ME'NATE RAMADAN PREVIEW 2018 - ME'NATE STEAK HUB, SHAH ALAM

Friday, 20 April 2018

ME'NATE RAMADAN PREVIEW 2018 - ME'NATE STEAK HUB, SHAH ALAM


Assalamualaikum and hye readers~



Alhamdulillah, untuk kali kedua ai jejakkan kaki ke Restoran Me'nate Steak Hub, Shah Alam. Pertama kali dulu untuk celebrate birthday Encik Husband. Siap dapat kek percuma daripada Me'nate sebab celebrate di situ. Kali ini ai pergi bersama kawan-kawan KBBA9 pula. Suasana nya memang meriah ditambah pula dengan kehadiran kami, bertambah berseri majlis tersebut. Ecewahhh!


Me'nate Steak Hub cawangan Shah Alam.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, sudah pasti kita ingin sekurang-kurangnya sekali untuk dapatkan kelainan berbuka puasa. Selalunya ai berbuka dengan memasak atau beli sahaja di Bazaar Ramadan. Jika tidak sempat, makan sahaja menu ala-carte di kedai makan atau di restoran makanan segera. Dalam sebulan berpuasa, apa salahnya sekali kita merasa berbuka secara buffet di Me'nate Steak Hub pula. 


Restoran Me'nate Steak Hub telah memenangi dua anugerah yang berprestij pada tahun ini sebagai restoran steak dan makanan barat terbaik tanah air. Di bulan Ramadan yang mulia ini, Me'nate Steak Hub akan menyajikan hidangan buffet makanan barat dan tempatan yang pastinya memenuhi citarasa selera korang semua. 


Dengan bertemakan "Western & Local Delicacies Buffet" pastinya akan memberi keunikan yang tersendiri. Me'nate Steak Hub menyajikan tiga set menu yang berbeza silih berganti setiap hari. Menu istimewa setiap hari sepanjang bulan Ramadan adalah Rusa Golek. 


Pelbagai Menu

Tahun-tahun yang lepas, Me'nate Steak Hub menfokuskan kepada steak untuk buffet Ramadan. Tidak lagi untuk tahun ini. Di atas respon yang telah diberikan oleh pelanggan mereka, pihak Me'nate telah menambah menu lain untuk pelanggan lebih banyak pilihan untuk berbuka puasa. Kalau ada duit poket lebih di bulan Ramadan, nak berbuka hari-hari di Me'nate Steak Hub pun tak apa. Kepelbagaian menu akan membuatkan para pelanggan tidak berasa jemu.


Nasi Arab dan Ayam Kabsah.

Jangan risau jika korang memang inginkan nasi untuk berbuka, di Me'nate Steak Hub ada menyediakan Nasi Arab beserta Ayam Kabsah. Pasti kenyang.


Lamb Syabu dan Herbs Baked Potato.

Kenapa namanya syabu, ai tidak pasti. Mungkin korang akan ketagih selepas makan Lamb Syabu ini. Penggemar daging kambing pasti sukakan menu ini. Untuk ai yang tidak makan kambing, hanya pandang sahaja lah.


Roasted Chicken.

Ada tak yang lebih sukakan daging ayam daripada daging merah? Nahhh jangan risau tau, kerana di sini ada juga disediakan juadah Roasted Chicken yang pasti membuka selera penggemar ayam.


Buttered Mix Vegetables dan Potato Salad.

Kepelbagaian salad dan sayur-sayuran juga menarik perhatian ai. 


Rojak Buah.

Sedapnya rojak buah. Paling suka dengan sengkuang dan timun kalau makan rojak buah. Tak ada buah-buahan yang lain pun tak apa. Yang penting kuahnya kena sedap. 


Mini Cake, Mini Brownies, Pudding, Kuih Tradisional dan Buah Potong.

Ai seorang pencinta dessert. Lebih-lebih lagi kek dan ais krim. Pantang nampak mesti nak. Untuk pertama kali, ai tak makan langsung dessert kerana banyak lagi pilihan yang lain. Dan oleh kerana terlebih makan daging, perut ai dah terlalu kenyang. Tapi sekarang ai dah rasa menyesal kerana tidak makan sahaja dessert tersebut.


Cendol, Jagung Susu, Bandung Soda, Coffee dan Tea.

Air tidak banyak pilihan, tetapi pilihan yang ada semua sedap dan cukup rasa. Air jagung susu tu memang sedap. Siap ada isi jagung dalam tu.


Terdapat bermacam-macam lagi hidangan lain seperti Mee Goreng, Mee Sup, Cendol, Jalapeno Beef Baked Bean, Ayam Madu dan banyak lagi. Pastikan korang datang dengan perut kosong tau. Eh, puasa kan? Mestilah bawa perut kosong.


Apa yang ai suka?

Buat pertama kali ai merasa daging rusa. Rasanya lembut sangat dan cukup rasa. Tapi ai tak tahu lah di tempat lain kerana ini kali pertama ai makan daging rusa. Lepas ni ai boleh jadikan daging rusa sebagai makanan kegemaran jika rasanya sama sahaja di semua restoran. Agak-agaknya kalau ai request rendang rusa untuk hari raya ni, mak ai ketuk kepala ai dengan senduk tak agaknya?


Rusa golek!

Cuba teka yang mana satu daging rusa dan yang mana satu daging lembu. Yang kecil itu adalah daging rusa. Sengaja dipotong kecil agar senang nak makan. Jika tidak potong begitu pun tak ada masalah kerana dagingnya yang lembut dan senang untuk dipotong sendiri. Mushroom souce tu memang pelengkap rasa.


Deep Fried Chicken Drummet with Ranch Dressing, Fettuchini Carbonara dan Baked Penne with Tomato Sause and Mozarella.

Fettuchini Carbonara yang sangat sedap. Gravy dia pekat dan cukup semua rasa. Tapi ai tak galakkan korang makan dengan banyak. Jaga kesihatan ya. Chicken Drummet dan Baked Penne tu biasa je. Tapi.. Kombinasi ayam tu dengan ranch sauce memang sedap sangat. Korang cuba dulu baru korang akan percaya.


Nabil sporting

Hari kami diserikan lagi dengan kehadiran Nabil Ahmad. Sporting habis tau. Dari awal dia sampai hinggalah ai dah nak balik, masih bertenaga lagi dia. Bila ramai yang nak bergambar pun dia layankan saja. Siap ada yang minta buat video lagi. Pada ai, Nabil Ahmad ni lebih kelakar bila berjumpa depan-depan daripada dalam tv. Eh, ter review Nabil Ahmad pula.


Nabil Ahmad

Harga Buffet Ramadan Me'nate Steak Hub

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi dengan menu yang dihidangkan. Dengan hanya RM79.90 untuk dewasa 12 tahun ke atas dan RM39.90 untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun, korang boleh nikmati semua juadah sepuasnya. Buffet Ramadan ini bermula sepanjang bulan Ramadan dari pukul 6.30 petang sehingga ke pukul 8.30 malam. Kalau korang nak makan steak di Me'nate pada bulan Ramadan, korang boleh nikmatinya selepas pukul 8.30 malam. 


Restoran Me'nate Steakhub mempunyai empat cawangan yang terletak di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Kesemuanya menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama di bulan Ramadan. Korang boleh pilih cawangn yang terdekat. Di sini juga disediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan solat. Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi Cik Aidah di talian 012-2944425 atau Encik Farid di talian 011-27058455.




aisyaismail

8 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D