JANGAN MELENGAHKAN TEMPAH BAJU RAYA

Sunday, 8 April 2018

JANGAN MELENGAHKAN TEMPAH BAJU RAYA


Assalamualaikum and hye readers~



Hari raya dah nak dekat ni. Tinggal lebih kurang dua bulan je lagi. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je sambut hari raya pada tahun lepas. Hampir setahun dah rupanya. Korang dah tempah baju raya ke belum tu? Cepat, cepat, jangan lambat-lambat 🎵🎶. 


Raya 2017.


Saja ai nak tanya lagi sekali, korang dah tempah ke baju raya? Sekarang ni nak tempah baju raya bukan boleh nak buat last minutes, dua tiga bulan awal tukang jahit dah tutup tempahan. Yang lagi hebat, lima bulan awal dah tidak menerima tempahan raya. Laku keras lah hasil jahitannya.


Masih teringat zaman ai masih di bangku sekolah dahulu. Rumah tukang jahit hanya di depan rumah sahaja. Bila-bila masa kami boleh tempah baju dan seminggu selepas itu baju sudah pun siap. Kami dah boleh datang untuk mencuba dan jika ada apa-apa yang tidak kena, tukang jahit tersebut akan betulkan dan masa yang paling lama diambil adalah selama satu hari. 


Namun, sekarang itu semua dah jarang berlaku. Silap hari bulan, korang tak dapat beraya dengan baju raya yang meletop cetusan idea korang tu. Kenapa begitu? Sebab dulu tak ramai orang berfesyen dalam menempah baju. Baju yang selalu menjadi pilihan adalah baju kurung, kebaya, baju melayu dan beberapa jenis pakaian tradisional yang tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan.


Rizalman for Zalora 2018. Suka design Rizalman. Tapi harganya......


Zaman sekarang dah lain. Walaupun tempah hanya baju kurung, tetapi maniknya penuh di dada. Bila ditempah baju kebaya, lengannya berkepuk-kepuk mencecah ke lantai. Baju melayu juga sudah mula direka menggunakan fabrik telus agar menampakkan badan lelaki yang sado itu. Dan yang paling hebat lagi, seorang pelanggan menempah tiga ke lima pasang baju raya. Itu belum lagi termasuk untuk suami, anak, mak, ayah, ibu mertua dan bapa mertua. Kalau seorang tiga pasang, tak lebih dua puluh pasang semuanya? Mana tak lima bulan awal sudah tutup tempahan.


Pada korang yang tak sempat nak membuat tempahan baju raya, jangan risau. Dah banyak baju sedia ada yang dijual di butik-butik dan juga kiosk di pasar raya dengan harga yang berpatutan.. Kalau malas nak keluar rumah, online kan ada. Tapi korang kena berani tanggung risiko lah. Takut saiz tak ngam dengan korang. 


Rekaan dari Butik Maleena sesuai untuk mereka yang gemarkan rekaan yang ringan.


Raya-raya juga, tapi puasa jangan lupa ganti. Tak kisah lah apa pun alasan korang ponteng, ganti lah puasa itu. Masih ada masa lagi ni. Cepat, cepat, jangan lambat-lambat 🎵🎶. 




aisyaismail

16 comments:

  1. akak dah siap setel suma dah hehehheh puasa nanti dah boleh rileks

    ReplyDelete
  2. Kalau tak sempat tempah, beli yang dh siap pun banyak pilihan.

    ReplyDelete
  3. kin pun tak tempah raya tahun ni, beli je yg dah siap. macam-macam pilihan da skrg (:

    ReplyDelete
  4. ehehehe...kita tak pikir lagi raya ni.. nampak gayanya kena cari siap jahit lahh.Rakyat pun ramai ni

    ReplyDelete
  5. rasanya tahun ni tak tempah or beli baju .. paaki baju yang lama je

    ReplyDelete
  6. tak sempat nk tempah dah...huhu..beli jubah je lah nmpknya..nak beli baju kurung siap, jrg dapat yg selesa..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D