WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?

Thursday, 22 March 2018

WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?


Assalamualaikum and hye readers~



Sebab utama ai malas nak tengok drama Korea adalah bila ai dah terjebak, ai akan terus terjebak dan susah nak berhenti. Ai bukan jenis yang boleh tunggu satu hari satu episod. Kalau ada sepuluh episod, sepuluh episod itu ai nak habiskan dalam masa satu hari. Tapi baru-baru ni ai kalah juga bila terjebak dengan drama Pinocchio.



WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?
Gambar hasil carian di Google.com.



Drama Pinocchio ini bukan lah drama baru. Kalau tak silap ai telah ditayangkan pada tahun 2014. Kalau ai silap tolong betulkan. Drama lakonan Park Shin-hye dan Lee Jong Suk ini mengisahkan tentang dunia wartawan. Yang menariknya drama ini  bukan drama seorang lelaki kaya-raya yang angkuh dan kemudian bertemu gadis rakyat biasa dan jatuh cinta. Lepas tu lelaki tersebut terus bertukar menjadi seorang yang comel dan penyayang lalu cinta terhalang oleh orang tua kerana status. Cliche sangat kan?



Ki Ha-myung  menjadikan kariernya sebagai seorang wartawan untuk membalas dendam atas kematian ayahnya di dalam satu insiden dan mengembalikan maruah keluarganya yang rosak akibat insiden tersebut. Choi In-ha pula seorang penghidap sindrom Pinocchio cuba membuktikan bahawa sesiapa yang menghidap sindrom tersebut juga mampu untuk menjadi seorang wartawan. Dalam pada masa yang sama dia ingin mendekatkan diri dengan ibunya. Sindrom Pinocchio adalah sindrom di mana Choi In-ha akan sedu-sedu (hiccups) setiap kali berbohong.



Pertemuan hero dan heroin di dalam drama ni bukan lah semasa mereka menjadi wartawan. Mereka berdua telah kenal sejak kecil di mana Ki Ha-myung menjadi anak angkat kepada datuk Choi In-ha. Kiranya hero tu pak cik angkat heroin lah. Mereka berdua sama-sama berusaha untuk menjadi wartawan dan diterima atas sebab dan kisah yang berlainan. Masing-masing ada kisah lampau sendiri.


WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?
Gambar hasil carian di Google.com.


Persoalannya, wujud ke sindrom Pinnochio? Umum mengetahui bahawa Pinocchio adalah kisah dongeng kanak-kanak. Selama hidup ini ai memang tak pernah dengar sindrom Pinocchio melainkan cerita dongeng Pinocchio. Ada juga ai cuba bertanyakan kepada pakcik G, akan tetapi semua jawapan yang diberi meragukan. So, ai boleh katakan bahawa sindrom ini tidak wujud. Mung suatu hari kalau ai jumpa article yang betul-betul kuat mengatakan sindrom ini wujud, baru lah ai percaya. Atau jika ai jumpa buku mengenainya. Ai lebih percayakan buku. Tapi ai tak rasa sindrom ini wujud.


Setiap kali ai berbohong ai akan rasa bahang di bahagian hidung. Tapi pada ai itu adalah perkara yang normal, sebab dah buat salah mesti akan rasa tak keruan kan. Lagipun ai sorang je rasa, orang lain tak akan tahu. Korang pun mesti akan rasa sesuatu setiap kali berbohong kan? Kan? Kan? Paling tidak pun korang akan rasa resah, berpeluh atau bahang di bahagian anggota badan yang tertentu. Tapi korang je lah tahu. Kecuali apabila keresahan korang terpancar di muka. Memang kantoi lah penipuan tu.


WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?
Gambar hasil carian di Google.com.


Boleh bayangkan tak jika sindrom Pinocchio benar-benar wujud? Setiap kali korang berbohong, setiap kali tu juga semua orang akan tahu. Kesian dengan orang yang ada sindrom tersebut. Memang lah bagus jika tak boleh menipu, tapi ada sesetengah perkara kita perlu untuk menipu. Contohnya  korang nak break dengan pasangan, tiba-tiba dapat tahu dia sakit tenat dan terlantar di hospital dan harapan tipis untuk diselamatkan. Tiba-tiba dia tanya, 'do you love me?'. Dalam keadaan dia yang begitu korang rasa nak menipu atau jujur? Jika korang jujur tapi ada sindrom Pinocchio, membantu tak?


Pada ai, cerita Pinocchio ni memang best. Tak cliche dan tak meleret. Disebabkan heroinnya penghidap sindrom Pinocchio, jadi plot menipu tu tak banyak antara watak-watak utama menjadikan ai tak bosan dengan kisah cinta yang diselitkan di dalam drama tersebut. Unsur-unsur kekeluargaan dan persahabatan pun menarik. Senang cerita ai memang suka lah cerita ni. Mesti ramai yang dah tengok kan? Kalau belum tengok, sila lah tengok.


WUJUD KE SINDROM PINOCCHIO DI DALAM DUNIA NYATA?
Gambar hasil carian di Google.com.

P/s : Captain Hwang comel nau. Wartawan yang berkarisma dan sentiasa cool depan junior-junior. Love sangat.




aisyaismail

25 comments:

  1. Ada pula sindrom pinocchio? haha~~ cutenya....

    Korean drama always nice.. pretty girls handsome guys....

    ReplyDelete
  2. Hehe macam kelakar pon ada ea cerita ni? comel-comel kelakar + sedih kot? tak pernah tengok lagi cerita ni, and tbh jarang tengok cerita korea actually heheh..tapi menarik jugak persoalan tu, betul mcm complicated jugak kalau betul2 ada sindrom pinocchio tu kan heheh..

    ReplyDelete
  3. Drama Pinocchio looks interesting to me. I seldom see Korea movie now coz' times consuming even though it is nice.

    ReplyDelete
  4. Antara drama fav airah.besttt dan cute
    Teringt masa stay dekat asrama tengok cerita ni hihi

    ReplyDelete
  5. Saya dah tonton drama ni. Memang tak mengecewakan! Tapi sejauh mana kewujudan penyakit Pinnochio tu wallahualam. Saya cuma anggap drama ni salah satu lagi drama lain daripada lain yang cukup dengan nilai2 murni. Sejujurnya, drama Korea pada saya jarang menghampakan!

    ReplyDelete
  6. Citer ni memang dah lama. Tapi tak pernah tengok pon. 1st time jugak dengar pasal sindrom pinocchio ni.

    ReplyDelete
  7. Kalau wujud, habislan. Manjang hidung akan memanjang. Hahaha. Manusia xkan pernah lari dari menipu. Kadang kita menipu utk menjaga hati. Huhu

    ReplyDelete
  8. sha pernah tengok 4 episod kot pastu tak kena dengan citarasa sha haha terus stop

    ReplyDelete
  9. Bkn syndrome yg slh..kdg2 perangai manusia yg mcm tu..x penah nak jujur..sbb tu dlm ape pun keadaan bercakap jujur la..yg penting direct, honest, and appropriate

    ReplyDelete
  10. susah juga kalau ada sindrom mcm ni. ramai yg akan kantoi nanti. minta korea ye?

    ReplyDelete
  11. Omg I cannot imagine if I get pinocchio sydrom, that is so scary, not that I want to lie but sometimes we say white lies, takkan too straightforward all the time lol

    ReplyDelete
  12. Ada setengah orang ni mereka nak menipu tapi tak pandai nak sorok nak cover dari riak wajah dan perlakuan hehehehe...

    ReplyDelete
  13. Macam best yer cite ni. Tapi kalau tengok episod 1 ni confirm tak tido malam sebab nak habiskan semua episod dalam sehari juga, haha! Dasar tak sabar nak tau ending kot :D

    ReplyDelete
  14. Rasa macam dah tengok..tapi rasa nak tengok balik lah. Kalau ada sindrom pinocchio kat dunia ni...rasanya ramailah yang akan berhidung tinggi..hehehe

    ReplyDelete
  15. uzu memang layan drama kore setiap hari sampai dah bertahun2 tak tgk tv hehe. tak best pon drama duk ulang2 je. Hee drama ni mmh best suka thk ponocchio

    ReplyDelete
  16. Kak ana sama macam ai. Sejenis tak sabar nak tunggu satu hari satu episod. Selalu akan rekod semua episod then marathon. Hehe.

    Nak tgk lah drama ni pula. Selalu nampak je tp tak tergerak nak tgk. Bayangkan kalau setiap kali menipu hidung kita jadi makan panjang. Mesti xde siapa nak menipu kan. Kalau rasa bahang tu org yg memipu je yg tau. Hehe

    ReplyDelete
  17. Walaupun kita jarang tgk cerita korea, tapi biasanya cerita korea ni unik and ada message tersendiri. dia tak boring jalan ceritanya. takadelah macam drama pukul 7 sangat kan!

    ReplyDelete
  18. Dulu saya pun kaki drama korea, tapi lepas dah belajar 6 tahun n tgk sendiri life dorg, bergaul dgn org2 diorg..dah jg kurang minat. Haha. Ye la toughkan hidup dkt negara org. Tambahan dorg pun ada sifat diskriminasi sikit dengan org kuli gelap2 n bertudung pulak tu.
    Tapi tak dinafikan drama diorg memang kreatif, lovely dan menyentuh hati. Termasukkan drama sindrom pinocchio ni.

    ReplyDelete
  19. Sindrom ni sebenarnya wujud. wujud selepas cerita kartun tu la. hahaha. baru semua orang tahu bila berbohong hidung kemerahan. nasib baik tak jd panjang macam pinokio. hehehe. selalunya ruby susah nak berbohong, tapi ruby selalu elak or tukar tajuk or diam tetiba. elok sifat blur tu ada dari kita berbohong. hahaha

    ReplyDelete
  20. Oh gosh I have not seen this but it looks really good. And in terms to Korean series, each one of them certainly have an unique take to their individual storyline- however it is usually the plot that makes them interesting at the end of the day :)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D