Assalamualaikum and hye readers~
Jarang benar ai nak pergi event yang berkaitan buku ni. Dah berapa kali sebenarnya ai nampak event Karangkraf, tapi malas nak pergi. Kenapa? Sebab malas. Ai tak suka bersesak dengan ramai orang sebenarnya. Tapi bukan untuk kali ni, bila ternampak iklan event Karangkraf ai terus teruja. Terus ai whatsapp encik husband. Fuhhh nasib dia cakap ok. Sebab encik husband macam ai juga, tak suka tempat yang perlu bersesak. Kecuali wedding.
Jadi, hari Sabtu yang lepas ai dah selamat pergi ke jualan gudang tersebut. Serius murah-murah. Ai beli buku majoriti rm1 dan rm2. Rambang mata. Kalau boleh semua buku rm1 tu ai nak beli. Tapi fikirkan sempat ke tak nak baca semua? So, ai pilih yang ai betul-betul nak. Pilih punya pilih, lebih 10 buah buku juga lah ai amik.
|
Ada peminat novel ke? Novel serendah rm3 tau. Baik korang pergi borong. |
|
Beraneka buku resepi. |
|
Buku dan majalah yang ai beli. Majoriti yang ai beli rm1 dan rm2 sahaja. |
Buku yang ai beli bukan nak baca sangat. Tapi sebab rm1 rm2 ai beli je lah. Ada masa terluang boleh busykan diri dengan membaca. Banyak membaca, bertambah ilmu. Oh ye, jualan gudang ni ada yang di bawah khemah dan ada yang di dalam dewan. Kalau nak beli yang murah, beli di bawah khemah ye. Berbaloi-baloi tau. Sempat lagi kalau korang nak pergi. Jualan gudang akhir tahun karangkraf sehingga Ahad ni.
Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf
No.1 Jalan Renggam 15/5, Seksyen 15,
40200 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
27th October - 5th November 2017
09:00 - 19:00
Terima kasih kongsi ni. Saya memang kerap lalu situ. Nanti saya singgah situ.
ReplyDeleteThanks.
sama-sama.. berbaloi.. jangan tak pergi.
DeleteWah boleh singgah minggu ni. Kebetulan kak ana akan ke shah alam. Thanks for the info aisya :)
ReplyDeleteBerbaloi pergi ni..
ReplyDeleteJauh pulak..klu dekat dah lama p borong majalah..
ReplyDeleteTakpe lah maybe next time..
DeleteAlaa tak sempat nak pergi. Weekend ni dah ada event pulak. best pulak tengok harga murah camtu sekali.
ReplyDeleteRambang mata tau kalau pergi..
Deleteyup betul.. especially yang suka baca novel.
ReplyDeleteRambang mata tgk buku dan majalah cmnie. Harga plak murah. Tapi tarikh dah terlepas dah. huhu.
ReplyDeleteMemang rambang pun. rasa nak beli semua.
Delete