Assalamualaikum and hye readers~
Bila ada masa terluang yang berlebih-lebih, ai suka google something. Macam-macam ai google. Selalunya mesti lah tentang isu-isu semasa. Selain itu, perkara yang ai kerap cari di ruangan google adalah gambar-gambar yang pelik dan unik. Dalam erti kata, benda itu wujud sama ada dalam kehidupan yang nyata ataupun khayalan semata-mata. Tapi kewujudannya lain dari yang lain. Fuhh kreatif manusia ni. Banyak idea yang luar biasa dan tak tercapai dek akal. Untuk hari ni ai nak kongsikan gambar-gambar banggunan yang pelik dan unik tetapi menarik minat ai.
Longaberger adalah sebuah syarikat pengeluar dan pengedar bakul kayu buatan tangan yang diperbuat daripada kayu maple, perabot dan juga hiasan rumah. Banggunan yang menyerupai bakul kayu itu telah dibuka pada tahun 1997.
Hang Nga Guesthouse juga dikenali sebagai "Crazy House". Reka bentuk Hang Nga guesthouse ini seperti pohon besar dan hasil gabungan reka bentuk haiwan, cendawan, sarang labah-labah dan juga gua. Telah dibuka pada tahun 1990 dan mendapat pengiktirafan untuk seni bina yang unik. Rumah tumpangan ini digambarkan sebagai kisah dongeng. Mempunyai sepuluh buah bilik yang mempunyai tema tersendiri sepeti bilik harimau, bilik helang, bilik semut dan bilik kanggaroo. Horror betul tengok reka bentuk rumah ni tapi tetap menarik minat ai.
Telah siap pada tahun 1955 dan dianggap sebagai contoh seni bina organik yang signifikan. Rumah Bavinger ini pernah dibuka untuk para pelawat dan telah ditutup semula. Rumah itu telah kosong selama lebih kurang satu dekad dan mengalami kerosakkan. Pada April 2016 telah dilaporkan rumah itu telah dirobohkan.
Banggunan pangsapuri ini telah dibina pada tahun 1990-an dan siap pada tahun 2000. Banggunan tersebut mengandungi 105 rumah dan garaj. Dulu terdapat restoran, cafe dan bar untuk orang ramai kunjungi di bahagian tingkat paling atas. Terdapat lebih daripada 1000 buah tingkap dan uniknya tidak ada satu pun tingkap yang sama dengan yang lain.
Reka bentuk banggunan Habitat 67 pada mulanya direka untuk projek tesis pelajar daripada program senibina di McGill University. Setinggi 12 tingkat dan mempunyai 146 rumah dengan pelbagai saiz dan rekaan. Habitat 67 telah menjadi perhatian seluruh dunia dan mendapat pujian kerana cubaannya yang berani dan keajaiban seni binanya.
Tea Pot Dome Service Station telah dibina pada tahun 1922. Banyak banggunan baru seperti ini dibina sebagai tarikan jalan raya. Pada asalnya ia adalah sebuah stesen minyak. Kini Tea Pot Dome Service Station telah menjadi pusat pelawat dan destinasi pelancongan .
Pemasangan House Attack selesai pada tahun 2006. Rumah itu kelihatan seperti jatuh dari langit dan membenamkan dirinya ke dalam muzium. Huishhhh kalau jatuh tu sia-sia je. Tapi kalau dari tahun 2006 tak jatuh, kukuh dan selamat lah tu kan. Hehehe!
Ai paling kagum dengan Nautilus House ni. Rekaan dia luar dan dalam cantik. Bahagian dalam macam dalam taman. Kalau rumah ai, mesti selalu melekat je tak keluar rumah. Nautilus House adalah sebuah rumah berbentuk shell yang unik. Reka bentuknya sangat berani dan unik. Beratus-ratus tingkap kaca kecil berwarna pelangi di letakkan dengan kreatif di siling dan dinding rumah.
Ideal Palace telah diilhakan oleh para artis selama lebih daripada satu dekad. Lama tu. Rekaannya langsung tidak menyamai mana-mana seni bina. Istana ini didakwa menerima lebih kurang 120ribu pelawat setiap tahun.
Kalau lah ai ada duit berkepuk-kepuk, ai nak buat rumah macam Nautilus House. Balik rumah lepas kerja mesti tenang je. Siaplah kalau rumah bersepah, mesti huru hara. Daripada perasaan dalam taman terus bertukar menjadi dalam belukar. Kihkihkih!
unik2 rumah dan bangunan tu semua... mcm2 bentuk... hahaaa
ReplyDeleteCantik-cantik kan.
Deletemenariklah haha teringin nak bergambar kat tempat tempat ni
ReplyDeleteSama laa! Tapi jauh. hehehe
DeleteBetullah tu kekadang akal manusia luar biasa tak tercapai dek akal manusia biasa-biasa.
ReplyDeleteKagum sangat.
Setuju!
Deletesangat kreatif...
ReplyDeletesangat.
DeleteRumah yang terbenam tu bikin seram je...hohoo
ReplyDeleteMacam nak jatuh kan.
DeleteSyabas cik pandai buat cerita yang menarik
ReplyDeleteTerima kasih =)
Delete