Assalamualaikum and
hye readers.
Pagi-pagi keluar
rumah, ai ternampak kapal terbang lalu di atas sana. Nampak besar dari biasa. Mungkin
kerana jaraknya lebih dekat walaupun masih tinggi di atas. Tapi itu normal
kerana rumah ai dengan Airport Subang bukanlah jauh sangat. Dia nak mendarat di
Airport Subang lah tu.
Kalau korang nak
tahu, ai ni sejenis yang penakut nak naik kapal terbang. Ai pernah tinggal di
Kuala Lumpur seorang diri semata-mata tak mahu ikut keluarga bercuti dengan
menaiki kapal tebang. Tapi entah macam mana tahun lepas boleh sampai ke Sabah
dan Sarawak pula. Orang kata, kalau dah cuba sekali mesti nak lagi. Tahun ni
macam nak ke luar negara pula. Pergi negara yang dekat-dekat dulu baru fikirkan
yang jauh.
Bali atau Phuket ya?
Atau Krabi? Jakarta pun macan best. Pergi Korea terus pun ok. Alah! Banyaknya tempat
yang ai nak pergi! Nak kena buat itirinery ni. Nak cop penginapan yang menarik
dan nak plan aktiviti lagi! Nak book flight! Banyak nya benda yang ai nak kena
fikir. Tapi, AirAsia kan ada. Korang macam ai tak? Kalau korang suka travel
jauh-jauh dengan bajet yang dalam kemampuan korang, mesti AirAsia akan menjadi
flight pertama yang korang fikirkan. Betul tak?
Nama AirAsia ni
memang dah tak perlu nak diperkenalkan lagi, rata-rata orang sudah tahu dan
memang sudah terkenal dengan tiket flight yang murah. Promosi selalu gila-gila
lah. Lagi pula, tiket flight murah ke lebih daripada 165 destinasi yang
merangkumi 25 buah negara. Menariknya! Banyak sungguh pilihan. Pilihan yang ada
dalam fikiran korang mesti ada dalam senarai punyalah. Confirm. Hahaha!
Bila bercerita
tentang AirAsia, sebenarnya bukan mudah perjalanan AirAsia untuk sampai ke
tahap yang tinggi seperti sekarang. AirAsia mula beroperasi pada tahun 1996 dan
pernah mengalami kerugian yang besar suatu ketika dahulu. Tony Fernandes
membeli dan ubah wajah AirAsia 100% dan bermulaa dari itu lah nama AirAsia mula
berkembang dan semakin mendapat nama.
Selepas beliau
meletakan tawaran harga tiket serendah RM1, Air Asia terus membuka hab kedua di
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada tahun 2003. Mana nak dapat
harga tiket RM1? Kalau ai dah ada duit sendiri waktu itu, habis semua tempat ai
book tiket. Dari sinilah bermulanya penerbangan antarabangsa AirAsia yang
pertama, iaitu ke Bangkok. Sejak dari itu, dengan tidak menoleh ke belakang,
AirAsia terus mengorak langkah dan menubuhkan anak syarikat Thai AirAsia dan
seterusnya menawarkan penerbangan ke Singapura dan Indonesia.
Tidak lama kemudian,
AirAsia menambah lagi penerbangan pada tahun 2004. Penerbangan kali ini lebih
jauh ke destinasi seperti Macau, Xiamen dan seterusnya ke Manila, Vietnam dan
Kemboja pada tahun 2005 serta Brunei dan Myanmar pada tahun 2006. Orang kata,
perkembangan pesat AirAsia dalam menawarkan perkhidmatan penerbangan
antarabangsa ini bertambah kuat lagi pada tahun yang sama apabila Tony
Fernandes memperkenalkan strategi lima tahun untuk mengukuhkan pengaruh di Asia.
Hasilnya, pada tahun
2007, jumlah penumpang meningkat dengan mendadak kepada 13.9 juta. Pada akhir
tahun 2008, AirAsia telah mengumumkan akan menambah lagi sebanyak 106 daripada
60 laluan yang sudah sedia ada. Fuh, banyak tu! Hasilnya, makin banyak anak-anak
syarikat AirAsia ditubuhkan di sekitar benua Asia dan serata dunia. Ini adalah
bertujuan untuk menampung lebih banyak laluan dan peningkatan permintaan
pelanggan, termasuklah AirAsia X yang dibuka untuk penerbangan jarak jauh
AirAsia. Dengan kemasukan ke Jepun pada tahun 2011 dan India pada tahun 2013,
semakin banyak lah pilihan yang kita ada kalau nak melancong ke luar negara.
Dah menarik sangat ni.
Kredit photo from asia.nikkei.com. |
Oh ya, kalau korang
nak tahu, terbang bersama AirAsia ini juga banyak manfaatnya sebagai penumpang
dan pelanggan. Harga tiket yang AirAsia tawarkan selalunya lagi murah jika nak
dibandingkan dengan harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan yang
lain. Kalau korang nak lagi selesa sikit, korang boleh melaraskan
penerbangan untuk dapatkan seat yang
lebih elok dan lapang. Kalau korang yang
suka membeli-belah di destinasi percutian korang dan rasa memang akan bawa
barang yang banyak, korang boleh juga untuk tambah had barangan. Barang-barang
korang pun in syaa Allah akan terjaga dengan elok.
Untuk korang yang
suka dan selalu travel ni, kalau korang ada kad loyalty BIG lagi best tau!
Korang boleh kumpul point setiap kali korang naik flight atau membeli barangan
melalui third party merchant. Bila dah cukup point korang tu, boleh lah korang
tukarkan dengan tiket penerbangan dan berjalan lagi. Macam AirAsia sponsor
tiket penerbangan di atas kesetiaan koraang bersama AirAsia lah. Dah
terbuktikan betapa berkalibernya AirAsia bila masuk bab internasional flight.
Apa yang korang tunggu
lagi tu? Teruslah buka website AirAsia di browser ataupun di apps AirAsia.
Jangan bertangguh-tangguh lagi untuk menikmati pelbagai promotion untuk SEMUA AirAsia flights yang sentiasa berlangsung
dari semasa ke semasa. Dapat je offer yang menarik terus cepat-cepat grab.
Masuk line, bayar atas talian, online check in dan selamat bercuti. Hahaha! Tak
ada apps AirAsia? Download lah sekarang. Ai percaya handphone masing-masing
canggih tu.
Korang dah boleh
tanda check untuk satu benda, FLIGHT TICKET!! Sekarang dah boleh lah korang nak
fokuskan kepada perkara lain pula. Pastikan semuanya yang terbaik untuk travel yang paling best tahun ini. Yeayy!
Ai pun nak book tiket juga ni. Jangan lupa abadikan kenangan terindah dengan
bergambar. Selamat bercuti!
aisyaismail
belum ada rezeki nak naik flight. soon maybe hehe
ReplyDeleteIn syaa Allah soon. Pergi yang dekat-dekat je dulu..
DeleteAA mmg terbaekkkkk,,,pilihan tambang murah sbb blk kpg mmg kene naik flight...heheheh
ReplyDeleteBetul.. service pun makin baik dari sesmasa ke semasa..
DeleteBagus aisya, kalau nak pi hatyai, jakarta, bangkok boleh rujuk blog sis di ruangan pages 'Travelogue'situ ada part by part aisya boleh baca review sis.
ReplyDeleteIn syaa Allah kak juju.. Thanks for sharing..
Deleteharitu tak booking heheh.. sbb nak murah lagi.. tak capai bajet hahaha
ReplyDeleteHuhuhu kak Azni power bab booking..
DeleteAA Mmmg terbaik.. bestnya jalan-jalan
ReplyDeleteBest!
Deleteseronoknyaaaa... dia p melancong yer.. btw,tq ada bnyak info yang ina tak tau tentang AA ni.
ReplyDeleteSama-sama Ina.
DeleteInshaAllah.. Heee.. Selamat bercuti
ReplyDeleteThank you Mr Ben..
DeleteLamanya dah tak naik flight, tahun depan plan nak cuti ke Sabah lah.
ReplyDeleteSabah best!
DeleteBestnyee. Nak jugak kalau tambang murah
ReplyDeleteTengah murah tu..
DeleteLama dah Air Asia beroperasi rupa yer. Huda mmg suka kumpul BIG points dan redeem free tickets untuk holiday .
ReplyDeleteAi pun suka kumpul BIG points. berbaloi..
DeleteNice.. Mmg suka AA tp klu pjlnn jauh tu pntnye lah. huuu
ReplyDeleteAA best sebab tambang murah..
Deleteada la jugak wishlist nak ke Sabah..cuma lom berkesempatan je lagi...hehehe
ReplyDeleteSabah best..
DeletePernah naik AA lama dulu...
ReplyDeletePilihan di hati sebab murah. Hehee
Sama lah..
DeleteBagusnya info ni. Tak pernah lagi naik AA
ReplyDeletememqng takleh nak banding tiket kat AA ni.
ReplyDeletepromosi pulak memang tiptop.
ada je promosi seat murah
bestnya tengok orang jalan-jalan naik airasia ni..selalu airasia buat promo kan..kita entah bila dapat pergi
ReplyDeletehelloo.. greetings from indonesia..
ReplyDeleteThis article is really good, I enjoy to read it hahaha..
unfortunately I have never traveled using "air asia", one day I'll try to holiday using "air asia"
rindu nak jalan2.. lama tak jalan ni kaki tangan gedik2 ni hehe.. best la AA thank you AA harga ticket mampu milik. tapi kalo tak kena gaya mencanak mahai jugak. kena rancang elok2 untul cari ticket ^^
ReplyDeleteAir Asia best ..
ReplyDeleteberbaloi book flight dengan air asia. dapat jimat banyak
ReplyDelete