Nak beri nama kepada seorang anak bukan lah sesuatu yang mudah. Nama diberi sebagai gelaran dan identiti kepada anak itu semasa bayi dan akan digunakan untuk selamanya. Dan nama ini jugalah yang perlu didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalan diri. Kalau tak ada pengenalan diri macam mana nak buat surat beranak atau mykid.
Bukan mudah untuk ibu bapa memilih nama yang sesuai untuk anak mereka. Bermacam-macam faktor yang perlu ditikberatkan dalam memberi nama kepada anak. Elokkah maksud disebalik nama tersebut? Apabila besar kelak, adakah anak akan dimalukan dengan nama tersebut? Atau Suka kah anak kita suatu hari nanti dengan nama yang diberi?
Nama panjang atau nama pendek
Nama panjang atau nama pendek yang dipilih sering menjadi bahan bahas di media sosial. Ada Yang menyokong jika anak-anak diberi nama yang lebih pendek agar mudah untuk digunakan. Ada juga yang suka nama yang lebih panjang kerana lebih unik dan banyak pilihan gelaran untuk dipilih. Tetapi pada ai isu nama ini mudah. Suka hati ibu bapa lah nak letak nama apa sekalipun pada anak-anak mereka, asalkan memberi maksud yang baik.
Sering menjadi isu apabila nama yang panjang dipilih untuk ana-anak. Masing-masing mempertikaikan sukar untuk mengisi borang, sukar untuk dihafal, sukar untuk menulis nama pada buku sekolah anak-anak dan bermacam-macam lagi. Ai tertanya-tanya, siapa yang menulis nama pada buku sekolah anak-anak? Ibu bapa atau mereka yang mempertikaikan? Kalau malas, panjang ke pendek ke tetap malas. Boleh beli rubber stamp nama anak-anak ok.
Sistem di sekolah
Baru-baru ni heboh mempertikaikan masalah besar seorang guru apabila terpaksa menulis nama anak panjang-panjang. Bila ai tengok senarai nama tu, tak adalah panjang sangat. Biasalah sahaja tiga patah perkataan tu. Yang menjadi panjang adalah kerana ejaan nama dipanjangkan seperti Muhd menjadi Muhammad dan diletakkan bersama bin dan binti. Lain lah jika diberi nama anak itu Muhammad Aariz Haiqal Iman Hisham Hakimi Yusuf Bin Mohd Badrul, ok ini ai mengaku panjang. Kalau setakat Muhammad Hakim Danial Bin Ilyas Pujangga biasa sahaja pada ai.
Bermula lah dari situ ada netizen yang mula menegakkan pendirian masing-masing. Kononnya letak nama anak satu patah perkataan sudah memadai. Ada juga yang kata nama anak dia macam nama anak dulu-dulu, klasik. Tak kurang juga ada yang kata nama panjang-panjang paling bagus kerana unik dan maksudnya lebih banyak.
Yang ai tak faham sekarang ni, di zaman berteknologi serba canggih sekarang kenapa masih ada isu nak tulis nama anak murid atas paper? Kenapa tak taip di microsoft word atau excel dan print sahaja nama-nama itu? Ai tanya sebab ai tak tahu. Mungkin memang prosedur, printer kehabisan ink atau guru itu sendiri yang suka tulisan tangan. Komen lah di bawah sebab musabab nya ye.
Pada ai, tak kisah lah nama anak korang panjang ke, pendek ke, tiga huruf, tiga suku kata atau tiga patah perkataan sekalipun, yang penting maksud nya baik dah cukup. Lagipun, nama yang korang beri tu adalah nama yang korang suka. Bila mereka dah besar nanti, korang pasti ke anak-anak korang suka dengan nama tu? Pasti ke mereka takkan diejek dengan nama yang diberi?
Baca juga: Nama anak lelaki
Tidak perlu lah nak bergaduh dan perli memerli hanya kerana nama anak-anak. Minat dan pendirian masing-masing. Tidak semua perkara yang kita suka, orang akan suka juga. Begitu juga dengan sebaliknya. Melainkan mereka buat kesalahan, itu memang wajib ditegur. Tegur ya, bukan mengecam. Selagi tak ada kesalahan dan tak menyusahkan korang, hormati lah minat masing-masing. Itu lebih baik.
aisyaismail
Ringkas itu baik ... panjang juga wajar berpada-pada..paling utama maksudnya yang baik-baik kerana setiap kali disebut ianya menjadi doa.Kesian juga si anak andai terpaksa menyimpan 2 ic...1 gambar dan nama..1 lagi nama penuh beserta bin atau binti...
ReplyDeleteNama panggilan pun penting sebab yang tu kita sebut hari2..itupun kena disusuli dgn asuhan yang baik..
ReplyDeletetak kisah sebenarnya panjang-panjang, asalkan cikgu pun senang nak panggil. janganlah terlalu moden macam aezryl afzkar adzim. susah~ XD
ReplyDeleteNama yang ringkas pun okay asalkan maknanya baik2 saja.
ReplyDelete