Assalamualaikum and hye readers~
Hobi adalah aktiviti yang kita suka dan akan lakukan apabila ada masa terluang. Penting ke ada hobi? Waktu sekolah dulu, cikgu selalu tanya pasal hobi. Boleh dikatakan hobi juga adalah tajuk yang popular untuk karangan. Waktu tu, hobi mengumpul stem memang biasa kita dengar. Ai pun pernah kumpul stem. Sanggup pergi pejabat pos dan beratur panjang semata-mata nak beli stem. Tak aci kan? Tapi tak lama pun hobi tu. Hobi gedik-gedik nak ikut trend.
Gambar hasil carian di google.com. |
Antara hobi yang biasa kita dengar adalah melukis, membaca, melayari internet, memasak dan macam-macam me lah. Apa hobi ai? Ai ada hobi ke? Selalunya bila ai cakap ai tak tahu apa hobi ai atau ai tak ada hobi, mesti orang yang kenal ai tetapi tak kenal rapat dengan ai akan cakap "yeke kau tak ada hobi? Kau kan suka menjahit. Hari-hari kau menjahit."
Well ai tak nafikan hampir setiap hari ai menjahit. Tapi hobi adalah sesuatu yang kita suka buat di waktu lapang. Sejujurnya ai tak suka menjahit bila ai ada masa lapang. Ai menjahit untuk cari duit lebih dan bukan mengisi masa lapang. Ai suka seni dan ai suka design. Bila ambil jurusan fesyen dan diwajibkan untuk tahu menjahit, itu bonus untuk ai.
Bila ai fikir-fikir balik, ai rasa hobi ai membaca. Nampak tak? Hobi sendiri pun main rasa-rasa. Kenapa ai cakap membaca? Sebab bila ai ada masa ai suka membaca. Tapi bukan novel tau. Ai lebih kepada majalah. Tak kisah lah majalah hiburan ke majalah ilmu ke asalkan majalah. Selain majalah, ai suka baca blog dan cerita-cerita viral di media sosial atau apa-apalah yang memberi information yang berguna pada ai. Even pamplet pun ai suka baca. Dari situ lah ai mendapat idea untuk menulis dalam blog ni. Ai bukan tak baca novel langsung, tapi ai akan baca novel ikut mood. Kalau sinopsis menarik, baru ai akan baca. Ataupun recommended dari kawan-kawan.
Jadi, penting ke hobi? Kalau korang tak ada hobi, apa yang korang suka buat di masa lapang? Makan? Tidur? Termenung? Semua tu pun boleh dijadikan hobi. Tapi hobi yang tak cool lah. Hahaha! Bosannya hidup kalau tak ada hobi. Pada ai, setiap manusia ada hobi sendiri. Mesti ada sesuatu yang korang suka buat. Tak kisahlah apa pun hobi korang, asalkan tidak menyusahkan orang lain dan tidak memudaratkan sesiapa.
Boleh jadikan menulis blog sebagai hobi
ReplyDeletePasti meletop blog Ai ni nanti.
Aamiin. Mudah-mudahan WP.
Deletehi. ur're one of the 10 lucky choosen blogger to be in my special blog list until the end of feb.
ReplyDeleteThank you so much raydah.
DeleteSetuju!! agak boring juga kalau tader hobi. SAya suka menjahit, membaca, photography, menulis. Banyak lah jugak. Sebab saya ni jenis boring kalau buat benda yang sama ajer. Heheh...
ReplyDeleteAi pun cepat boring tapi untuk sesetengah benda je.
DeleteHobi GV sentiasa berubah2x. Skang hobi GV ialah hadap blog. huhu. Membaca majalah best juga tu kak Ai. :)
ReplyDeleteTak pe berubah, asalkan happy apa yang kita buat tu.
DeleteKalau ada masa blogging & tengok tv.tapi most of free time tidur..kuikuikui
ReplyDeleteHahaha tak cool laa tido =P
DeleteHobi mama tidur haha susah tau nak Cari time utk tidur
ReplyDeleteHahaha!
Delete