Assalamualaikum and hye readers~
Hari ni ai nak sambung entri pasal trip ai ke Sabah Sarawak. Dan entri kali ni ai nak kongsi pengalaman semasa di Kundasang. Macam ai katakan dalam entri trip to Kuching sebelum ni, gambar yang ai kongsikan ada yang ai amik sendiri dan ada hasil carian di google. Sebab?? Ai tak banyak amik gambar. Heheheh kalau gambar syok sendiri tu banyak lah dalam simpanan. Ok jom kita mulakan entri trip to Kundasang.
7 MAY 2017
Flight kami ke Kota Kinabalu sepatutnya pukul 6.30a.m, tapi delay ke pukul 7.30a.m. So macam flight to Kuching, ai keras kejung kat dalam flight. Tapi ada improvement sebab ai dapat tengok flight landing.. Hahaha!! So kami tiba di KK dalam pukul 8.30 macam tu.
Macam biasa kerete sewa dah tunggu kat luar. Kalau korang perlukan khidmat kereta sewa boleh lah try no ni 013-8777156 En. faizal. Macam-macam kereta dia ada. Korang tinggal nak pilih je.
Masa amik kereta tu, en faizal tu suggest untuk kami pergi ke Gaya Street before bertolak ke Kundasang. Kat Gaya Street tu ada pasar pagi and ada hari ahad je. So kami ke sana dulu, tapi tak ada beza pun macam pasar tani kat seksyen 13, Shah Alam setiap Ahad tu.
Lepas dah habis cuci-cuci mata kat pasar pagi, kami terus bertolak ke Kundasang. Almost 2 hours dalam kereta. Tapi kami disajikan dengan permandangan yang tersangat lah WOW.. Sampai kat atas tu kami berhenti makan di kfc dulu. Lapar sangat. Air asia ada bagi pie, tapi as usual ai tak makan dalam flight.
Habis makan and tapau, kami terus menuju ke Desa Cattle Dairy Farm. Kat sini feeling macam New Zealand. View dia cantik sangat. Sempat lah kami tengok proses perah susu lembu tu. Tapi ai tak tengok sampai habis sebab mengantuk sangat. Tak tidurkan dari malam.
Oh ye, kat sini korang boleh beli susu segar dengan dua pilihan perisa original dan chocolate, aiskrim juga dengan dua pilihan perisa original dah chocolate dan juga yougurt ada beberapa perisa ai tak ingat selain strawberi and blueberi. Korang kena cuba semua ni tau. Sedap sangat.
Setelah penat menikmati keindahan di sini, kami decide untuk check in. Kami memilih Mile 36 Lodge sebagai penginapan kami di Kundasang. Ok, on the way nak ke Mile 36 Lodge tu kami singgah di strawberry and roses farm. Tapi ai tak suggest untuk korang pergi buat masa ni. Strawberry tak banyak pun and roses area tengah pengubahsuaian. Means tak ada apa lah yang menarik kat situ kan.
Dalam perjalanan tu, korang akan jumpa satu gerai sayur borong yang sangat murah betul-betul tepi jalan. Ada juga sayur yang dijual tak payah borong, tapi tak banyak pilihan yang ada. Air beli kobis kimchi 2 ikat dengan timun jepun 3 biji baru rm2. Murah gila.
Kami tiba di Mile 36 Lodge sebelum pukul 6. Memang dah janji sebelum pukul 6. Lepas checkin kami menuju ke bilik untuk berehat. Macam duduk di rumah kampung. Langsung tak mengecewakan. Di Mile 36 Lodge ni ada pilihan untuk amik bilik atau rumah.
Memandangkan kami berlima, kami decided untuk amik rumah old long house. Selesa untuk kami. Dalam rumah ni ada dua bilik dan tiga toilet. Ada lagi rumah yang besar, tapi untuk kami berlima tak perlu lah besar-besar sangat. Tak sempat nak explore satu rumah pula nanti.
Nampak seram tak view malam tu? Gelap gelita kan? tapi ok je kawasan tu. Ada dua ekor anjing yang very friendly. Mike and John (ok nama ni kami yang bagi). Malam tu kami tak ada pergi mana-mana pun. Sebab malam-malam pekan Kundasang tak hidup pun. So kami berehat and tidur awal.
8 MAY 2017
Pagi ni kami keluar awal, pukul 6.30a.m kami dah keluar. Tapi tak pergi mana-mana pun. Kat kawasan tempat penginapan kami, kalau masuk dalam sikit ada ruang rehat untuk melihat puncak gunung kinabalu. Serius cantik. Sebenarnya area Kundasang tu banyak tempat boleh tengok view puncak gunung tu. Cuma pagi-pagi dengan tak mandi siapa yang nak pergi jauh-jauh kan. Di tambah pula dengan kesejukkan. Oh ye.. Di Sabah waktu solat setengah ke satu jam awal. So pukul 6.30a.m tu dah terang tau. Sebab tu confident merayau jalan kaki.
Dah puas tengok puncak gunung kinabalu, kami bersiap-siap untuk keluar. Sebelum keluar, kami breakfast dulu. Breakfast provided untuk 4 orang. So kena tambah rm10 untuk 1 kepala. Tapi jangan expect macam breakfast kat 5 star hotel pula. Buffet ala kampung je. Selepas breakfast kami menuju ke Sabah Tea Garden. Boleh lah kalau nak cuba minum teh kat Kundasang. Harga dia murah berbanding tea di Cameron Highland. Tapi ai tak boleh minum, pekat sangat. Masa tu tak terfikir pun nak tambah plain water.
Baca juga: Gunung Banang
Nice view kan? Lepas minum tea kami meneruskan perjalanan ke Fish Spa, Kampung Luanti. Tak jauh pun dari sabah tea garden ni. Entrance fee rm5 untuk 15minit sahaja. Kalau nak mandi pun boleh, rm10. Harga makanan ikan 20sen sahaja. Mula-mula masuk dalam sungai tu memang cuak gila. Yelaa ikan besar-besar kot. Siap dengan ikan keli ada dalam tu. Lama-lama baru steady. Bila dah steady masa pun tamat. Hahaha. Tapi yang akan gigit-gigit kaki korang just ikan kecik-kecik je. Ada lah dalam besar tapak tangan. Yang besar tu gesel-gesel manja je.
Selepas dipanggil keluar, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Kawasan kolam air panas ni agak besar juga. Tapi amaran keras! Jangan makan di kawasan kolam-kolam ni. Ada dua ekor anjing berkeliaran kat area situ. Pantang kitorang keluarkan makanan, anjing tu mesti datang. Power betul hidung dia. Kalau korang rajin korang boleh masuk dalam hutan untuk menikmati Poring Waterfalls. Penat sikit lah nak naik. Tapi berbaloi. Kat atas tu ada 2 waterfalls. Waterfall pertama iaitu Kipungit Waterfall dalam 350m dari bawah dan perlu meneruskan perjalanan sejauh 3km untuk menikmati waterfall kedua iaitu Langanan Waterfall. On the way nak naik ke waterfall kedua tu korang akan jumpa bat cave.
Kami naik ke waterfall sekejap je. Itupun sampai waterfall pertama je. Tak larat nak naik tinggi lagi. Memandangkan cuaca yang tak mengizinkan dan kami takut kepala air muncul, kami decided untuk turun. Baru lah mandi air panas. Walaupun hujan, tapi kolam berbumbung, so tak ada masalah. Oh ye, on the way naik ke atas tu korang boleh melalui canopy walkway dengan bayaran rm20 satu kepala. Kalau taknak takpe.
Balik dari mandi manda di hot spring, kami makan-makan di pekan Ranau. After that balik bilik dan turun minum-minum di cafe sambil bermain UNO dan kemudian berehat sampai pagi.
9 MAY 2017
Hari ni kami bangun lewat. Hahahah marah mak cik sorang tu tau bila kejut kami taknak bangun. Macam hari semalam, selepas kami bersiap-siap kami turun untuk breakfast. Setelah breakfast kami memulakan perjalanan menuju ke Kundasang War Memorial. Sebelum tu sempat lah singgah di tepi jalan untuk amik gambar view gunung kinabalu. Malam tadi hujan, so kabus hilang pagi tu.
Setelah puas berjalan dan mengambil gambar di war memorial, kami terus menuju ke kaki gunung kinabalu yang terletak di Kinabalu National Park.
Untuk masuk ke dalam itu boleh menaiki kenderaan. Kalau nak berjalan kaki pun boleh cuma sanggup dengan tidak je. Perjalanan jauh dan mendaki. Di atas sana macam di tempat lain, view yang menjadi keutamaan. Ada tupai yang sangat jinak juga di atas tu tau. Korang just perlu beli kacang untuk dia. Lepas tu letak atas tangan dan hulurkan, confirm dia datang amik kacang tu. Tapi berhati-hati, jangan lalai di atas sana. Kalau jatuh kan dah susah. Selepas itu kami menjamu selera di Restoran Panataran. Restoran ni berhadapan dengan Kinanbalu Nasional Park. Kalau kat Kundasang, to me this is the best food. Sedap dan banyak. Korang cubalah sendiri.
Dah settle makan, kami meneruskan perjalanan. Kali ni kami menuju ke upside down house. Ai excited untuk pergi situ tapi sedikit kecewa dengan keadaan dalam tu. Hahahah I expect more ok. So taknak cerita panjang-panjang. =P Kami pun bertolak ke Kota Kinabalu.
Ok tamat lah sudah kisah kami di Kundasang. Kesimpulannya Kundasang best. Maybe sebab Kundasang belum membangun kot. Rumah-rumah pun style landed lagi. Tak ada banggunan tinggi-tinggi. Tak ada pencemaran. Next time kalau ada trip lagi ke sana and ai tak ada apa-apa halangan, ai on je.. Hehehe.
Sampai di sini sahaja entri kali ni. Next entri ai akan ceritakan pengalaman ai di Kota Kinabalu pula. Last destination before fly back. See yaa.. =)
Nampaknya saya kena baca dulu entry asiyah sebelum entrt ni.
ReplyDeleteOk, saya mengundur ke belakang duli.
Hahaha yelah.. entri bersambung ni..
Delete