BERI PELUANG KEDUA PADA MEREKA

Tuesday, 3 July 2018

BERI PELUANG KEDUA PADA MEREKA


Assalamualaikum and hye readers.



Pusat Serenti, tak pernah ai terfikir akan menjejakkan kaki di sana. Apa perasaan mereka di sana, tanggapan orang ramai terhadap mereka yang menginap di sana, sungguh ai tak pernah terfikir. Untuk menjadi seorang pelawat, memang langsung tak terfikir.


Nak dijadikan cerita, seorang kenalan meminta bantuan Encik Husband untuk membawanya bertemu dengan bekas suami di Cure and Care Rehabilitation Center (CCRC), Tiang Dua, Melaka. Pertemuan ini adalah untuk menghilangkan kerinduan anak-anak kepada ayah mereka. 


Cure and Care Rehabilitation Center (CCRC), Tiang Dua, Melaka.


Banyak juadah raya yang disiapkan untuk dibawa ke CCRC. Teringin katanya. Lagi pula, di musim perayaan. Juadah seperti lemang, ketupat dan rendang pasti dirindui. Sampai di sana, rupa-rupanya CCRC ada membuat hari terbuka. Kalau ada hari terbuka, buat apa nak bawa makanan yang banyak? Bukan ke makanan akan disediakan? Nama pun hari terbuka. Hari terbuka dan makanan mana boleh dipisahkan. Macam rumah terbuka hari raya.


Rupa-rupanya makanan ada disediakan, tetapi hanya untuk tetamu VVIP sahaja. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sungguh ai tak faham. Dimanakah keadilannya? Hari terbuka pada ai adalah hari untuk menjamu semua hadirin tidak kisah lah pelawat atau tahanan.


Semasa mendaftar, kami difahamkan perjumpaan dengan tahanan adalah selama 30minit sahaja. Sekali lagi ai tak faham. Kami datang dari jauh untuk 30mnit itu? Bagaimana pula dengan mereka yang lebih jauh? Ketidakadilan apakah ini?


Selesai mendaftar, kami diarahkan untuk ke bahagian pemeriksaan. Habis semua makanan diperiksa. Malah di dalam lauk dan nasi juga diperiksa. Yang ini ai faham. Sudah pasti mereka takut jika ada pelawat yang membawa barang terlarang untuk diberikan kepada tahanan di situ. Pisau potong buah juga disimpan oleh petugas. Setelah diperiksa, kami menuju pula ke ruang menunggu di bawah khemah. Di situlah baru ai faham,kenapa makanan hanya disediakan untuk tetamu VVIP dan mengapa masa yang diberikan hanya 30 minit sahaja.


Melihatkan setiap pelawat yang hadir dengan membawa bekal yang banyak, mungkin mereka tidak mahu berlaku pembaziran makanan. Kami sendiri membawa makanan yang banyak. Makanan yang tidak habis boleh ditinggalkan untuk diagihkan kepada penghuni lain. Untuk apa mereka sediakan juadah jika keinginan setiap tahanan lebih kepada masakan keluarga sendiri.


Banyak betul bawa makanan.


Setiap perjumpaan dihadkan kepada 10 orang tahanan setiap 30 minit. Ini kerana tempat yang terhad. Tahanan tidak boleh dilepaskan secara beramai-ramai. Sukar untuk pegawai CCRC hendak memantau pergerakan mereka. 30 minit sahaja masa yang dapat diberikan agar semua tahanan dapat peluang untuk bertemu keluarga masing-masing.


Hasil daripada lawatan tersebut, ai telah mendapat pengalaman yang baru. Buat pertama kali ai dapat melihat tahanan beramai-ramai dalam jarak yang dekat. Bermacam reaksi yang dapat dilihat. Ada yang nampak bersahaja, ada yang nampak sudah insaf dan ada juga yang nampak seperti masih tidak mahu berubah. Tapi di dalam hati mereka, tak siapa yang tahu.


Teringat kata-kata pegawai yang berucap pada hari tersebut. Bagaimana kehidupan tahanan setelah dibebaskan kelak adalah bagaimana layanan dan penerimaan kita terhadap mereka. Mereka tersilap langkah dan mereka layak untuk menerima peluang kedua. Jadikan mereka kawan dan bukannya lawan. Tapi......... dalam hati kita pula siapa yang tahu?


P/s : Hari terbuka dan rumah terbuka tak sama tau. Rumah terbuka tuan ruma sediakan makanan. Hari terbuka nak makan kena beli.




aisyaismail

18 comments:

  1. semua org layak dapat peluang kedua.. tetiba sebak baca ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa. tapi tak tau nak cakap sebab x duduk kat situasi keluarga mereka.

      Delete
  2. Yes. Dieorang deserve peluang kedua. Asalkan dieorg proof to us la yang dieorang blh berubah. Semua atas diri mereka. :)

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/movie-review-eiffel-im-in-love-2-2018.html

    ReplyDelete
  3. sedih plk baca entry AI ni..huhu

    ReplyDelete
  4. wahhh dapat pengalaman baru. tak sangka pula dapat jumpa 30 minit je. Semoga perjalanan kehidupan diorang lebih baik bila keluar nanti

    ReplyDelete
  5. tbh sha teringin sangat nak pergi tempat tempat macam ni

    ReplyDelete
  6. Selagi matahari belum terbit dari barat, jangan kata penagih dadah tapi orang kafir pun ada peluang nak mengucap.

    ReplyDelete
  7. Sekali terjebak sgt sukar utk mengelak ia berulang. Tapi mmg ada yg kekal sihat, cuma hati kena kuat & sokongan padu keluarga & rakan2 sgt penting.

    ReplyDelete
  8. sedangkan pintu taubat dan pengampunan Allah sentiasa luas terbuka sapala kita ni nak hukum orang lain. bagi yang menghargai.. insyallah peluang kedua sentiasa ada =)

    ReplyDelete
  9. selalu rasa sebak kalau orang yang tak dapat beraya bersama keluarga ni

    ReplyDelete
  10. jika nak peluang kedua kena betul-betul dah insaf..kata lain dalam islam adalah taubat nasuha. ada yang saya kenal dah keluar penjara selama berbelas-belas tahun, buat lagi perbuatan jahat yang sama..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D