Assalamualaikum and hye readers~
Pagi ni ai bersiap untuk ke office macam biasa. Dalam pukul 8.00 tu ai and encik husband dah turun untuk bertolak. Selepas ambil bekal yang ai dah siapkan di dapur, kami keluar rumah.
Cuaca mendung. Ai bertanya kepada encik husband 'nak pakai baju hujan ke?' dan dengan pantas encik husband cakap taknak. Ai pula spesis lalang yang cepat terikut cakap orang (tapi bukan setiap masa ok). Terus ai pun decided untuk tidak memakai baju hujan. Padahal awalnya ai dah nak keluarkan baju hujan dari dalam beg.
Gambar hasil carian di Google.com |
So, kami pun bergerak dengan confident tanpa memakai baju hujan. Keluar je highway, hujan terus turun mencurah-curah ke bumi. Nasib baik encik husband pakai jacket kalis air and ai menyorok di belakangnya. Tapi seluar, basah juga lah. Tapi sekejap je. Dalam suku perjalanan kami sudah pun berada di zon belum hujan. Sempat lah kering kan.
Bila encik husband patah balik, katanya hujan lebat semasa di highway. Tetapi dia terus ke pejabat memandangkan hanya seluarnya yang basah. Lega bila dengar encik husband dah selamat sampai.
Moral of the story, sediakanlah payung sebelum hujan. Oopss! Bukan kena pakai payung atas motor tau. Tapi, kalau dah nampak cuaca tak elok tu, pakailah baju hujan siap-siap. Tak perlu fikir-fikir hujan jadi turun atau tidak. ✌
No comments:
Post a Comment
Janga lupa untuk tinggalkan komen =D