TECHNICIAN MESIN JAHIT

Monday, 29 May 2017

TECHNICIAN MESIN JAHIT


Assalamualaikum and hye readers~


Sebelum ai mulakan entri hari ni, ai nak bagitau bahawasanya ai ni part time tailor. So kalau korang nak alter baju ke boleh direct pm ai di ig @byaisyaismail..



TECHNICIAN MESIN JAHIT
Gambar hasil carian di google.com.

Sebagai seorang tailor, perkara normal lah jika ambil tempahan jahitan untuk raya kan. So, ai pun proceed lah beberapa tempahan. Tak banyak pun. Sebab ai takut tak terkejar nak siapkan. Almaklumlah.. Part time je kan. Ai keje makan gaji di siang hari, di malam hari ai menjahit. Zaman sekarang tak cuckup kalau makan gaji je. Yang kaya pun ada dua tiga kerja sebab nak cari duit tepi, inikan pula kita yang biasa-biasa ni. Jangan malas ye sebab duit tu tak datang bergolek. Gunakan segala kreativiti anda untuk cari duit sampingan.


Nak dijadikan cerita, last saturday penuh semangat yang membara ai nak mulakan kerja-kerja menjahit. Dah ada pattern, dah potong kain tibalah masa untuk merempit menggunakkan mesin kesayangan tu. Tapi bila ai nak mulakan jahitan, jahitan jumping! Frust ok! How nak menjahit kan kalau jumping-jumping.



TECHNICIAN MESIN JAHIT




Siapa yang menjahit mesti tau betapa stress nya bila jahitan jumping. So, ai dengan penuh confidentnya cuba nak repair sendiri. Dah pusing apa yang kena pusing, tukar jarum and bla bla bla, hasilnya masih macam tu juga. Ok, ai sabar dulu. Ai google kot-kot ai dapat tips lain, tapi majoriti bagi tips yang sama. Ai sabar lagi, cari punya cari ai berjaya jumpa tips-tips yang maybe boleh berjaya. Bila dah godek-godek mesin tu, dengan lafaz bismillah ai pun mula merempit.. WHATTT??? Benang atas langsung tak tarik benang bawah?? Ok ni ai dah tak boleh sabar.


Ai try contact technician yang pernah baiki mesin ai dulu. Sahran nama dia. Dia ok. Tapi malang nya ai tak dapat hubungi langsung. Whatsapp tak lepas, call pun handphone off. Bukan rezeki en. Sahran lah untukbaiki mesin kesyangan ai tu.  Ai pun mula menggunakan perkhidmatan pakcik G (google) yang selalu membantu di saat-saat genting macam ni. Majority yang ai jumpa, technician cuti or luar kawasan. Ok faham! First day Ramadhan kan, Sabtu lak tu. So, ai usaha lagi. Ai jumpa sorang technician daripada Kamani Trading. Yang ni ai tak sure nama dia sebab tak dinyatakan. Lepas ai letak phone gitu-gitu je ai reject dia. Kenapa? Sebab dia non malay and ai time tu nak bagi bussiness kat sesama melayu.. Nampak tak niat murni tu? Dah saat genting pun masih fikir nak tolong melayu.


So, ai sambung lagi pencarian. Kali ni ai jumpa technician melayu. Yes! Kami berhubung menerusi whatsapp. Ok da cun deal semua, Tiba-tiba ada hidden charges. RM30 charge delivery. Ko rasa? Sama-sama dalam satu daerah kot! Masa tu husband dah perli. "Nak tolong melayu lagi ke?". Of course yes, tapi bukan hari ni lah. Maybe lain hari. So ai decided untuk proceed technician dari Kamani Trading tadi. Sementara tunggu dia reply tu, ai cuba-cuba cari juga technician lain. Ai jumpa seorang technician ni namanya Simon. Banyak blog yang promote Simon ni. So, ai pun call dia. Tapi hampa sebab dia KL area only. Tapi dia tanya juga apa masalah machine ai tu. Kot-kot boleh ajar ai repair dalam phone je kan. Bila dah cerita panjang dia cakap timing belt problem and better panggil technician. Simon kata kalau harga dia dalam rm50-rm60.


Elok end conversation, technician dari Kamani Trading reply. Macam Simon tadi, technician ni pun tanya apa problem semua. Bila ai dah terangkan, technician ni kata timing belt problem. Sama lah kisah nya? Ok dia proceed nak datang. Harga dia rm80. Sebenarnya ai tak pasti ni harga yang ok atau pun mahal. Tapi sebab dah terdesak sangat ai proceed. Dia suruh tunggu sebab dia ada di Sungai Buloh. Tak sampai sejam dia dah ada depan rumah.


Bermulalah proses repair machine kesayangan tu. Guess what? Service dia terbaekk. Machine ai tu ada problem-problem lain. Dah alang-alang ada technician, ai minta tolong tengokkan sekali. Lega sangat bila machine dah ok. Terus happy.



TECHNICIAN MESIN JAHIT




 Lepas dah settle semua, dia pesan kalau penggunaan kerap better service 6 bulan sekali and dia bagitau a few spare part yang better tukar. Tapi dia tak suruh pun tukar, sebab masih boleh guna. Hehehehe. Macam kereta pulak. Lepas tu dia tinggalkan sebotol minyak. Dia suruh tukar minyak bila perlu. Settle bagi tips semua, saat-saat mendebarkan tiba. PAYMENT! Seram tau sebab ai ada penambahan repair benda lain kan. Kalau dia ketuk sampai rm300?? Ok ni dah tawakal habis. But alhamdulillah, bayarannya tetap rm80. So, ai pun hantar technician tu sampai depan pintu. Time tu juga ai start enjin merempit. Hahahah!


Kalau ada yang nak mencari technician tu, boleh dapatkan contact number mereka di bawah.


En. Sahran : 0193861765
Simon : 0162228177
Kamani Trading : 0127729666


Ok sampai di sini sahaja entri kali ni. Harap dapat membantu sesiapa yang memerlukan technician. Sehingga bertemu lagi.
Assalamualaikum~

8 comments:

  1. Tak taw pulak complicaed nak jaga mesin ni. Mahal jugak nak maintenance nya. Selalu pikir mcm nak belaja menjahit bg lepas jahit baju sendiri tapi bila tu taktawlahh..

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  2. actually takde lah complicated pun. cuma kalau da sakit tenat kena lah jumpa yang pakar. hehehe.. belajar lah menjahit. kalau bukan untuk bussiness, untuk knowledge pun ok.. =)

    ReplyDelete
  3. kalau zaman dulu, kerja menjahit ni kerja orang senang.
    Goyang kaki aje dapat duit.
    Sekarang dah tak payah goyang kaki, merempit pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah! sekarang still goyang juga.. bila kaki dah kebas..

      Delete
  4. wah bestnya pandai menjahit...dulu pernah belajar menjahit,tapi separuh jalan...ruginyaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rugi sangat.. side income ai datang dari menjahit tau..

      Delete
  5. Bertuah Aisya pandai menjahit..
    Bab mesin jahit problem memang boleh spoil mood..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D