FOLLOW ME! MASIH BERBISA

Sunday, 9 July 2017

FOLLOW ME! MASIH BERBISA


Assalamualaikum and hye readers~


Siapa kat sini ada masalah kelemumur yang teruk tahap jatuh-jatuh atas baju? Ai mengaku ai ada. Tapi sekarang dah ok tau! Macam mana boleh ok? Haa meh sini ai nak cerita. Ececeh.. Hahaha!


Dulu ai langsung tak ada masalah dengan kelemumur. Licin je kulit kepala. So, ai memang suka bertukar-tukar shampoo. Orang kata best, ai pun guna. Sampai lah one day, ai balik kampung. Ai tertinggal shampoo. Mak ai pun offer lah guna shampoo dia. Sangat famous brand nya. Tanpa rasa bersalah ai pun menggunakan shampoo itu. 



Gambar hasil carian di Google dan hanya sekadar hiasan.

Mula-mula ok dan tiada masalah langsung. Tapi selepas beberapa hari, kulit kepala ai mula gatal-gatal. Bila garu, habis kelemumur bertaburan di baju. Kalau taknak bertaburan, ai tak boleh sentuh kepala. Agak-agak berapa lama ai boleh bertahan dengan tidak menggaru?


Ai mula cari penyelesaian. Bermacam-macam shampoo ai cuba. Kekerapan tukar shampoo tu memang luar biasa lah. Sampai terdetik hati nak pergi YUN NAM HAIR CARE! Nasib baik mahal. Kalau tak confirm ai dah ke sana.


Masalah ai berlarutan beberapa tahun. Ai cuma mampu kawal je. Tapi dia taknak hilang. Sampai lah selepas ai berkahwin, encik husband cakap dah teruk sangat. So, kami pun teruskan pencarian penyelesaian kepada masalah ai ni. Macam-macam petua kami baca. Yang tak logik pun ada. Majoriti memang suruh letak kapur. Tapi ai malas. Haa tengok! Tak habis-habis perangai malas. Macam mana nak baik kan?


Kami berdua banyak membaca blog tentang masalah rambut dan kulit kepala. Setelah beberapa hari, kami terjumpa satu blog di mana penulisnya mempunyai masalah yang sama dengan ai. Tapi dia punya lagi teruk. Sampai tak boleh cover langsung. Nasib baik orang sekeliling dia sangat supportive!


Nak tau tak dia gunakan apa? Shampoo Follow Me je pun. Alasan dia masa mula-mula nak cuba tu, katanya sebab dia mula terfikir kenapa follow me masih bertahan hingga sekarang. Itu je. Kental juga lah hati dia.


So, ai pun decided untuk menggunakan shampoo yang sama. Cari dekat pasaraya tak jumpa. Ai pun tak sure tak ada stok ataupun memang diorang tak jual. Last sekali ai pergi Mydin. Ada! Yes ada. Happy gila ok. Shampoo ni ada beberapa jenis. Ai guna dandruff control shampoo yang warna kelabu. Hasilnya.... Dah masuk lima bulan ai gunakan shampoo ni. Semua kelemumur hilang.






Shampoo ni tak ada dalam botol kecil. So boleh bertahan dalam dua atau tiga bulan. Tengok pada kekerapan penggunaan. Tapi murah je shampoo ni. Tak sampai rm20 pun untuk sebotol shamppo yang besar.


Ada satu kelemahan kecil pada shampoo ni. Ai tak suka bau dia. Bau dia macam sembur ridsect di kepala. Tau tak ridsect tu apa? Alaaa racun serangga tu. Tapi ai bertahan sebab nak kulit kepala yang sihat. Tapi lama-kelamaan, bau dia dah tak kuat. Maybe sebab dah sebati dengan rambut kot. Hahaha. Ada juga bila ai baca review di blog, pengguna suka dengan baunya. Wangi katanya. Semua ni ikut selera masing-masing lah kan. Yang penting hasilnya memang tip top. Tak menyesal ai guna tau.


Ok, siapa ada masalah yang sama dengan masalah yang ai pernah alami ni, cepat-cepat lah cari shampoo follow me ni. Sekarang ai dah tak ada masalah kegatalan kulit kepala tau. Pakai tudung pun selesa sangat. 😃

10 comments:

  1. Pernah guna tapi stop sebab lama lama rambut jadi kasar, pastu mcm dah tak best huhu. Tapi saya suka la bau dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? ai guna rambut makin lembut.. maybe sebab ai ada guna hair serum kot.. so dia balance.. =)

      Delete
  2. Kalau saya dijakarta mau beli samponya dimana.??

    ReplyDelete
  3. sis pakai shampoo ni dalam brapa lama bru nmpk kesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang dua minggu dah nampak kesan. Tapi kena konsisten.

      Delete
  4. kalau ad kelemumur kan brapa hari sekali kita perlu cuci rambut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai prefer selang sehari atau 3 hari sekali. Cuci rambut hari-hari boleh buat kulit kepala kering.

      Delete
  5. pakai syampu ni rambut ad gugur/jadi kras x sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau memang jenis rambut gugur, dia tak kurangkan masalah tu. Tapi ai pakai dengan conditioner brand lain dan serum. So tak ada masalah rambut keras.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D