Assalamualaikum and hye readers~
Kalau sebut lagu ulek mayang, mesti ramai orang tahu kan? Zaman sekolah dulu, selalu tengok kawan-kawan buat persembahan menggunakan lagu ulek mayang ni. Tak dinafikan, ai suka lagu ulek mayang ni. Paling best, versi yang dinyanyikan oleh penyanyi Aishah yang suaranya tip top tu. Memang best lah kalau dengar dia menyanyi. Rasa meremang bulu roma.
Ni poster teater 3 Lagenda tahun 2015 or 2016 kot. |
Pernah tak korang dengar yang lagu ulek mayang ni berhantu? Setahu ai, ulek mayang ni ada dua versi. Satu versi lama dan satu lagi versi baru. Yang berhantu tu adalah lagu versi lama. Ai tak pasti berhantu sebab digilai ramai atau berhantu sebab memang ada hantu. Tapi, ai memang selalu dengar orang kata lagu ulek mayang ni berhantu. Ai pernah dengar lagu ulek mayang ni digunakan untuk mengubati penyakit dan ada juga kisah orang dirasuk kerana kerap menyanyikan lagu ini.
Jujur, walaupun ai selalu dengar tentang lagu ulek mayang 'berhantu', ai tetap menyanyikan lagu tu. Sekali dah start, asyik nak nyanyi je. Sekali dah stop, lama lepas tu baru start balik. Biasalah manusia, selagi tak jadi something selagi tu berani. But pada ai, berhantu semua itu mitos kot. Bila ai dah pindah masuk rumah mertua ni, ai selalu juga duduk rumah sorang-sorang. Bila sorang-sorang tu selalu juga nak menyanyi lagu ulek mayang tu. And one day, encik husband terdengar ai menyanyi sorang-sorang. Dia cakap, jangan nyanyi lagu tu sebab lagu tu berhantu. Ai pun macam, seriously?
Kali kedua encik husband dengar ai menyanyi, terus dia marah ai. Jangan degil katanya. Kata encik husband, dulu masa dia kecik-kecik dia selalu tinggal berdua dengan maid. Dia dan maid menyanyi lagu tu di atas, bila mereka stop, mereka dengar ada suara sambung menyanyi di bawah. Bila mereka pergi bawah, tak ada sesiapa pun. Itu last encik husband menyanyi lagu ulek mayang. Sekarang, dengar lagu ulek mayang pun meremang bulu romanya. Ok, ai seram! Mereka berdua, ai seorang.
Sejak dari hari tu, ai macam tak berani nak menyanyi lagu ulek mayang tu. Bila ternyanyi tu, tiba-tiba tegak bulu roma. Bukan sebab ai ada rasa something, tapi sebab teringat cerita encik husband. Ceh! Penakut juga rupanya ai ni. Hehehe! I wonder, siapa sebenarnya yang cipta lagu ulek mayang ni? Macam mana lagu ni boleh dikatakan berhantu? Lagu atau tarian yang berhantu? Apa yang terjadi sebenarnya? Sungguh, ai tak berani nak tanya pakcik G. Kang tak pasal-pasal keluar macam-macam cerita lain.
Kalau tak silap Sha lagu tu mentera menyeru sebenanrnya.. Tapi Sha pun tak pasti..Banyak je cerita pasal lagu tu..
ReplyDeleteai pun tak sure. tapi pernah tengok cerita apa ntah guna lagu tu ubat penyakit.
Deletewow.. never knew abut this
ReplyDeletenow you know. hehehe!
DeleteSy suka lagu ulek mayang...Dulu time kolej siap buat ringtone lagu tu kot..Tp mujur x jadi ape2..Huhu
ReplyDeleteai pun suka sampailah dengan cerita husband tu.
Deleteok seram. memang tak pernah berani nak nyanyi lagu ulek mayang ni.
ReplyDeletememang betul ea?
Deleteseram pulak rasanya dengar cerita suami ai tu, eh akak dulu2 pun suka juga nyanyi lagu ni. tapi pernah juga dengar tentang lagu ni berhantu tapi tak tahulah sejauhmana kebenarannya tu
ReplyDeleteai pun tak sure kebenarannya. just dengar dari orang je.
DeleteSejauh mana kebenaran akak x pasti...semoga takde apa2 yang pelik...dulu pun akak selalu gak buat persembahan guna lagu Ulek Mayang ni...so far takde apa2 alhamdulillah
ReplyDeletelagu ulek mayang ni femes kan dengan persembahan sekolah.
DeleteLagu ni seru something kut kalau ikut kata orang tua dulu-dulu, pulak kalau lirik dia lengkap start dari puteri 1 hingga puteri 7 tapi tak sure la. Tapi lagu ni memang best. Tip top
ReplyDeleteai suka sangat lagu ni.. tapi dah takut.. hahaha
DeleteKita tahu dulu orang pernah cerita yang lagu Cindai tu berhantu hehehe. Tapi apa yang kita dengar lagu lama2 ini bahasa mereka memang ada unsur2 alam ghaib dan menusuk jiwa...
ReplyDeletelagu cindai pernah juga dengar, tapi cerita atas cerita je.
DeleteSeram baca,dahlah tengah gelap ni ahaha. Tapi memang pernah dengar dulu pasal lagu ni,tak ingat pula kat mana. Memang ada unsur" seruan or sort like jampi (maybe) kat dalam lagu
ReplyDeleteSelalu rasa seram juga kalau ternyanyi lagu tu. Sebab nanti terflash back al kisah sebalik lagu tu. Hahaha
ReplyDeleteNasib mlm ni bukan mlm jumaat hehe..seram oiii..cite hantu pun takut wei nak tgk
ReplyDeleteAda sejarah lagu ulek mayang lama kalau disekolah saya sampai histeria.. teringin jg nk dgr version baru..huhu
ReplyDeleteYelah kalau nak buat persembahan ke dikir barat ke lagu ni mmg femes....
ReplyDeleteTak taulah pulak berhantunya. Hish seram pak haih!
wah creepy ada lagu macam tu? maybe you should try record and put in youtube! mesti viral gila! :D
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
kalau siang dengar okay,
ReplyDeletekalau dengar malam malam jangan buat hal.
Mmg lagu ni scary..
ReplyDeleteKalau kita dgr kan..cpt2 pegi tmpat lain...
Pernah dengar juga lagu ni berhantu. Tak pasti betul ke x. Sebab bila dengar rasa meremang kan.
ReplyDeleteI've not listen to this song before, let me search for it but I'm a scaredy cat will listen in the day only.
ReplyDeletebetul..banyak je kisah seram pasal lagu tu..mostly dekat asrama..betul la tu ada yang cakap lirik lagu tu mentera..kiranya klo menyanyi macam memanggil.huhu
ReplyDeleteXpernah tahu pulak lagu ni bhantu..
ReplyDeleteKita pula, ada a few lagu xboleh dengar.. nanti badan tertiba menari bersilat ikut irama...
ReplyDeletetakut nya dengar. contoh lagu?
DeletePernah baca macam2 kisah seram pasal ulek mayang. Yaya sendiri pun rasa nak terbuai dalam keseraman bila dengar lagu dia haha
ReplyDeletesha baru duk ingat lirik lagu ni pun dah seram haha
ReplyDelete