ADAKAH KERANA FAKTOR USIA?

Tuesday, 17 October 2017

ADAKAH KERANA FAKTOR USIA?


Assalamualaikum and hye readers~



Pagi ni semangat betul ai bangun pagi. Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Tapi sebab celik-celik mata je tengok jam baru pukul lima pagi. Wahhh ini jarang-jarang berlaku. Selalunya celik mata je mesti dah pukul 6.30 pagi. Ingat sempat ke nak bersiap? Bersiap memang tak lama, tapi nak termenung lagi, mengenang nasib, dan yang paling penting nak pakai baju apa. Semua time tu lah nak fikir.



Jam di dinding terus berdetak ahhhhhhh 🎵🎵🎵



Macam hari-hari sebelum ni, rutin ai sama je. Dah siap-siap, terus turun bawah. Ai dengan encik husband memang selalu siap serentak walaupun dia bangun lima belas minit sebelum nak keluar rumah. Pantas ke laju dia bersiap?


Disebabkan bangun awal, nak pergi kerja pun bersemangat. Kami keluar rumah seiring. Encik husband pakai kasut, ai pakai jacket. Encik husband warm up motor, ai buka pagar. Kasut ai sarung je. Lepas tu kami pun mulakan perjalanan ke destinasi. Tapi ai rasa macam ada yang tak kena. Hati ai rasa tak sedap je. Tapi, biarlah. Maybe perasaan je tu. 


Kami berhenti di gerai makcik di kawasan perumahan tu untuk beli sarapan. Gerai tu gerai favourite kami beli sarapan. Kuih masih 3 rm1. Sedap dan padat. Cekodok pisang rm1 boleh dapat sepuluh ketul. Karipap dia paling best. Lepas borong cekodok pisang kami mulakan perjalanan semula. Hati ai rasa tak sedap sangat. Kurang 500m nak keluar ke jalan besar, tiba-tiba..........................


"Husband, saya memang tak pakai helmet ea masa keluar rumah tadi?" tanyaku kepada encik husband.


Jeng jeng jeng! Patut lah rasa tak sedap hati je. Rupa-rupanya naik motor tapi helmet tak ada atas kepala. Korang rasa encik husband senyum ke gembira kena patah balik? Terus taknak bercakap dengan ai sepanjang atas motor. Kalau tak mesti pot pet pot pet je. Tu belum lagi menyanyi kuat-kuat sepanjang perjalanan. Hahaha! Nasib baik bila dah sampai office dia dah ok. Kalau tak, balik jalan kaki lah ai hari ni. Korang rasa masalah ni berpunca daripada faktor usia ataupun faktor banyak benda nak kena fikir? Banyak lah sangat. *rolling eyes*





10 comments:

  1. hahahaha.. nasib baik takde polis

    ReplyDelete
  2. Kikiki...kalau naik keret then lupa pakai seatbelt boleh lagi terus zass pakai. Ni kalau tertinggal helmet memang jawabnya kena patah balik la yer dak. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Hihi. Sabar kak Aisya. Biasalah kadang kita terlupa. huhu. :)

    ReplyDelete
  4. terlupa pakai helmet ni bukan senang nak berpatah balik. hehe

    ReplyDelete
  5. adoii tak pasal2 kena patah balik.. hehehe

    ReplyDelete
  6. kadang kadang byk sgt fikir tu terlupa hehehe..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D