Dengar je nama Bukit Sapu Tangan, ai terus tergelak. Kenapa pelik sangat nama nya. Tapi bila ai bagitahu orang lain tentang Bukit Sapu Tangan, ramai rupanya yang tahu. Terus malu sendiri sebab terasa macam ai seorang je yang tak tahu tentang Bukit Sapu Tangan ni.
Jauh lagi nak sampai. |
Bukit Sapu Tangan terletak di Taman Botani, Shah Alam. Kalau korang tak tahu Taman Botani, nama lainnya adalah Bukit Cahaya atau Bukit Cerakah. Selalunya orang panggil Bukit Cerakah. Ai berpeluang mengikuti kumpulan JK1M10, Shah Alam 2 hiking ke Bukit Sapu Tangan. Siap bawa encik husband sekali. Takut sangat ai hiking sorang-sorang sebab dia tahu tahap kemampuan ai sampai mana. Hehehe!
Seingat ai, kali terakhir ai hiking lima tahun lepas di Bukit Tabur. Waktu tu sekeping, sekarang dah tiga keping badan ni, entah mampu sampai ke atas ke tidak. Tapi bila tengok semangat ahli lain yang lebih berkeping-keping badannya nak sampai ke atas, ai terus bersemangat. Tak nak kalah. Alhamdulillah sampai juga ke puncak. Tak jauh dan tak bahaya pun, sesuai juga untuk bawa anak-anak. Tapi pastikan stamina anak-anak cukup untuk sampai ke puncak. Kalau tidak, bersedialah nak mendukung.
Jalan bertar, tak perlu risau tanah licin. |
Walaupun Bukit Sapu Tangan ni tak mencabar seperti bukit-bukit yang lain, tetapi nak sampai ke puncak adalah satu cabaran untuk orang-orang yang jarang atau tak biasa hiking macam ai. Kalau korang memang kaki hiking, mungkin bukan masalah untuk korang sampai ke puncak. Untuk yang sukakan sukan berbasikal, korang juga boleh mengayuh ke puncak Bukit Sapu Tangan. Ramai juga yang mendaki dengan berbasikal. Tak kurang juga yang menolak basikal kerana letih mengayuh.
Jujur ai katakan, ai bangga tengok semangat ahli JK1M10. Usia dan berat badan bukan penghalang untuk mereka bersama-sama mencuba segala aktiviti yang dianjurkan oleh JK1M10. Mungkin kerana aktiviti dilakukan secara berkumpulan, jadi semangat tu lebih tinggi berbanding lakukan aktiviti seorang diri. Kalau korang masih muda dan sihat tetapi korang malas untuk bersenam, korang kena malu dengan golongan yang macam ni. Jangan jadikan malas sebagai alasan sebab korang akan menyesal bila dah tua nanti.
Abang Saiful dan Kak Aimi. Salute ngan diorang. |
Dah sampai! |
Lepas tamat program JK1M10 ni nanti, ai nak teruskan aktiviti-aktiviti menarik yang ai dah buat bersama team. Jadi kalau korang ada plan nak buat aktiviti sihat yang menarik, jangan lupa pm ai. Kalau menarik ai berbesar hati untuk sertai aktiviti korang tu.
aisyaismail
wah seronok lah kalau beriadah beramai2 macam tu
ReplyDeleteYup.. seronok..
DeleteOooo...rupanya Bukit Cerakah. Pelik juga Mula baca entry. Lokasi ini memang ramai kaki jogging atau hiking yang beraksi di sini. Kesihatan diri...keutamaan sendiri.
ReplyDeleteYang berbasikal pun ramai juga.
Deletewah... seronoknya beriadah macam ni! dengan seisi keluarga pun syok! sesekali meluangkan masa bersama dengan menikmati udara segar memang cukup menarik ni!
ReplyDeletejom singgah blog saya www.hasifhamsyari.com. :D
okok sat g singgah.
DeleteAktiviti sihat macam ni SA memang suka tapi masa sangat cemburukan SA...dah lama tak pergi Bukit Cherakah...
ReplyDeleteSama lah.. masa sentiasa mencemburui.. Nasib baik join JK1M.
DeleteOkay.. Kita pon bru first time dgr bukit sapu tgnn.. Hehehe.. Tp xberapa curam ea.. Ssuai utk beriadah termasuklah org tua... Bolehlah nnti ke uma akk ipo kt shah alam nk singgah sini ...
ReplyDeleteWahh bukan ai sorang baru dengar. Dah kat atas tu curam lah sikit. Cuma tak bahaya lah.
Deletebukit Sapu Tangan memang unik nama tu. Bagus kalau dapat tau cerita di sebalik nama tu. Seronok aktiviti sihat macam ni sekali sekala.
ReplyDeleteHurmm.. boleh search ni cerita di sebalik nama.
DeleteLama tak beriadah mcm ni..
ReplyDeleteIngat nanti nak ajak husband pi riadah la dengan anak2...
Haaa pergi laa.. menarik.
Deletebest yer dapat beriadah dengan satu team JK1M ni kan aisya.. coach huda tak buat pun aktiviti riadah camni. huhu..
ReplyDeleteTu laa huda.. best sangat.. seronok.
DeleteLama x jejak bukit cerakah :)
ReplyDeleteAida skang sedang fit kan diri. Tak boleh la saje2 nak naik bukit. Fengsan nanti :)
Mr. Asben rajin hiking bukit tau.
Pagi tadi jogging kat bukit dlm taman. 20 minit, 10 kali naik turun, hadoi lah ha ha ha... Hampir putus nafas.
Hahaha.. bestnya ada bukit dalam taman untuk jogging.
Deletehiking is always a way to make me more positive...when i first started hiking, i was surprised that other hikers would happily greet you..and that was really refreshing.... and I am same with you..i had no idea that it's called sapu tangan...i also laughed..hahahhaha
ReplyDeleteyeahh me too. i'm surprised other hikers so friendly.
DeleteFirst time dengar nama Bukit Sapu Tangan. Dekat bukit cherakah pulak tu. Kenapa x prnh dgr erk. Padahal dari dalam perut duduk dekat Selangor. Hahaha
ReplyDeleteOh ramai juga yang tak pernah dengar ye.
DeleteLamanya dah tak hiking.. Dekat je bukit sapu tangan ni ngan rumah kita rupa-rupanya....
ReplyDeleteBoleh hikinng lepas ni.
DeleteWahhh bestnya. Ada kawan-kawan dari JK1M10 pula tu buat aktiviti sekali. Saya teringin nak join aktiviti outdoor dengan mereka yang bersemangat inginkan gaya hidup sihat selain nak kurus. Lutut dah tak kuat. Wuwuwuwuw
ReplyDeleteBoleh join JK1M lepas raya nanti.
DeleteNama pun dah unik. Anyway teruskan aktiviti macam ni. Semoga lagi sihat dan bertenaga.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Thank you lia..
DeleteSeronok dpt riadah ramai2... dismping boleh bakar kalori tu... tahniah aisya sbb berjaya naik bukit. 1st time dgr nama bukit sapu tangan
ReplyDeleteThank you mrs liez.
DeleteUnik namanya.. bukit sapu tangan yea.. Baru 1st time dengar pasal tempat riadah ni.. mesti best kan.. macam syok pulak rasa nak pi sana
ReplyDeleteFirst time dengar nama Bukit Sapu Tangan, padahal kat Shah alam je..adoyai..lama dah tak berhiking ni..konfem pancit..
ReplyDeleteShah Alam isn’t that far from my place. I always love to explore new places to hike with my friends. Glad I saw your blog!
ReplyDeleteFirst time hear this kind of cute name. Must be any history there to be name as handkerchief.
ReplyDeleteI love this kind of group activity as well. Bonding is good.... - Rach
wah wah, lepas baca nih, jadi nak pigi hiking juga, seronok agaknya :)
ReplyDeletebagus dapat pergi tempat macam ni.. near to nature... bukit sapu tangan? cute nya nama..
ReplyDeleteAktiviti yang bagus untuk keluarkan peluh.
ReplyDeleteKalau buat selalu, yang 3 keping boleh jadi sekeping balik.
Wah! Nama tempat pun cukup unik, bukit sapu tangan jumpa sapu tangan kat situ tak? well memang bagus la beriadah beramai-ramai, aktiviti yang baik
ReplyDeletelama sungguh tak gi Bukit Cerakah...last gi hiking kat Bukit Gasing..
ReplyDeleteCikla baru pergi tmn botani ni, tak nmpk pulak sigboard bukit sapu tgn ni...
ReplyDeletesignboard dia kat atas.
DeleteNow I am going to do my breakfast, once having my breakfast coming
ReplyDeleteyet again to read additional news.