JK1M10 #2: BASIC NUTRITION

Wednesday, 7 February 2018

JK1M10 #2: BASIC NUTRITION


Assalamualaikum and hye readers~



Dalam hidup ni, ramai orang terutamanya wanita yang ingin kurus agar kelihatan cantik dan boleh bergaya dengan kepelbagaian fesyen. Namun, ramai juga yang berusaha untuk kurus tetapi mengabaikan kesihatan. Apa guna kurus jika badan tidak sihat.


Nak kurus itu bagus untuk mengurangkan masalah obesiti dan kolestrol dalam badan. Tapi jika kurus dan tidak sihat, masalah kolestrol itu tetap akan ada. Antara cara untuk kurus yang mengabaikan kesihatan adalah seperti muntahkan makanan selepas makan, makan ubat kurus, tak mahu makan langsung dan bermacam-macam cara yang tidak sihat. Tahukah korang, untuk kurus memerlukan makanan yang cukup tetapi berkhasiat? Jom kita kenali kumpulan makanan.


Gambar hasil carian i google.com.



KARBOHIDRAT
Untuk membekalkan tenaga dalam badan.
Makanan - Nasi, roti, mee oat, pisang, ubi, sweet potato.
Tips - Sweet potato sangat bagus tetapi tidak mengenyangkan.

PROTEIN
Untuk membaiki tisu rosak / otot badan.
Makanan - Ayam, ikan, telur, kekacang, seafood, tuna
Tips - Putih telur boleh di ambil dengan banyak tetapi tidak untuk kuning telur.

FIBER / SERAT
Untuk perlawasan.
Makanan - Semua jenis sayur hijau sangat bagus, buah-buahan.
Tips - Buah cukup diambil tiga hidangan sehari kerana mempunyai kandungan gula.

MINERAL
Makanan - B complex dan fish oil.


Gambar hasil carian di google.com.


Sejak ai mengikuti program JK1M10 dan mengamalkan makan makanan yang sihat, ai kurang membuang kerana kurang perlawasan. Apa yang ai buat adalah dengan lebihkan makan sayur-sayuran hijau. Sayur yang kerap ai makan adalah salad. Senang dimakan dengan pelbagai hidangan. Lagipun tak rumit untuk dimasak. Hahaha! Dasar pemalas.


Bila dah tahu jenis kumpulan makanan, korang kena tahu juga kombinasi makanan yang sesuai agar tidak terlebih kalori di dalam satu hidangan. Di sini ai berikan contoh kombinasi makanan yang korang boleh jadikan sebagai rujukan. Tapi kalau korang malas nak buat sendiri, sekarang dah ramai buat delivery menu makanan sihat. Korang siapkan duit sahaja.


PAGI
- 2 keping roti wholemale + 3 putih telur + 1 kuning telur + sayur
- Oat / yougart / susu / buah

TENGAHARI
-Nasi segenggam + dada ayam / ikan + sayur.
Jika makan makanan berkuah, jangan hirup kerana kandungan garam banyak di dalam kuah. Bagus jika memasak menggunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

MALAM
- Tidak memerlukan karbohidrat untuk hidangan malam.

SNACK (jarak di antara waktu makan)
- Kekacang / epal hijau / teh hijau / biskut kurang daripada 150kcal / buah pear

KETIKA BERPUASA
- Untuk bersahur minum air lebih 1 liter dan ambil hidangan sarapan.
- Untuk berbuka minum air lebih 1 liter dan ambil hidangan makan tengahari.





Perkara penting yang korang jangan lupa adalah minum air. Air kosong tau! Bukannya air manis. Minum sekurang-kurangnya 2 - 3 liter sehari. Kalau korang dapat minum lebih apa salahnya. Kalau korang kerap ke tandas tidak mengapa kerana itu bagus untuk badan. Korang anggap je ulang alik ke tandas tu seperti senaman korang. Selain itu, kopi o tanpa gula bagus terutamanya sebelum workout. Sayangnya ai tak minum minuman berkafein.


Sebenarnya menu makanan sihat ni sangat menarik. Lebih-lebih lagi ayam panggang. Ai memang lebih kan dada ayam dalam diet sebab ai tak berapa gemar makan ikan. Oh ye, kalau korang nak ubah corak pemakanan korang, pastikan buat secara perlahan. Jangan terlalu mendadak ya. Bimbang jika badan terkejut, korang pula demam. Diet ke mana, sihat pula entah ke mana. Ubah perlahan-lahan dan lama-lama korang akan biasa.


Kepada korang yang nak mulakan makan makanan sihat, selamat maju jaya ai ucapkan. Cekalkan hati korang dan jangan mudah berputus asa. Nak kurus bukan mudah. Fikirkan tentang kesihatan dahulu, in syaa Allah korang berjaya.




aisyaismail

12 comments:

  1. sama lah kita suka makan salad je sedap pun sedap.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing... nak sihat dan berdiet pun actually kena ada ilmu kan. Patutlah dulu workout bagai nak rak tapi berat tak turun2 juga. Rupanya sebab makanan yang diambil. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. tapi makan sikit tak menjanjikan berat turun.

      Delete
  3. Good sharing Aisya.Nanti nak cubalah menu yang disyorkan untuk jaga badan

    ReplyDelete
  4. doktor mmg suruh akk makan mcm ni, utk control gula, tapi sbb banyak kerja luar, nak breakfast makan roti 2 keping tu, mmg tak cukup..pernah terketar-ketar sbb kena panjat bukit..ada appointment jumpa dietician...huhu..

    ReplyDelete
  5. sama juga sedang beralih ke arah makanan sihat. Salad rupanya memang sangat sedap, maklum la sebelum ni jarang makan ambil salad. Sekarang lebihkan sayuran dan makanan kurang lemak dan berminyak.

    ReplyDelete
  6. makan salad sedap..tapi tak tahan lama..perut cepat lapar lah...hehehehe

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D