BAGUS KE BERCINTA LAMA-LAMA?

Wednesday, 14 February 2018

BAGUS KE BERCINTA LAMA-LAMA?


Assalamualaikum and hye readers~



Bagus ke? Bagus ke? Soalan ini selalu diajukan pada ai, tapi baru hari ni ai nak tulis. Entah lah, ai rasa tak bagus pun bercinta lama-lama ni. Kalau ada pilihan untuk berkahwin, better kahwin je. Buat apa nak tunggu lama-lama. Ada calon, ada duit, confirm boleh hidup lepas kahwin, kahwin je lah. Apa yang nak ditunggu lagi? Pahala pun dapat, dosa pun berkurang.



BAGUS KE BERCINTA LAMA-LAMA?
Gambar hasil carian di google.com.



Selalu je kawan-kawan tanya, macam mana boleh bertahan bercinta lama-lama. Jodoh, alhamdulillah. Seriously ai tak ada jawapan. Ai bukan lah pakar dalam cinta-cinta ni. Zaman percintaan ai pun tunggang terbalik. Ribut, taufan dan badai yang melanda tu tak payah cakap lah. Ngeri! Memang tak terfikir nak back to zaman bercinta. Bukan tak ada yang baik, ada banyak je. Tapi sudah menjadi lumrah manusia akan lebih mengingati yang tak baik kan?


Tapi satu perkara yang  ai rasa bagus bila bercinta lama-lama ni, banyak memori untuk kita kenang apabila sudah berkahwin nanti. Kalau tak kahwin, ai pasti semua orang akan menyesal kerana membazirkan bertahun-tahun dengan orang yang salah. Betul tak? Tapi kita didatangkan dengan orang yang salah untuk kita lebih rasa bersyukur bila didatangkan orang yang betul.



BAGUS KE BERCINTA LAMA-LAMA?
Gambar hasil carian di google.com.



Perihal PJJ atau program jarak jauh ni, please jangan minta advise dari ai. Sebab ai ada worse memory ever dengan PJJ ni. Ramai juga orang cakap PJJ ni bagus, ok je dan menguji relationship kita. Ai hanya boleh accept point yang terakhir tu. Memang sangat menguji. So, kalau ai diberi peluang PJJ dengan pasangan, ai taknak peluang tu.


Tak bagus pada ai, tak semestinya tak bagus pada orang lain juga. Kalau nak tahu lebih tentang sesuatu perkara tu, lebih baik rasai sendiri. Mungkin nasib korang lebih baik berbanding ai. Ramai je kawan-kawan ai yang berjaya dengan hubungan jarak jauh ni. Malah, mereka suka dan setelah berkahwin pun masih lagi berjauhan. Mental kena kuat. Apa yang penting, bila dah berjauhan tu, mesti saling mempercayai antara satu sama lain. Dan pastikan jangan sesekali mencurangi pasangan korang. Sebab di dalam sesebuah perhubungan, kecurangan adalah kesalahan yang paling sukar untuk dimaafkan oleh pasangan.




aisyaismail

13 comments:

  1. bg sis tak bagus cinta lama2 ni..buang masa n buang duit n tambah dosa je...hehehe...da jmpa someone tu, better terus kawen je...tp, tu sume jodoh jugak kan.

    ReplyDelete
  2. bercinta lama-lama bagus kalau lepas tu berakhir di jinjang pelamin
    kalau break macam sakit jiwa juga lah sebab kenangan manis banyak
    hahaha

    ReplyDelete
  3. betul tu, been in relationship with this guy since drjah 6 :') sampai dah besar (9 tahun together) pastu terputus gitu je *eh darjah 6 dah gatal hahahaha

    ReplyDelete
  4. moga diberikan jodoh yang baik2 untuk semua orang. kadang pengalaman dan jalan orang ni lain2. takpe. mana yang elok, kita ambil. kan? :)

    ReplyDelete
  5. cinta halal itu lebih diredhoi...yg lulus PJJ, mmg kuat semangat..cinta 100%..

    ReplyDelete
  6. Saya bercinta dengan isteri selama 6 bulan je, lepas tu terus tunang. 6 bulan kemudian kami kahwin.
    Maklum lah, zaman saya masih zaman slow dan masih jaga adat. Berkawan je 3 bulan, terus mak ayah bagi warning, bukan mak ayah dia, tapi mak ayah saya.
    "Kamu jangan buat main-main dengan anak dara orang. kalu suka, cakap terus terang,jangan buat kawan tu tertunggu-tunggu".

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D