Assalamualaikum and hye readers~
Sebelum ni ai telah berpeluang untuk menyertai Ladies Only Dance Party anjuran JK1M. Seronok sangat bersenam beramai-ramai. Alhamdulillah minggu lepas ai dah pun selamat daftar untuk program cabaran jom kurus JK1M yang akan berlangsung selama 6 minggu. Tak sabar nya nak tengok result selepas 6 minggu tu nanti. Hihihi!
Klik banner untuk keterangan lanjut. |
Hari Sabtu lepas ai sempat untuk menghadiri kelas pertama yang diadakan di seksyen 7 Shah Alam. Sepatutnya kelas tu diadakan di Dataran Shah Alam, atas sebab cuaca yang tak berapa nak baik, kelas ditukar di seksyen 7. Mula-mula tu memang kecewa lah, sebab seksyen 7 dengan rumah ai tu agak jauh juga. Tapi bila coach dah bagi ilmu pertama, terus hilang kekecewaan itu.
Ai pilih JK1M area Shah Alam 2. Shah Alam 2 diketuai oleh Coach Shukri dan Coach Aain Nadra. Kedua-dua mereka sangat best dan sporting. Coach Aain siap berulang-alik Kelantan - Shah Alam setiap minggu tau. Sepanjang ai berada di dalam kelas selama 3 jam, tak terasa bosan langsung. Ditambah pula dengan semua kawan-kawan baru yang sporting. Memang tak terasa langsung masa berlalu. Peserta JK1M Shah Alam 2 yang berusia 40 ke atas pun ada tau. Dia sertai program ni bersama anak dan isteri. Sweet sangat.Sebahagian daripada peserta JK1M Shah Alam 2. |
Kelas pertama ini adalah untuk sesi memperkenalkan diri. Macam orientasi lah. Selepas tu kami diberi pengenalan tentang makanan sihat. Untuk kurus dan sihat, segala-galanya bermula daripada makanan ye. Dan yang paling penting, minum air masak sebanyak yang mungkin sekurang-kurangnya 2-3L sehari. Kalau korang jenis yang tak boleh minum air masak dengan alasan nanti sakit perut lah, tak sedap lah, tak boleh telan lah, cuba korang masukkan hirisan buah-buahan yang korang suka dalam air tu. In syaa Allah korang akan lebih bersemangat nak minum air masak tu.
Sejak ai sertai program JK1M ni, soalan yang tak putus-putus ai terima adalah 'kenapa nak kurus?' 'kan dah kurus, nak kurus apa lagi?'. Jujur ai cakap ai join program ni untuk sihat. Kurus belum tentu sihat. Kita lebih mengetahui sejauh mana kelebihan dan kelemahan badan kita. Program JK1M bukan untuk kurus semata-mata. Tapi kalau dapat turunkan berat 5-7kg, itu bonus untuk ai. Betapa ai rindukan collar bone. Hahaha!
Tak sabarnya nak tunggu kelas seterusnya hari Rabu ni. Kalau korang nak join juga, masih belum terlewat tau. Korang boleh check it out di cabaranjomkurus.com. Scroll sampai bawah dan korang boleh pilih negeri dan tempat yang terdekat dengan korang. Apa yang ai boleh katakan, program ni berbaloi dengan bayaran rm300 untuk 6 minggu yang dikenakan. So, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah join. Nak tahu cara sihat yang betul, wajib join!
aisyaismail
haha..tajuk entry ni comel! good luck Ai! semoga berjaya mendapat berat idaman
ReplyDeleteHehehe.. berat tu ok je sebenarnya.
DeleteBukan nak kurus,
ReplyDeletetapi nak maintain sehat
Yeahh betul.
DeleteIQ pun nak kurus! dan semua pun berhak untuk sihat! kan?
ReplyDeletebetul IQ. Sihat untuk semua orang.
DeleteHana metabolisme tinggi so memang sentiasa bahagia mengunyah tanpa fikir padahnya hahaha ^^
ReplyDeleteSis dulu pun macam hana tau. tapi sekarang.. hehehe
Deletekurus dan sihat..idaman setiap manusia..syoknya dapat bersenam dgn betul..ada coaching..berbaloi byr RM300..
ReplyDeletesangat berbaloi. trusted program pula tu.
Deletenak kurus jugaaa
ReplyDeletehahaha
dah berisi dah nih
Next season jom join.
Deletebestnyeeee. ray suke la program2 mcm ni
ReplyDeleteJom join next season.
Deletewahh bestnyaaa..bagus tul coach tu ulang alik kelantan shah alam setiap minggu ya.moga 6 minggu challange success ya..kalau dekat nak join pula rasanya..hehe
ReplyDeleteThank you irda. btw setiap negeri ada beberapa kawasan. irda boleh join yang terdekat dengan irda.
Delete