MAKAN BERDUA DI PAPPARICH

Saturday, 7 July 2018

MAKAN BERDUA DI PAPPARICH


Assalamualaikum and hye readers.



Hari ini ai nak bercerita pasal makan pula lah. Dah lama tak bercakap pasal makan. Dulu rajin juga lah buat entri pasal resepi. Sekarang, nak masuk dapur cuba menu pelik-pelik pun tak sempat. Kalau masak pun, memang tak sempat nak ambil gambar cun-cun. Masak, hidang dan terus makan.


Korang pernah makan di Papparich? Ai baru je cuba. Sudah tentu ai cuba makan bersama Encik Husband. Siapa lagi yang nak melayankan tekak ni selalu kan. 


Papparich, Hospital Pantai.


Pada mulanya memang tak plan pun nak makan kat situ. Kebetulan sahaja. Kami berdua nak pergi melawat abang ipar ai di Hospital Pantai. Niat asal nak makan dahulu sebelum melawat. Kami dah plan nak makan di Secret Recipe. Tapi langkah kiri pula pada hari itu, Secret Recipe dah tak ada kat situ.


Pusing-pusing dalam banggunan hospital tu, Encik Husband ajak makan di Papparich sahaja. Ai ok je lah memandangkan banyak restoran dan kafe yang dah nak tutup sebab dah malam. Menu kami, Curry Laksa untuk Encik Husband dan Chicken Chop untuk ai. Air kami kongsi Sirap Bandung Selasih. Sweet tak? Hahaha! Tak boleh minum manis banyak sangat.


Curry Laksa untuk Encik Husband.

Chicken Chop untuk ai.


Pada pendapat ai, Papparich boleh tahan juga. Chicken Chop sedap dan Sirap Bandung Selasih kurang manis. Memang kena dengan selera ai. Cuma Curry Laksa sahaja tak kena dengan selera ai. Tapi Encik Husband kata sedap. Selera masing-masing kan.


Ok, kalau korang masih tak tahu nak makan apa hari ni, cuba tengok kiri kanan korang. Ada Papparich tak? Kalau ada apa kata korang cuba. Ini cadangan tulus ikhlas dari ai. Selamat menjamu selera ok.




aisyaismail

9 comments:

  1. Lama dah tak makan Papparich,..

    ReplyDelete
  2. pernah makan skali je.. kebetulan cuba da lapar sangat. sedap2 juga menu nya =D

    ReplyDelete
  3. Kin suka nasi lemak dekat pappa rich. Kadang-kadang order guna Foodpanda je. hihi

    ReplyDelete
  4. chicken chop tu mmg nampak sedap!

    ReplyDelete
  5. Sweetnya, kongsi air. Akak dah bbrp thn x msk Papparich. Menu mmg orait, cuma x ada kat lokasi kitarang biasa hangout, that's why.

    ReplyDelete
  6. wah, foto2 makanannya bikin ngiler semua kak.
    buat harganya cukup terjangkau kah kak? hihi

    ReplyDelete
  7. dulu selalu juga makan sebab bos suka ajak meeting sambil makan dekat situ
    hahahaha
    dah lama tak makan dkt papparich nih
    cuma teringat pizza dia sedap juga

    ReplyDelete
  8. airah pernah makan sekali je dekat papparich ni. itu pun dah lama sangat

    ReplyDelete
  9. pernah makan sekali di papparich..okla rasanya

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D