MEDICAL CARD

Monday, 5 June 2017

MEDICAL CARD


Assalamualaikum and hye readers~


Semalam adik ai whatsapp. Her husband admit di Pantai Medical Center kerana suspek denggi. Adik ai ni pregnant early seven months. Kenapa PMC?? Of course sebab dekat dengan rumah dan senang adik ai nak berulang-alik ke hospital menggunakan perkhidmatan Grab memandangkan dia tak boleh drive. Kalau boleh memang nak masuk je government. Tapi jauh lah untuk seorang preggy women untuk berulang-alik. Dan semestinya grab fee lebih mahal.



MEDICAL CARD



Grab fee mahal tak boleh tapi private hospital mahal boleh pula? Dulu ai pun selalu terfikir, ada antara saudara dan kawan ai yang kerja biasa-biasa tapi bila sakit mampu pergi private hospital. Paling kuat pun ai akn fikir yang company tanggung. Tapi sejak ai diperkenalkan dengan medical card, baru ai faham. Haaa lucky adik ipar ai ada medical card. Sebab tu lah mereka tak kisah masuk private hospital. Walaupun harga mahal, tak payah nak pikir-pikir pasal bil itu ini.



MEDICAL CARD
Gambar hasil carian di google.com.




Bila ai fikirkan situasi adik ai ni, ai mula terfikir how orang-orang susah struggle untuk ke government hospital bila sakit. But ai tak kata pun government hospital tu tak bagus. Bagus.. Since kecik pun family ai mostly masuk government hospital bila sakit. And ai pun dibesarkan dengan klinik kesihatan. Alhamdulillah KK tu tak lah jauh dari rumah. Kalau nak cerita pasal how zaman-zaman kesukaran transport dulu nak kena pergi government hospital ai tak pasti lah sebab masa tu zaman ingat nak main masak-masak je. Mana nak amik pusing hal sekeliling kan. Tapi bila zaman ai cari duit sekarang, ai perasan semua tu. Kalau buat sesuatu tu mesti nak kena fikirkan sesuatu yang lain pula. Dan benda yang pasti kita fikir adalah cost. So, apa yang ai maksudkan adalah macam mana orang-orang susah bersusah-susah untuk ke government hospital di atas faktor macam mana mereka pergi.


APA ITU MEDICAL CARD?

Medical card adalah kad perubatan yang akan dibawa ke hospital sebagai pengganti tunai. Kira macam kad kredit lah. Tapi bezanya kad kredit berhutang, tapi medical card tak perlu berhutang. Dengan medical card ni membolehkan si pemiliknya check in dekat hospital swasta yang terpilih. Tapi mostly medical card sekarang dah boleh check in kat mana-mana private hospital.


Mesti ada yang dah mula fikir ai jual insurance and nak promote medical card kan? No no no. PR ai worst gila. Baru mukadimah orang dah decided taknak beli. Cuma nak kongsi apa yang bagus nya medical card ni. Jujur dulu ai tak rasa penting pun. Tapi tiga tahun lepas ai amik juga lah since yang jual tu cousin rapat boyfriend masa tu kan.. Bila dia jual tak tau macam mana nak kata taknak tu. Heheheh. Tapi awal tahun ni, ai tiba-tiba jatuh sakit. Low blood pressure and perut tolak semua makanan. And hospital terdekat masa tu KPJ and SALAM and we choose KPJ since husband ai keje situ. Senang lah dia nak jaga ai kan. Masa tu baru ai yakin yang setiap orang mesti ada medical card untuk kesenangan diri sendiri.


Lagi sekali ai nak repeat, government hospital bukan tak bagus, cuma tu semua pilihan masing-masing nak yang mana satu.


Ok sampai di sini sahaja entri kali ini. Sehingga bertemu lagi.

Assalamualaikum~

8 comments:

  1. Sepatutnya kita kena ada sekurang2nya satu medical card.
    Banyak manfaatnya.

    ReplyDelete
  2. mmg bagus ada medical card .. nice sharing aisya. :)

    ReplyDelete
  3. medical card yg dicerita i memang bagus. sangat beguna.
    macam mna pun hospital swasta lebih elok dari hospital gomen. bukan niat merendahkan tapi kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua gomen tak bagus tau.. Sebab mak ai suka gomen.. ok je..

      Delete
  4. Perlu juge especially time emergency kan? Thanks share options yg menarik!

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D