JENIS BLOG YANG SAYA TAKKAN FOLLOW

Saturday, 14 October 2017

JENIS BLOG YANG SAYA TAKKAN FOLLOW


Assalamualaikum and hye readers~


Entri ini bukan nak ngumpat mana-mana blogger, tapi sama-sama lah kita perbaiki blog kita agar lebih mesra pembaca. 😉 Siapa yang sedang membaca entri ai ni rajin blogwalking? Sila cakap 'saya! saya! saya!' di dalam hati ye. Blogwalking dan blogger memang tak boleh nak dipisahkan. Cuba korang cari tips famouskan blog ke, tingkatkan PV ke atau cari kawan melalui blogging atau apa-apa yang sewaktu dengannya, mesti terselit juga blogwalking ni.





Ai tak nafikan ai juga mengamalkan blogwalking ni. Dengan cara ini ai dapat banyak pengetahuan yang dikongsikan oleh blogger-blogger lain. Senarai kawan blogger ai pun dah semakin berkembang ramainya. Mana tak ramai, jalan-jalan follow jalan-jalan follow. Tapi kan, ada juga jenis-jenis blog yang ai tak akan follow atau dalam erti kata lain, malas nak follow. Apakah itu?


1- Dah Lama Tak Update Entri
Blog yang dah bersawang ai memang tak nak follow. Ai follow sebab nak baca entri, tak ada entri buat apa nak follow. Betul tak?

2- Blog Yang Berat
Blog berat ni kadang-kadang content dia tip top tau. Memang baca ayat pertama je dah tahu entri tu best. Tapi kalau nak open pun tak boleh asyik loading je, macam mana kita nak baca. Tekan button follow pun loading lima belas minit. So ai tak jadi nak follow.

3- Followers Button Tersembunyi
Hide and seek. Ai tak rajin nak mencari. Paling gigih pun, ai akan scroll sampai ke bawah. Kalau tak ada, tak mengapa. Maybe next time ai rajin ai main lah cari-cari tu.

4- Asyik Cari Kesalahan Blogger Lain
Blog yang asyik hentam entri blogger lain. Ada je yang tak kena dengan blog orang lain. Lepas tu tulis entri untuk kutuk blogger tersebut. Macam yang ai tengah buat ni. Hehehe! Tapi ai tak kutuk-kutuk tau. Entri ni general. Ai tak tujukan pada orang tertentu. Tak baik. Kecik hati blogger tersebut. Paling hebat pun ai akan joyah joyah dengan encik husband je.

5- Si Blogwalker Penipu
Haaa jangan tak tahu. Ada tau blogwalker penipu. Blogwalking kat blog ai lepas tu tinggalkan jejak di chat box 'saya follow, jangan lupa follow back' 'done follow please follow back' etc. Perkataan follow back tu tak ada masalah, tapi yang jadi masalah, si blogwalker penipu ni tak follow pun blog ai. Better ai follow yang tinggalkan jejak 'please follow my blog and i will follow you back' daripada si blogwalker penipu ni.


Ai paling geram dengan nombor lima tu. Tak perlu kot nak menipu untuk gain follower. Cheap sangat usaha tu. Bukan nak menghakimi cara dia, tapi siapa suka orang menipu kan. Even benda kecik pun boleh gaduh dua tiga hari tau. Haaa so semua pembaca ceritaaisyaismail yang disayangi, jangan lah menipu untuk famous. Sangat tak bagus.






30 comments:

  1. Setuju yg no.5 tu..tak elok tipu2...

    ReplyDelete
  2. sha paling geram yang loading lambat tu haha ingatkan internet kita yang tak ok padahal blog dia nak loading boleh gi tanak nasi T,T

    ReplyDelete
  3. betul ai!apa yang penting niat kita untuk berblogging..

    ReplyDelete
  4. selalu kalau jumpa blogger yg no.5 tu, ignore je..

    ReplyDelete
  5. kalau busyra tak suka blog berat.. lama nak tungu loading tu malas.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai pun malas nak tunggu. tapi kadang terajin gak lah.

      Delete
  6. salam berkenalan dri www.lokmanamirul.com

    ReplyDelete
  7. No 5 tu..sedihnya..janganlah buat gitukan..jujurlah..

    ReplyDelete
  8. setuju.. kalau tiqaa tak suka blog yang berat. lama sangat pulak nak loading nya..

    ReplyDelete
  9. No. 5 tu memang benci betul 😠

    ReplyDelete
  10. perghhh ada ke blogger no5 tu? meh nak cepuk sikit! hhaha

    ReplyDelete
  11. Hehe tulaa kn harapan palsu dia bagi. Btw jemput join ga saya ya, tamat 20/10-ni, thanks dear

    http://mellyacrayola.blogspot.my/2017/09/first-beauty-box-giveaway-by-us-with.html

    ReplyDelete
  12. n0 2 tu kalau lambat sangat loading ataupun yang iklan berlambak2 macam tak bagi baca terus pangkah jer hahahaha

    ReplyDelete
  13. Hahaha..Adeh...Chill..Chill.. =)

    ReplyDelete
  14. Setuju dengan pendapat Ai tu. Ni nak follow jugak ni... :)

    ReplyDelete
  15. Macam-macam perangai blogger nie.. Menyakitkan hati je.. Ada yang okay tu memang best sangat.. Mana yang tak okay tu sha buat dek je..

    ReplyDelete
  16. Tu lah.. kalau tak follow blog tu kadang tak ingat pun url dia..

    ReplyDelete
  17. stuju baq hangg ! memang btul. kadang buat ape ada followers yang tak betul betul follow kita.

    ReplyDelete
  18. klu kite, x suka bila nak komen blog tu..banyak form yg nak kene isi..cam nama la...emel add.. pastu kene bubuh link blog..pastu ade beberapa lg yg perlu isi baru blh tekan post komen..kalo blogwalking guna pc, xpe la..kalo guna hp..mmg x rajin nak komen blog yg camtu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna hp lagi macam-0macam pantang larang..

      Delete
  19. SORRY TO SAY

    NO 4.
    Bukan u pun sama ke mcm #4 tu?
    blog yg jenis u x follow.
    ikut suka dorang la nk buat blog dorang camne pun.
    x perlu u buat entry pasal ni sbb u pun masuk dlm golongan cari kesalahan org :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sebab sudi komen. Point no. 4 tu untuk yang 'asyik cari kesalahan'.

      Asyik = selalu, kerap, sentiasa.

      So yang sesekali atau jarang cari kesalahan tak tergolong dalam point no. 4 tu. Jelas? =)

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D