SAKIT PENGHAPUS DOSA KECIL

Monday, 20 November 2017

SAKIT PENGHAPUS DOSA KECIL


Assalamualaikum and hye readers~



Since last week lagi ai dah rasa tak sihat. Tapi masih kuat lagi. Masih boleh teruskan aktiviti dan tugas-tugas seharian. Tapi entah macam mana, semalam lepas masak tengahari suhu badan makin meningkat. Pada mulanya ai ingatkan sebab bahang api dapur masak, tapi selepas rest dan tidur sekejap masih lagi panas. Terus pergi ke klinik.


Lepas buat urine test dan blood test, syukur ai tak ada apa-apa masalah yang serius. Macam biasa, low blood pressure. Di tambah dengan viral fever dan tekak bengkak, itu yang sampai tak boleh bangun. Kepala sentiasa rasa macam ada bintang-bintang.  Mungkin korang yang ada problem low blood pressure ni boleh kongsikan cara terbaik untuk atasi masalah low blood pressure ni.



Gambar hasil carian di google.com.



Tipu lah kalau ai katakan ai suka sakit. Tak langsung ok! Tapi kalau dah sakit, nak buat macam mana lagi? Nak tak nak kena juga lah mengharungi rasa sakit tu. MC lah jawabnya. Ai sejenis yang takut makan ubat, tapi untuk sihat terpaksa lah telan ubat tu. Lagipun, sakit tu kan penghapus segala dosa-dosa kecil. Bila sakit ni lah kita banyak berfikir tentang dosa-dosa lampau. Itu ai lah, korang ai tak tahu.


Pernah dengar tak, kalau kita dilanda musibah, ada lah hikmahnya nanti? Ya, bila sakit ni kita boleh nampak betapa orang sekeliling sayangkan kita. Encik husband take over kerja-kerja rumah, family tak henti-henti bertanya kan khabar, boss bercakap lembut je dan macam-macam lagi lah. Kalau tak sayang takkan mereka semua nak concern dan jaga hati kita masa kita sakit kan. Bukan lah mereka tak sayang kalau tak sakit. Tapi kita faham akan aktiviti seharian masing-masing. Bila semua luangkan masa ketika kita sedang sakit, dari situ boleh nampak betapa banyak kasih sayang mereka untuk kita.


Dari semalam ai baring je. Kalau tidur tak apa. Bila tak boleh tidur mulalah fikirkan yang bukan-bukan. Ni baru ada tenaga and boleh merapu sikit gara-gara kebosanan. Tak sabar nak tunggu esok sebab boleh pergi kerja. Kalau korang tengah sakit kan, apa yang korang selalu fikirkan?




22 comments:

  1. Semoga cepat sembuh ye..SA pun rasa nak demam tapi sebabkan kerja terus cepat2 makan ubat

    ReplyDelete
  2. Betul tuh...bila sakit memang kena banyak refleks dan bersangka baik saja dengan ALLAH. Harituh, akak pun sakit gigi..geraham bongsu. Aduuhh...memang satu rumah pun 'sakit' sebab dalam rumah tuh..jantung dan hatinya pada si ibu. Husband akak pulak keje outstation. Nak tak nak...akak kena gagahkan juga lah buat2 keje rumah ,..hantar dan ambil anak di sekolah. Get well soon yer dik!

    ReplyDelete
  3. Syafakillah ai.. take care ye

    ReplyDelete
  4. Sekarang musim sakit rasanya Ai. Siqah baru baik dari batuk. Dekat dua minggu jugak batuk. Alhamdullilah sihat juga. Get well soon, Ai :)

    ReplyDelete
  5. Thank you semua yang mendokan kesihatan ai.

    ReplyDelete
  6. ada job besar nak masukk tu.. ehehehe. Tu allah, tarik nikmat sekejap untuk digantikan sesuatu yang berharga... insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin. Mudah-mudahan masin jari sis taip tu. Hihihi!

      Delete
  7. gws! sekarang memang musim kot sbb sha pun duk rasa sakit tekak ni, karang mulalah nak demam semua. sha kalau sakit tidur takpun layan kdrama haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh sempat lagi layan kdrama ye.. Thank you sha.

      Delete
  8. Sakit tu petanda badan suruh berehat. Tapi Rawlins jenis yang berehat sampai tengah hari, petang tu dah merayap balik sebab tak betah duk lama kat rumah. Berehat ye. Minum air dan makan ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai jarang sakit teruk.. tapi kalau dah kena tu memang seharian tak boleh bangun.. tapi hari ni kena masuk ofis juga. Thank you rawlins.

      Delete
  9. Semoga cepat sembuh. Cuba minum air kelapa muda. Ubat demam, sakit kepala and selsema jugak tau.

    ReplyDelete
  10. harap cepat sembuh... mungkin ada kebaikannya sakit sekala nak bagi badan you rehat cukup2

    ReplyDelete
  11. Get well soon drink more water. Whenever I sakit I saje nak tidor haha tak fikir apeape pun.

    ReplyDelete
  12. Get well soon ai . Kerja kerja jgak kesihatan kena jaga

    ReplyDelete
  13. Thank you semua yang mendoakan yang baik-baik =)

    ReplyDelete
  14. Thank you Encik husband take over kerja-kerja rumah..so sweet..hahaha

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D