MUSIM RAMBUTAN DATANG LAGI! MAKAN SAMPAI DEMAM!

Thursday, 12 April 2018

MUSIM RAMBUTAN DATANG LAGI! MAKAN SAMPAI DEMAM!


Assalamualaikum and hye readers~



Bulan April adalah bulan yang sibuk untuk Encik Husband. Selalunya awal bulan kami berdua pasti pulang ke kampung, tetapi tidak untuk bulan ini. Setelah berbincang dari hati ke hati, kami berdua telah bersetuju untuk pulang pada hujung bulan sahaja. 


Kalau bertanya tentang rindu, mesti lah rindu pada mak dan baba di kampung. Kalau boleh hari-hari nak bersama mereka. Tetapi tanggungjawab membataskan untuk kami bertemu. Tak apa lah, mujur mereka faham. Lagipun, di bulan-bulan yang lain kami memang kerap pulang ke kampung. Hanya sesekali sahaja masa dan kewangan membataskan kami untuk selalu pulang. Beruntung siapa yang duduk di rumah bersama ibu bapa. Rezeki masing-masing.


Walau macam mana kita merancang, kita tetap hanya mampu merancang sahaja. Mak ai voice note di group whatsapp bertanyakan siapa boleh pulang ke kampung kerana pokok rambutan sudah berbuah. Dan buahnya sudah ranum. Ranum? Mendengar perkataan ranum, ai dan Encik Husband berbincang semula. Akhirnya kami memutuskan untuk pulang juga ke kampung.


Geramnya tengok buah rambutan bergayut.


Kami bertolak ke Melaka pada hari Sabtu sebaik sahaja Encik Husband pulang dari pejabat. Setibanya di Melaka, kami terus ke kebun kerana emak dan baba sudah menunggu di sana. Esoknya selepas bersarapan kami perlu bertolak ke kota semula kerana tuntutan kerja Encik Husband. 


Cantik sungguh permandangan buah rambutan yang berjuntaian dari atas pokok. Ai terus capai, lalu dikopek dan dimakan isinya. Sedap! Tak rugi pun balik pada hari itu.


Sementara menuunggu kakak ai sampai, ai dan encik husband terlebih dahulu memetik buah rambutan untuk di bungkus dan di bawa pulang ke kota. Encik husband beriya betul memetik rambutan. Maklumlah, orang bandar kan. Tak pernah jumpa pokok rambutan. Eh, tak pernah petik buah rambutan. Hahaha! Sementara itu, ai hanya menjadi mandur yang cemerlang sambil mengunyah buah rambutan. Banyak ai makan sampai demam.


Teruja betul dia.


Setibanya kakak ai bersama suami dan anaknya, abang ipar ai bantu Encik Husband memetik buah rambutan sementara ai melayan karenah anak buah ai. Mummy, atok dan neneknya sedang sibuk membawang di bawah pondok. Ya Allah! Rindunya ai suasana di mana kami satu keluarga tinggal di bawah satu bumbung. Walaupun masing-masing buat hal sendiri, namun kami masih dapat melihat ahli keluarga yang lain dalam jarak yang dekat.


Ai mula berpisah dengan mak baba sejak melanjutkan pelajaran di Kuantan, Pahang. Sebaik sahaja tamat belajar, ai mendapat tawaran untuk bekerja di Kuala Lumpur. Gembira! Hampir setiap minggu ai akan balik ke kampung. Kalau tidak bersama kakak-kakak, ai akan balik dengan menaiki bas. Ai sedar, ramai kawan-kawan memerli kerana hampir setiap minggu ai berada di Melaka. Tetapi ai tak pedulikan semua itu kerana ai tidak bernasib baik seperti mereka yang rezeki berdekatan dengan keluarga. 


Budak kecik banyak akal.


Kadang-kadang ai terfikir, bagaimana dengan mereka yang yang kampungnya lebih jauh? Sudah tentu perlukan wang dan masa yang banyak untuk pulang selalu. Ai selalu hormati pendirian seseorang yang hatinya selalu di kampung. Wajib bagi seorang anak untuk menghargai kedua ibu bapa mereka. Selagi mereka ada, gembirakanlah mereka. 


Kalau korang dah cuba sedaya upaya untuk mengembirakan hati ibu bapa, tetapi mereka masih tidak gembira, jangan bersedih. Sekurang-kurangnya korang dah cuba. Daripada mereka bersedih kerana kelalaian korang sebagai seorang anak. Yang mana satu pilihan korang?




aisyaismail

21 comments:

  1. gerammnye tgk rambutan tuuu...klo mkn, memang tak leh nk berhenti nii

    ReplyDelete
  2. Alahai sedapnye.
    Kat sini baru berbunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok rambutan tu memang berbuah tak ikut musim.

      Delete
  3. wah sedapnya rambutan. sha baru lega demam ni kalau dapat rambutan lagi demam pulak hahaha.

    ReplyDelete
  4. alahai sedapnya rambutan. mama suka yg baru2 nak masak sedap sebab ada rasa masam2 sikit

    ReplyDelete
  5. wah melayu2 sampai ppokok tu banyak juga hasilnya rambutan tu

    ReplyDelete
  6. Kat tpt akak ada 2 pokok rambutan,tapi baru berbunga..rasanya kali ni agak lebat dari tahun2 sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ai bunga lagi lebat dari buah. Heheh

      Delete
  7. Seronoknya ada pokok rambutan yang sedang masak ranum. Saya suka rambutan gading

    ReplyDelete
  8. tolong kopekan ye..buang bijik skali..tQ..

    ReplyDelete
  9. wow..best..fresh from the trees..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D