TIPS PILIH MEJA MAKAN

Tuesday, 16 January 2018

TIPS PILIH MEJA MAKAN


Assalamualaikum and hye readers~


Meja makan adalah salah satu perabot yang wajib ada di dalam rumah selain daripada sofa dan katil. Tidak salah jika sesebuah rumah tidak mempunyai meja makan, tetapi meja makan sentiasa menjadi kehendak seseorang yang mempunyai keluarga dan rumah sendiri. Ada je rumah yang tidak mempunyai meja makan. Malah, rumah ai sendiri pun dahulu tidak mempunyai meja makan. Sebab kami tidak merasakan ianya penting. Apabila berpindah ke rumah yang lebih baik, ianya menjadi suatu keperluan untuk mengelak rumah daripada kelihatan kosong. Jadi bagaimana untuk memilih meja makan yang sesuai dengan rumah kita?




TIPS PILIH MEJA MAKAN
Meja makan Ikea. Gambar hasil carian di google.com.



1- Pastikan saiz ruang makan - Sebelum beli meja makan, kita kena pastikan saiz ruang makan terlebih dahulu. Jika korang membeli meja makan yang besar untuk ruang makan yang kecil, rumah korang akan kelihatan sempit. Untuk langkah berjaga-jaga, lebih baik korang ambil pita pengukur dan ukur ruangan makan korang.

2- Tentukan bajet - Jika bajet korang kecil, pilih lah meja makan yang tidak menelan belanja yang besar. Jika ada bajet lebih, beli lah yang lebih baik. Jangan kerana meja makan sampai nak berhutang pula.

3- Pemilihan bentuk meja - Pemilihan meja makan berbentuk bulat amat digalakkan untuk ruang makan yang terhad. Ini adalah kerana meja tersebut tidak mempunyai sudut dan tidak mengambil ruang yang besar. Meja makan segi empat pula sangat sesuai untuk ruang yang luas dan mempunyai banyak kerusi.

4- Konsep kediaman - Apa konsep rumah korang? Jika moden, pilihlah meja makan yang moden dan begitu juga sebaliknya. Jangan jadikan meja makan suatu perabot yang ganjil di dalam rumah.

5- Bilangan penghuni di dalam rumah - Jumlah penghuni di dalam rumah juga perlu dititikberatkan. Ini adalah supaya tiada ahli isi rumah yang tidak dapat untuk duduk bersama di meja makan. Tapi berbalik juga pada ruangan di rumah korang. Kalau tidak boleh memuatkan meja makan yang besar, separuh terpaksalah beralah.

6- Pilihan Material - Tak semua orang menggunakan meja makan untuk makan semata-mata. Ada juga yang menjadikan meja makan sebagai tempat bekerja. Kalau tengok drama kat tv pun selalu tunjuk anak-anak buat kerja sekolah di meja makan. Buat beramai-ramai baru lah cepat siap. Atau tak jadi kerja sebab sibuk bersembang? Hehehe! Kalau korang guna meja makan untuk macam-macam aktiviti, pilihlah material yang lebih berkualiti.

7- Warna pilihan - Korang kena tahu, warna sesuatu perabot mempengaruhi suasana di dalam rumah korang. Pastikan korang tak pilih warna yang carca marba. Semak mata memandang nanti. Buat rujukan untuk kombinasi warna yang menaikkan mood positif di dalam rumah.



Gambar hasil carian gi google.com.



Entri ni membantu korang tak untuk memilih meja makan? Boleh lah korang memilih meja makan yang selesa dan bersesuaian dengan rumah masing-masing. Apa yang penting, pastikan jangan berbelanja di luar kemampuan. Rancang perbelanjaan sebaik mungkin. Kalau korang nak meja makan yang simple, ai suggest korang check it out di Ikea. Banyak pilihan dan korang boleh mix and match. Ai geram betul dengan pilihan kerusi-kerusi di Ikea. Comel-comel sangat.




aisyaismail

10 comments:

  1. taksabarnya nak ada rumah sendiri, nak beli meja makan, hias rumah semua hehe thnkyou for the tips!

    ReplyDelete
  2. kdg2 meja makan tu buat tempat letak laptop utk taip entri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai siap bentang kain potong atas meja makan. Besar and senang.

      Delete
  3. Replies
    1. Yup.. kalau pandai hias ikut tema mesti menarik.

      Delete
  4. Ikea memang best kalau gi.. Perabot dia awesome.. Tapi sha suka rumah lapang dan tak banyak perabot.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Ai pun tak berapa gemar terlalu banyak perabot.

      Delete
  5. rumah ni pakai meja kayu..mak mertua punya..hehe..kalau kita suka simple je..duduk bawah lantai pun best..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul.. makan kat lantai pun ok je. Tapi macam best pula meja kayu. klasik.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D