Assalamualaikum and hye readers~
Last minute planning. Sepatutnya last week ai dan encik husband cuti panjang. Since, encik husband ada event penting on monday, kami berdua terpaksa membatalkan niat itu. Tapi, tetap juga nak pergi somewhere sempena anniversary kami yang pertama ni. First raya bersama pun gigih kami nak sedondon bagai, takkan anniversary nak duduk rumah je kan. And Dash Box, Cyberjaya menjadi pilihan kami. Dekat pun dekat. Dalam 30-40 minit perjalanan daripada rumah ai.
|
Icon Dash Box. |
Sebenarnya Dash Box ni encik husband yang pilih. Ai ok je as long as tempat best. Hehehe! Mulanya kami nak bilik yang buka je pintu terus nampak swimming pool. So, boleh terus terjun je dalam tu. Tapi nama pun last minute booking, yang best sudah tentu fully booked. Lagipun tempat ni tak besar pun. Kalau jogging keliling dash box ni boleh lah dapat dua tiga round. Naik basikal, selumber lima round! *rolling eyes* Disebabkan nak juga short vacay dekat situ, ai booked je cabin room. Tapi bila belek-belek website, ai tukar fikiran dan upgraded bilik kepada deluxe. Wahhh bukan main kan.
Dekat sini ada restoran untuk breakfast, lunch dan dinner. Harga standard hotel. Macam ai, dah siap tapau dari medan selera Taman Warisan Pertanian. So, tak risau pun pasal makan. Encik husband siap bawa bekal maggie takut kelaparan tengah malam. Kalau nak makan di kedai, boleh juga. Dalam 9 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Aktiviti malam ai? Belajar bawa basikal. Ya! Ai baru lagi belajar bawa basikal. Basikal boleh disewa melalui aplikasi obike.
|
View daripada lobby. |
|
Ruang lepak. |
Kelemahan Dash Box pada mata ai, perkara paling penting yang perlu diubah adalah system check in dan check out. Bayangkan seorang check in hampir 15 minit, pukul berapa agaknya orang ke 15 check in dapat masuk bilik? Maybe sebab masih baru, so semua buat secara manual. Resit pun print guna printer lagi. Lepas ni boleh lah tingkatkan prestasi. Bab view, pada ai memang superb! Ai suka sangat. Dan kerana view lah membawa kami ke sini.
|
View dari ruang lepak. |
|
View dari bilik. |
|
View dari bilik lagi. |
Kami pilih bilik deluxe. Bilik tidak lah besar sangat. Boleh memuatkan dalam empat hingga lima orang maximum. Katil bersize super king, tiga orang pun muat tidur atas katil tu. Toilet? Besar ok! Separuh daripada bilik. Kalau toilet tu kecik sikit mesti bilik jadi lagi besar. Hehehe! Nak tidur dalam toilet pun boleh. Kalau korang sanggup lah. But tak ada bath tub. Kalau ada, mesti lagi seronok. Oh ya, dekat dalam fridge ada tiga minuman tin. Korang boleh minum secara percuma. Soft toy icon tu memang ada atas katil tu. Ai tak tanya pula boleh bawa balik ke tak.
|
Suasana macam dalam gua. Decoration dia cantik. |
|
Tv pun besar, 40". |
|
Open wardrobe. |
Pada pendapat ai, Dash Box ni sesuai untuk percutian singkat yang memang nak happy-happy dan berseronok. Kalau korang nak kan ketenangan sila pergi tempat lain ataupun korang pilih bilik yang jauh daripada swimming pool. Tempat ni tarikannya adalah swimming pool semata-mata. Slide dia pun best juga. Adalah dalam lima ke enam kali ai turun naik slide tu. Yang ada anak kecil suka berendam memang sesuai sangat.Memandangkan kebanyakkan pengunjung tertumpu kepada swimming pool, siapa yang duduk dekat dengan pool tahu lah bisingnya macam mana. But ai ok je. Meriah kan. Swimming pool tutup pukul 09.00 malam. Lepas pukul 09.00 malam baru lah terasa sunyi sepi.
|
Swimming pool view. |
|
Garden view. |
Cantikkan? Sila abaikan model yang kurang fotogenik tu ok. Korang fokus pada view je. Tapi, gigih tau ai bergambar time hujan. Encik husband layankan aje. Sebab dia tahu, kalau dia tak layan, lepas tujuh hari tujuh malam pun belum tentu ai tak sebut dah pasal dia taknak amikkan gambar tu. Hehehehe. Kalau korang nak pergi, korang boleh je cari di apa-apa travel website. Ataupun call direct booking macam ai je, senang. Tapi tak dapat lah special discount. Hehehe! Details seperti di bawah.
DASH BOX HOTEL, CYBERJAYA
Cyber 8, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Malaysia
Tel : 03-83227171
menarik
ReplyDeletesangat ok..
DeleteWah..condition bilik ok x? BERSih x?
ReplyDeletebilik bersih and condition pun ok.
DeleteCantik hiasan dalaman hotel,kemudahan yang ada pun semua nampak bagus.
ReplyDeleteyup.. maybe sebab baru lagi kot.
Deletecantiknya tempat ni! btw happy anniversary! semoga berbahagia selalu dan sentiasa dirahmati Allah :)
ReplyDeleteThank you sha.. Aamiin!
DeleteTak sangka kat Cyberjaya ada tempat best macam ni.....akak pun rasa macam tu maybe sebab tempat tu baru so semua manual je...
ReplyDeleteTu laa.. baru sangat tempat ni sis..
DeleteSeronok jugak sekali sekala kalau nak short vacay 1night kan. Boleh jugak nak pi.. dekat pon ya
ReplyDeletesangat seronok.. budak2 mesti lagi seronok..
DeleteBaru bukak ke tempat ni
ReplyDeleteyup, baru.
DeleteWah nice blog ..
ReplyDeleteThank you.
DeleteSalam singgah sini...wahh...menarik tempatnya...
ReplyDeleteThank you sis.
Deletecantiknya tempat dia. boleh tenangkan fikiran.
ReplyDeletecantik sangat.
DeleteKonsep yang menarik dan hiasan yang cantik. Berdekatan plak tu dengan Rawlins - perhaps akan try staycation di situ di masa depan.
ReplyDeleteFamily and friend both sesuai.
DeleteMenarik sungguh tempatnya. Unik sangat. Tak sangka kat Cyberjaya, biasa tgk bangunan ofis je.
ReplyDeleteKan.. unik.
DeleteWoww... mmg menarik dan cantik la tempat ni kak. :D
ReplyDeletesangat cantik GV.
DeleteWahhh...not bad..i like d concept
ReplyDeleteBest kalau dpt staycation kt sni for while
memang best.
DeleteHappy 1st Anniversary Aisya. ok jugak dash box hotel ni, nak bawa anak2 holiday sini la nnt.
ReplyDeleteThank you mama..
Deletelawa giler pool and all the views! and yes, toilet tu memang nampak sangat besar. hehe
ReplyDeletelebih dari separuh bilik tau toilet tu.
DeleteKita tak pergi-pergi lagi kat tempat ni tengok jer orang post rasa geram lak cantik dan menarik tapi selalu penuh orang cakap nak kena booking awal lah nampaknya....
ReplyDeleteaah booking awal. if not penuh.
DeleteSuka dengan konsep hotel ni. Unik dan menarik. Plan juga nk gi staycation kat sana. Tapi tak jadi jadi lagi.
ReplyDeletebest. lepas pukul 10 sunyi sepi.
DeleteMenarik la tempat ni. View pun cantik. Nanti bila ada masa boleh pergi sana
ReplyDeleteSesuai untuk family.
Deletekenapa x wefie dgn encik husband?
ReplyDeletehahaha! dia pemalu =P
Deletewah cantik sangat view ni. Terima kasih kongsi gambar detail. Nampak ramai jugak kawan2 yang share kt Fb baru baru ni. Dah dekat sangt la dengan rumah boleh la cuba nanti
ReplyDeletesama-sama dee =)
DeleteHappy anniversary!!! nampak best ajer..kalau short vacation dalam Selangor..sesuai jugak kan? thanks for sharing.
ReplyDeleteMemang sesuai sangat. Most welcome.
DeleteComei betul dashbox ni..dah msk wishlist nak bawa anak2 jalan sebab pool tu anak2 mesti suka..hihi
ReplyDeleteMasa ai pergi ramai betul budak-budak kat pool dewasa tu. bawa pelampung.
DeleteMacam menariklah tempat nie..
ReplyDeleteSangat sis!
Deletewish to stay there. look so nice la
ReplyDeleteyou need at least once for a while.
DeleteCantik! Ruby suka pi hotel dan tengok dekorasi mereka. Sebabnya boleh la deko rumah kita plak. Open wardrobe tu ruby suka. Cuma kalau kat rumah ni mesti berhabuk. Takda aircond. Tingkap selalu terbuka. Hurmmm.
ReplyDeleteoo macam ai pula tak suka open wardrobe.
DeleteHahaha thank you.
ReplyDeleteMenarik jugak tempatnya. Swimming pool dia pun mcm best je. Kalau ada budak budak sure suka ni.
ReplyDeleteHihi...betul tu. Anniversary takkan nak duk rumahkan. Sekurang kurangnya kena candle light dinner hihi...
Happy Anniversary Aisya...moga jodoh korang berdua kekal bahagia hingga ke syurga
Thank you kak anum.. aaminn!
DeleteWahhh.. Cute and nice place!!
ReplyDelete