak permainan air di Bangi Wonderland yang sesuai untuk anak-anak korang. Yang penting, tinggi dan berat mencukupi. Bangi Wonderland juga ada membuat promosi sempena cuti sekolah. RM150 untuk empat orang pada hari biasa dan RM180 untuk empat orang pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Additional RM30 untuk pengunjung yang tiada Mykad. Korang dapat jimat banyak kat situ tau. Jadi, jangan lepaskan peluang ini.




Thursday, 30 November 2017

SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW

November 30, 2017 1
SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
Assalamualaikum and hye readers~



Esok kita akan menyambut Maulidur Rasul. Jom sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.





صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ