Assalamualaikum and hye readers~
Siapa pembaca ceritaaisyaismail yang suka tempah baju berbanding beli baju yang dah siap di pasaran? Ada ke masalah dengan tailor? Eh! Ai bukan nak tolong carikan tailor tau. Ai tanya je. 😅
Kita ada melihat ramai yang merungut kerana tertempah baju pada tailor yang salah. Apatah lagi apabila tiba musim perayaan. Ai turut bersimpati dengan nasib customer yang baju tak sempat siap lah, ditipu harga lah dan macam-macam lagi. Kadang-kadang dijanjikan bulan dan bintang, tetapi hanya mendapat debuan pasir di persisiran pantai. Ehh itu kira beruntung lagi tau. Kalau dapat debu di stor usang? Tapi, salah siapa?
Gambar hasil carian di google.com |
Of course lah salah tailor kan. Kalau ai nak raya, tapi baju tak siap pun ai mengamuk. Nak pakai kot. Macam mana nak melaram saing-saing wanita yang cantik di luar sana? Baju peplum kepuk-kepuk tu dah setengah tahun aimed nak pakai raya. Bila tiba masanya, baju pula tak siap. Frust menonggeng weyh! Jom ai kongsikan tips untuk hantar baju kepada tailor. Kena praktikkan ni tau. Mudah-mudahan tak terkena dengan tailor yang gemar menjanjikan bulan-bintang tapi non hado ni.
Harga
Bab harga ni sensitif sikit. Ramai tailor yang ambil upah mahal? If korang rasa mahal, korang pergi lah cari tailor lain yang lebih murah. Ramai lagi tailor murah yang berada di luar sana. Tak perlu nak kutuk-kutuk tailor yang mahal tu. Walaupun mahal, mereka masih ada customer. Kalau tak ada customer sudah pasti mereka menurunkan harga mereka. Kenapa customer tu tetap menempah baju pada tailor berkenaan sedangkan harga yang ditawarkan agak mahal? Mungkin tailor tu ada keistimewaan yang tersendiri. Jahitan kemas mungkin. Ataupun dia mampu untuk menjahit dengan pantas. Sepantas halilintar.
Masa
Pastikan bila tailor tanya nak bila, sila bagi due date. Senang! Kalau tailor tu tak boleh buat, dia akan beritahu tak boleh. Kalau korang setakat kata tak urgent tapi nak secepat mungkin, mungkin cepat pada tailor itu adalah sebulan akan datang. Siapa tahu? Korang bagi je due date, kalau nak minggu depan, cakap terus terang nak minggu depan. Kalau tailor tu tak boleh buat, cari tailor lain. Tapi kalau tailor tu cakap boleh buat tetapi sebaliknya tidak, korang hempuk je mesin jahit kat tailor tu. Tapi tanya lah dulu reason dia. Kot anak sakit ke, mak tailor tu pergi honeymoon and dia bersedih tak dapat ikut ke or maybe tailor tu pergi join tour drama petang-petang kat setiap negeri dalam Malaysia selama seminggu ke. Siapa tahu?
Online
Serious lah tempah baju online? Ada je. Apa salahnya. Tailor ni ada macam-macam strategi marketing. Kalau dia nak buat marketing melalui online, tak salah pun cara tu. Tapi yang ai tak galakkan kalau yang jauh sampai post kain untuk tempah baju. Bayangkan lah kalau tailor tu scammer ke, tak ke burn macam tu je kain lace rm500 korang? Atau pun baju dah siap, happy sangat lah korang. Tapi bila try tak ngam dengan body. Takkan lah korang nak post balik baju tu kan. Boleh lah post balik, tapi makan masa lah. Kalau esok nak pakai, hari ni baju sampai tapi tak ngam apa korang nak buat? So kalau nak cari tailor melalui online boleh. Tapi, kalau nak pilih tailor tu, pilih yang dekat-dekat saja.
Confident level
Masa korang tempah baju tu kan, korang tengok lah confident level tailor tu. Kalau dia macam teragak-agak selalunya dia macam tak sure mampu or tak nak buat baju tu. Benda ni selalu terjadi pada ai bila customer bagi new design. Seram oiii nak buat. Hahaha! Tapi ai ok kan saje. Nampak tak perangai tailor ni memang selagi mampu cakap ok dia ok kan aje. So far belum ada lagi customer ai yang tak dapat pakai baju. Lambat tu memang selalu lah ai bagi baju lambat, sebab sebelum confirm amik order, ai dah bagitahu ai tak amik urgent order except for alteration. Nak nak yang kata bila-bila pun tak apa, berjanggut kain tu ai simpan.
Tempahan
Kalau korang pergi kedai dia kan, korang rajin-rajinkan diri belek-belek baju customer tailor tu. Dari situ korang boleh tengok hasil jahitan dia kemas ataupun tak. Design dia menjadi atau pun tak. Lepas tu korang cuba tengok kain tempahan, kalau bersusun segunung kain yang belum siap, harapan untuk korang tak dapat baju cepat tu ada. Memang lah kalau banyak tempahan maknanya tailor tu bagus, tapi tailor ni manusia biasa. Buatnya tiba-tiba dia cirit-birit ke, mengandung loya-loya tak boleh tengok kain ke , emergency nak kena balik kampung atau apa-apa saja lah. Siapa yang nak siapkan baju yang bergunung tu?
Ada lagi ke nak tambah? Kalau ada komen lah di bawah, nanti ai akan kemas kini entri ni dari semasa ke semasa. Dengan harapan boleh dijadikan rujukan untuk pembaca blog ai ni. Hehehe! Oh ye, kalau korang dah berhati-hati dari segala perkara tetapi dapat juga tailor yang tak jujur, korang nak marah cukup lah marahkan dia seorang. Tak perlu kaitkan semua tailor ok. Contohnya ayat korang "aku malas betul hantar baju kat tailor, mesti lambat! Baik aku beli yang dah siap je!" Kan lebih sedap kalau cakap macam ni "untuk mengelakkan perkara yang sama berulang, baik aku beli baju dah siap." Kan lebih sedap didengar. Make sure no maki-maki ok.
Budi bahasa budaya kita. Sebab mulut kita yang lancang berkata-kata ni lah nanti anak-anak mengikut. Itu yang budak-budak zaman sekarang mulut boleh tahan lantang nya. Sebab dia terdedah dengan bahasa orang dewasa yang kesat dan lancang. Tak salah nak lantang dalam berkata-kata tapi biar lah berpada. Chill chill aje! Ok? Deal!
Bab harga, masa & confident level tu memang penting utk kita as customer titik beratkan..Kalo mahal, hasil jahitan thumbs up..Semua pun sanggup..Bab masa memang penting.Jgn overdue sebab kite tempah mesti utk satu3 event kan?...Confident tu penting sebab pada saya kalo tempah tu, baju ikut ukuran bdn si pemakai..Fesyen pun kita yg tentukan..kalo rase2 tailor x boleh buat, jgn la mengharap..Nnt kain jadi baju, baju jadi kain..ekek
ReplyDeleteAda juga customer yang tailor dah kata tak boleh buat tapi dipaksa juga. Kejadian macam tu pun kena elakkan..
Deletetips menarik AI..biasanya saya tempah baju dengan tailor yang dapat feedback bagus dari orang lain yang pernah dapat khidmat dia.serik ada sekali tempah sorang tailor ni baju tu kaler cream dia pakai kapur biru tenyeh susah nak hilang..jenuh google petua.huhu
ReplyDeleteHehehe maybe dia tekan kuat sangat kapur tu.. tapi selalunya ai rendam dulu.
Deletepart masa tu penting. kena deal betul-betul :)
ReplyDeleteBetul!
DeleteTak juga tau... Mungkin saya bernadib baik ayau pun tailor ni speacial. Satu dalam seribu. Hihii sebab nya, masa first time g ukur baju untuk tempahan dengan akk tailor tu..dia ukur acuh tak acuh je... serius rada macam tak nsk je bagi dia buat.. tapi mulut pulak tak pandai nak tolak..huhu tawakal je lah.. tapi hasilnya.. memang sedap di pakai, jahitan kemas harga pun berpatutan. Jadi cemana nak kenal Tailor tu ok ke idok.. hohoo
ReplyDeleteAcuh tak acuh tu dia panat tu.. tak pun memang dia jenis macam tu..
DeleteAtau mungkin juga, kita tempah baju pada tailor yang pernah di tempah dan highly recommend daripada kawan atau keluarga yang kita kenal. Haa lagi tinggi level confident kita nak menempah nya.. acaner? Ok.. kikiki
ReplyDeletePun ok juga macamni..
Deletejarang anta baju kat tailor, selalu beli baju ready made je.. hihihi
ReplyDeleteKalau macam ai tak boleh beli ready made.. tak ngam..
Deletesha ada tailor sendiri ekeke iaitu sepupu sha. memang apa apa baju hantar kat dia je, cepat murah dan best pakai, kalau tak ok boleh ubah sikit sikit haha kalau ready made punya kain singkat baju labuh, tangan baju singkatlah semua benda tak kena haha
ReplyDeletebest lah.. boleh dapat murah.. hehehe!
DeleteTak berani lagi hantar tailor online. Masih suka jumpa tailor tu sendiri.
ReplyDelete