BUFFET RAMADHAN MAKAN SAMPAI KENYANG! - "JUADAH MALAYSIA TO THE WORLD" - THE VIEW CAFE, BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM

Friday, 13 April 2018

BUFFET RAMADHAN MAKAN SAMPAI KENYANG! - "JUADAH MALAYSIA TO THE WORLD" - THE VIEW CAFE, BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM


Assalamualaikum and hye readers~



Bila sebut sahaja i-City, pasti semua orang akan membayangkan lampu-lampu di waktu malam dan pelbagai keseronokan yang terdapat di sana. Ramai yang tidak tahu, di i-City juga korang boleh mendapatkan tempat makan yang menarik dengan pemandangan yang cantik dan harga yang berpatutan. 


Best Western i-City Shah Alam.


Bertempat di tingkat 5, The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam ada menyediakan hidangan buffet dengan pelbagai jenis hidangan makanan yang pasti membuatkan korang rambang mata. Terdapat lebih daripada 200 jenis makanan yang dikumpulkan dan dihidangkan di The View Cafe. Jangan risau jika korang seorang yang cerewet tentang makanan kerana banyak pilihan yang boleh dinikmati bersama teman dan keluarga.


Antara menu yang terdapat di The View Cafe adalah Nasi Briyani, Kambing Golek, pelbagai jenis lauk pauk Melayu berserta ulam-ulaman, Spaghetti Bolognese, Carbonara, Laksa, Mee Kari dan bermacam-macam lagi hidangan yang istimewa. Jika korang tak mahu makanan yang berat, korang boleh memilih kuih muih tradisional. Kepelbagaian pencuci mulut juga menarik minat ai seperti ABC, Cendol, Bubur Manis, Bread and Butter Pudding dan macam-macam lagi.





Ai tak makan kambing, tapi Nasi Beriyani Kambing tu memanggil-manggil. Nasib baik kuat iman di dada ni, kalau tidak mesti balik ai akan kemurungan sebab mula loya-loya.





Tak lengkap rasanya makanan Melayu tanpa ulam-ulaman. Jarang hidangan di hotel ada menyediakan ulam petai sebagai menu ulam-ulaman. Di The View Cafe ada kepelbagaian ulam-ulaman. Tiada alasan lagi untuk mak ayah menolak ajakan anak-anak untuk berbuka puasa di hotel.




Grill Station! Ai recommend Ikan Pari Grill yang dicicah dengan kuah asam. Sedap sangat!




Roti john, Murtabak, Keropok Lekor, Cekodok, Cucur Udang dan pelbagai menu yang membolehkan korang untuk menikmati menu selain daripada nasi. 





Minuman dan pencuci mulut juga mempunyai pelbagai pilihan. Air sahaja terdapat lebih daripada sepuluh jenis. Ai nak cadangkan korang minum air Roselle. Sedap! Tidak terlalu manis dan tidak juga terlalu masam. Sangat sesuai untuk tekak ai. Korang cuba lah dulu.


Apa yang ai suka?

Kalau tanya apa yang ai paling suka, sudah semestinya sambal udang petai, ikan pari grill beserta kuah asam dan coconut shake. Tiga menu ni paling ai teringat sampai sekarang. Ai nak cuba juga menu ketam, tapi memandangkan malas sangat nak guna tangan, terpaksa lah ai buat-buat tak nampak ketam itu. Takut tak memasal ada aksi ketam terbang pula.





View The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam

Cantik sangat. The View Cafe terbahagi kepada dua bahagian. Kalau korang suka makan di tempat yang berhawa dingin, dengan kerusi yang selesa korang boleh makan di bahagian dalam Cafe. Untuk korang yang sukakan tempat yang terbuka dan santai sambil menghirup udara yang asli, korang boleh duduk di bahgian luar Cafe. 




Pilihan ai adalah di bahagian luar. Makan di tempat yang tinggi di waktu malam, tidak akan terasa panas. Selain daripada pemandangannya yang cantik dan menarik, ai juga sukakan hiasan dalamannya. Pasti cantik untuk bergambar kenangan di situ. Tapi sayang, hujan turun dengan lebatnya. Jadi, ai menikmati juadah makanan di bahagian dalam sahaja. Satu perkara yang perlu korang tahu, luar atau dalam kedua-duanya sangatlah selesa.




Murah atau mahal?

Jangan risau kerana untuk pencinta makanan, hidangan buffet di The View Cafe pasti memuaskan hati korang dengan harga yang berpatutan. Terdapat lebih daripada sepuluh stall makanan dengan pilihan yang menarik. Ai sendiri tak mampu nak rasa semua jenis makanan. Bak kata cheff mereka, mereka tidak mahu meletakkan hanya satu menu yang istimewa kerana selera masing-masing tidak sama. Pilihan di tangan anda untuk memilih.


Sehingga 25 April ini, harga untuk early birds adalah hanya RM89 untuk seorang dewasa. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi tersebut. Selepas itu, harga untuk korang nikmati juadah adalah sebanyak RM109 untuk dewasa. Beli sembilan seat untuk mendapatkan satu seat percuma. Harga untuk kanak-kanak dan warga emas hanyalah RM59 setiap seorang. Untuk membuat tempahan, korang boleh contact di nombor 03-55219000. Atau korang boleh email terus ke enquiry@bestwestern-icity.my





Pada pendapat ai memang sangat berbaloi makan di The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam ini. Daripada pukul 7p.m sehingga pukul 10p.m korang boleh makan sampai puas. Kalau tak larat, korang boleh chill dulu dan sambung makan kemudian. Apa tunggu lagi? Buat lah tempahan sekarang.


Best Western i-City Shah Alam

A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia,
CityPark, i-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

03-55219000
www.bestwestern-icity.my

IG & FB : @bwicity





aisyaismail

4 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D