HARUM MEWANGI SEPANJANG HARI DAN CIPTA DETIK "SCENT-SASI"

Monday, 6 November 2017

HARUM MEWANGI SEPANJANG HARI DAN CIPTA DETIK "SCENT-SASI"


Assalamualaikum and hye readers~



Perempuan dan kecantikkan memang tidak dapat dipisahkan. Keluar daripada rumah mesti nak nampak kemas dan cantik. Ai pun sama je macam gadis-gadis lain. Mesti nak melawa walaupun tak lawa pun. Kalau keluar rumah sekurang-kurangnya mesti nak tepek bedak kat muka. Itu kalau depan rumah tau. Kalau pergi kerja, pergi dating, hangout, tebal lah sikit make up tu. Dah make up, dah pakai baju cantik-cantik, mesti nak wangi-wangi kerana bau dapat mencipta daya tarikan penuh "scent-sasi" dan memberi impresi yang berkekalan.






ENCHANTEUR telah memperkenalkan wangian terbaru iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUME. Saiznya yang kecil, 9ml memjadikan wangian ini mesra beg tangan. Korang boleh bawa wangian ini kemana-mana di dalam beg tangan kerana wangian ini tidak memakan ruangan beg tangan korang. Nak lagi mudah? Korang selit je dalam poket seluar. Senang! Tak payah bawa handbag pun tetap boleh bawa wangian ini.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUME boleh didapati dengan empat pilihan bauan yang segar, iaitu Belle Amour dan Adore serta dua wangian baru iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari trend bunga semasa. Kalau tanya ai, ai sukakan bau Jolie dan Belle Amour. Dua bauan ini kena dengan selera hidung ai. Hehehe! Wangian ini direka dengan aplikasi bebuli atau roll on untuk mudahkan mencalit wangian pada bila-bila masa. Sesuai untuk wanita muslim kerana dirumus khas tanpa alkohol dan sifatnya yang mesra solat. Nak lagi rare? Korang boleh mix and match untuk dijadikan wangian signature.






ENCAHTEUR PARIS PETITE PARFUM, Jolie (Lovely) adalah kombinasi Rose, honey dan pear. Sesuai untuk bersantai bersama kawan-kawan dan insan yang istimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga memberikan ketenangan ketika bersama pasangan.

ENCAHTEUR PARIS PETITE PARFUM, Cheri (Darling) adalah kombinasi apple, cherry blossom dan vanilla yang mampu membuat anda tersenyum sepanjang hari. Sesuai untuk anda yang ceria.

ENCAHTEUR PARIS PETITE PARFUM, Belle Amour (Beautiful Love) adalah kombinasi apple melon, blackcurrant dan pink rose Paris. Sesuai untuk suasana yang romantis. 

ENCAHTEUR PARIS PETITE PARFUM, Adore (Adorable) adalah kombinasi wild jasmine, pink mimosa dan golden pear. Sesuai untuk gadis yang elegan, anggun dan manis. Wangian ini mampu mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan tarikan yang abadi.



Keempat-empat wangian ENCAHTEUR PARIS PETITE PARFUM ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan suasana romantis bersama yang tersayang. Hanya calitkan pada nadi pada bila-bila masa yang korang inginkan. Dengan hanya RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak) dan boleh didapati di Watsons, Guardian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.






P/s : ENCHANTEUR merupakan rangkaian berkualiti berinspirasikan wangian dan produk penjagaan diri dari Paris. Wangian ENCHANTEUR dicipta khas untuk menyemarakkan saat kemesraan di dalam setiap perjalanan romantis seorang wanita.





17 comments:

  1. memang wangi! bestnya dapat beg yang comel tu ehh

    ReplyDelete
  2. Mudah nak bubuh dalam handbag..

    ReplyDelete
  3. Wanginya enchanteur ni. Pakai sejak zaman sekolah ni hingga sekarang. Enchanteur tak pernah mengecewakan

    ReplyDelete
  4. Siapa je yang xsuka wangi kan? Bau wangi tu fuhhh menusuk kehati.. syok sangat.. hehe..

    ReplyDelete
  5. No more alasan untuk tidak berpenampilan menarik dan berbau wangi dah kan dengan Enchanteur nie.

    ReplyDelete
  6. Tiada alasan takde minyak wangi dah...hahahaha...simpan dalam handbag..kalau terlupa boleh je capai and pakai...

    ReplyDelete
  7. Wangian yang murah paling penting keharumannya tahan lama .

    ReplyDelete
  8. Tapi untuk lelaki tak ada ker hehehe kita beli untuk yang istimewa lah hadiah pada mereka boleh bawa g travel ni bagus..

    ReplyDelete
  9. cantik packaging dia... menarik pula tue... sesuai sangat dijadikan sebagai hadiah ;)

    ReplyDelete
  10. ENCAHTEUR PARIS PETITE PARFUM, Cheri (Darling) is my favourite. Sweet and natural scent which is suitable for me.

    ReplyDelete
  11. pakai cheri tu dah..hehe wangii yakmat ! i like !

    ReplyDelete
  12. mudah dibawa dan wangi pula tu. wajib ada ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Senang bawak ke mana-mana ni, tak payah dah bwk yg besar2. Bau pun wangi

    ReplyDelete
  14. Luqman pernah g guardian cari barang sekali try la bau yang adore tuh..best! wangi! sekali beli pakai untuk diri sendiri haha.

    ReplyDelete
  15. sedap wangi.yang penting long lasting..saiz pon comel. hihihi..

    ReplyDelete
  16. I've not tried this brand, Nak Cuba the rose, honey, pear sounds really nice, must get one myself.

    ReplyDelete
  17. Saya pengguna Enchanteur!! Especially bedak :D

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D