SHOWCASE GEMPAK GILER! BANGI WONDERLAND

Sunday, 3 December 2017

SHOWCASE GEMPAK GILER! BANGI WONDERLAND


Assalamualaikum and hye readers~



Since ai join Kelab Blogger Ben Ashaari, ini adalah first event ai dengan team #kbba9. Awesome! Semua ahli yang join Showcase Gempak Giler ramah tamah belaka. Ai mengaku, ai ni pemalu yang amat ok. So, bila jumpa tu ai macam wordless. Nasib baik semua orang sporting, bagi ai rasa selesa. Terus rasa ok dan tak ada istilah disisihkan langsung. Hehehe!



#kbba9 


Showcase Gempak Giler ini adalah event yang dianjurkan oleh Bangi Wonderland Theme Park & Resort. Event ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis yang cukup sporting iaitu Ezad Lazim dan Ameng Spring. Lagu-lagu legend yang dinyanyikan sungguh menghiburkan. Korang masih berpeluang untuk bersantai bersama family dan berhibur bersama artis di Bangi Wonderland. Hari ini, Dato' Awie dan Siti Nordiana akan memeriahkan suasana. Manakala minggu hadapan pula korang dapat berhibur bersama Amy Search dan Nico G pada 9 December dan band Khalifah dan Projector Band pada 10 December.



Ezad Lazim.

Ameng Spring



Di Bangi Wonderland, terdapat banyak tarikan yang korang perlu cuba sendiri. Slide sahaja, ai rasa ada lebih daripada sepuluh jenis dan semuanya mencabar. Guess what? Dalam banyak-banyak slide tu, ai berani naik dua sahaja. Budak sekolah rendah pun berani naik slide yang paling rare. Antara rides yang korang perlu cuba, bagi ai adalah insane racer, the fall dan wonder loop. Tapi rides yang famous adalah water cannon. Terpulang pada citarasa korang sendiri.



Kids Adventure.

Water Cannon.

Magic Funnel. Photo kredit to www.mommylin.com.

Pirates Bay. Photo credit to www.lyndachelah.com.

Anaconda Trail & Insane Racer. Photo credit to www.lyndachelah.com.



Bila sebut 'Theme Park' atau 'Taman Tema Air', yang selalu merisaukan ai adalah toilet dan changing room. Ai rasa bukan ai sahaja, korang pun sama kan? Selalunya toilet dan changing room theme park kurang bersih. Yelah, dengan pengunjung yang ramai, korang boleh imagine sendiri lah keadaan toilet dan changing room tersebut. Tetapi, ai boleh bagi kredit untuk toilet dan changing room di Bangi Wonderland. Bersih dan ai sangat berpuas hati.


Kalau korang bercadang untuk membawa anak-anak berjalan tetapi masih tidak tahu ke mana, Bangi Wonderland sangat sesuai. Terdapat banyak permainan air di Bangi Wonderland yang sesuai untuk anak-anak korang. Yang penting, tinggi dan berat mencukupi. Bangi Wonderland juga ada membuat promosi sempena cuti sekolah. RM150 untuk empat orang pada hari biasa dan RM180 untuk empat orang pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Additional RM30 untuk pengunjung yang tiada Mykad. Korang dapat jimat banyak kat situ tau. Jadi, jangan lepaskan peluang ini.




19 comments:

  1. Seronok first time jumpa Ai. Manis je orangnya

    ReplyDelete
  2. First time jumpa Aisya.. nanti jumpa lagi..jom pergi sini lagi nak

    ReplyDelete
  3. tahniah daapt join aktiviti kbba9

    ReplyDelete
  4. nak repeat datang sini nanati..hehee

    ReplyDelete
  5. first time juga jumpa ai. semoga dapat jumpe lagi next event kbba

    ReplyDelete
  6. Betul.. banyak benda ai belajar.

    ReplyDelete
  7. Masih dalam perancangan nak ke sini.. Kena tunggu anak-anak nie besar sikit.. Hehehe..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D