SEJARAH PERNGORBANAN NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL

Friday, 1 September 2017

SEJARAH PERNGORBANAN NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL


Assalamualaikum and hye readers~


Ai nak ucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua umat islam di dunia yang membaca article ai ni. Kepada yang terlibat dengan penyembelihan dan melapah lembu, berhati-hati dengan tugas masing-masing ok. 


Since kecik-kecik dulu, ai suka dan minat baca buku-buku kisah nabi. Cuma sekarang ni, ai dah tak terapkan amalan membaca dalam diri. Tapi setiap kali baca, mesti hati ai tersentuh. Kisah-kisah nabi terlalu banyak pengajaran yang boleh kita pelajari.


Gambar hasil carian di Google.com.


Sempena hari raya Qurban hari ini, ai nak kongsikan tentang sejarah kenapa kita menyambut hari raya Qurban atau hari raya Aidiladha ini. Ai yakin ramai yang dah tahu tentang cerita Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail kan? Jom kita flashback sikit. Ai ambil cerita ini daripada https://tugas-agama.blogspot.my/ dan ringkaskan serta ubah cara penulisan sesuai dengan penulisan ai. 😃

Nabi Ibrahim a.s telah berkahwin dengan Hajar dan telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Nabi Ismail. Sewaktu di usia remaja Nabi Ismail, ayahnya Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi, beliau harus menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Mimpi adalah salah satu cara turunnya wahyu Allah kepada para nabi. Bukannya mainan tidur seperti kita ye. Maka Nabi Ibrahim harus melaksanakan perintah yang diterima di dalam mimpi itu. Nabi Ibrahim termenung memikirkan mimpi berat itu. Nabi Ibrahim dan Hajar dikurniakan anak, iaitu Nabi Ismail setelah berpuluhan tahun lamanya berusaha dan berdoa kepada Allah s.w.t. Anak yang menjadi kesayangannya tiba-tiba harus dijadikan qurban oleh tangannya sendiri.


Amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim itu. Namun, perintah Allah perlu dilaksanakan. Nabi Ibrahim bertekad, dia akan menyembelih anak lelakinya sebagai qurban seperti yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. Maka, berangkat lah Nabi Ibrahim ke tanah suci Makkah untuk menemui dan menyampaikan berita itu kepada anak dan isterinya.


Sebagai seorang anak yang soleh dan taat kepada Allah, tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang telah meminta Nabi Ibrahim untuk melaksanakan perintah Allah itu. Nabi Ismail telah berkata kepada Nabi Ibrahim :

               "Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu.
                 Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kep-
                 ada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar 
                 ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusah-
                 kan ayah. Kedua, agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang 
                 akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku apabila melihat-
                 nya. Ketiga, tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan pernyembeli-
                 han agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku. Keempat dan yang terakhir
                 sampaikanlah salamku kepada ibuku dan berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk
                 menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan 
                 baginya dari putera tunggalnya."


Masa untuk penyembelihan sudah tiba. Kedua tangan dan kaki Nabi Ismail diikat dan dibaringkan Nabi Ismail di atas lantai lalu diambil sebilah parang tajam dan memegang di tangannya. Berlinang air mata Nabi Ibrahim melihat wajah anaknya dan juga parang yang mengilap ditangannya. Hati beliau seperti tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah dengan kewajiban seorang rasul. Akhirnya, dengan memejamkan mata, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan dilakukan. Akan tetapi, parang yang begitu tajam tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan di leher Nabi Ismail.


Kejadian tersebut merupakan mukjizat dari Allah s.w.t yang menegaskan bahawa perintah pengorbanan Nabi Ismail itu hanya satu ujian kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Dan kedua mereka telah lulus ujian yang berat itu dengan sangat cemerlang. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaannya dengan melaksanakan perintah Allah s.w.t dan Nabi Ismail tiada sedikit pun keraguan dengan mengorbankan dirinya.


Dalam keadaan bingung dan bersedih kerana telah gagal dalam usahanya menyembelih Nabi Ismail, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:

"Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan."


Sebagai tebusan ganti nyawa Nabi Ismail yang telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang berada di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu menggunakan parang yang tumpul di leher Nabi Ismail itu. 



Ini lah sejarah permulaan sunnah melakukan Qurban pada hari raya Aidiladha di seluruh dunia. Jika sudah berkemampuan nanti, insyaallah ai pun teringin nak join melakukan qurban. Semoga ai dan semua pembaca ceritaaisyaismail dimurahkan rezeki untuk turut sama melaksanakan ibadah qurban ini. Aamiin!

7 comments:

  1. perkongsian yang baik.. seronok baca.. hehe :)

    ReplyDelete
  2. Sama2lah kita hayati ibadah qurban.
    Salam aidiladha.

    ReplyDelete
  3. Setiap Kali baca tentang Nabi Ibrahim Dan Nabi Ismail Terasa betapa kerdilnya Iman mama

    ReplyDelete
  4. bagus perkongsian cmni, teruskan lagi penulisan ^^

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D