Sedapnya dapat makan dessert. Lebih-lebih lagi dessert tu sedap dan percuma. Tapi kalau kena makan dalam masa yang pantas, bukanlah Aisya Ismail. Hahaha! Kalau bagi bawa balik, In Syaa Allah tak akan berlapuk di dalam peti sejuk.
Mesti korang dah tau kan yang Domino's Pizza ada menu dessert yang baru. Kalau korang belum tahu, meh ai nak bagitahu. Domino's Pizza sudah melancarkan dessert terbaru mereka iaitu Blueberry Cheesecake Lava Cake. Rasanya yummeh!
Sempena mempromosikan dessert terbaru itu, Domino's Pizza telah mengadakan 'Couples Blueberry Cheesecake Lava Cake Eating Challenge!'. Sweatest and bravest couples in town katanya. Ai pun tak sangka yang ai akan sertai pertandingan tu. Ai kan pemalu yang amat. Ai lebih suka kerja-kerja dibelakang tabir sahaja. Seperti blogging tanpa menunjukkan wajah. Jarang sangat ai sertai event yang kena promosikan wajah sendiri.
Pada mulanya ai ingatkan games yang sweet-sweet dengan pasangan seperti sejauh mana kita kenal pasangan kita. Sebab, pasangan tak semestinya suami, isteri atau kekasih. Adik, abang, kakak, kawan, mak, baba, mak cik, pakcik, malah nak ajak mak cik kantin sekolah korang punya anak jadi pasangan pun boleh. Bila dah sertai barulah tahu kena beradu tenaga siapa makan paling cepat. Haaaa, amik kau!
Pada mulanya emcee tanya siapa yang nak makan, ai terus bagi tugas itu kepada Encik Husband. Ai kena suapkan Blueberry Cheesecake Lava Cake untuk Encik Husband. Untuk pusingan pertama ada dua pasangan tersingkir. Tiba-tiba untuk pusingan kedua, emcee suruh kami bertukar tempat. Maknanya ai yang kena makan dan Encik Husband akan suapkan dengan mata tertutup!
Masa dapat tahu kena bertukar tempat, kami dah tahu yang kami akan kalah. Ai suka makan dessert. Tapi siapa kenal ai dengan rapat tentu tahu ai cepat kenyang dan cepat lapar bila bab makan ni. Jarang sangat ai dapat habiskan makanan yang ai pesan kalau makan di luar. Dan di pusingan kedua, seperti yang dijangkan kami memang kalah. Sampai nak muntah ok makan Blueberry Cheesecake Lava Cake laju-laju. Dua pulak tu.
Nasib baik tak dapat nombor terakhir. Nombor sembilan daripada dua belas pasangan yang bertanding. Itu pun kami dah bersyukur walaupun kami harap nak menang. Hadiahnya Domino's Pizza taja pizza selama setahun. Rugi siapa yang kuat makan tetapi tak masuk pertandingan tersebut. Apa-apa pun, pertandingan tersebut dibuat untuk santai-santai sahaja. Dan kami, sangat seronok dapat sertainya. Tempat kesembilan pun ada hadiah tau.
Pemenang Grand Prizes. 50pax pizza. |
Korang dah rasa ke belum Blueberry Cheesecake Lava Cake tu? Pergilah rasa. Pada ai sedap. Blueberry dia didatangkan khas daripada Perancis. Manis tetapi ai masih boleh terima kemanisannya. Korang boleh dapatkan di semua cawangan Domino's Pizza di seuruh Malaysia. Hari ini ai nak pergi makan Blueberry Cheesecake Lava Cake lagi sekali. Jom!
P/s : Sup Cendawan Domino's Pizza boleh tahan sedap.
aisyaismail
sedapnya kak makan pizza domino.rabia tak pernah makan lagi kat domino
ReplyDeleteMakan lah.. so far berbaloi.
DeleteFirst time rasa pizza domino tahun lepas, memang sedap. Nak jugak rasa Blueberry Cheesecake Lava Cake tu tapi kat tempat saya tak ada pulak Domino's Pizza T_T
ReplyDeleteBoleh delivery je.. heheheh
Deletegulppppp! lava betul tu. sedapnya cheese dia.. biasa kalo p domino,memang akan order kek muffin je.Kali ni nak cuba lah baru pula
ReplyDeleteterliur pula baca blueberry cheesecake ni.
ReplyDeleteokaylah tu dapat nombor sembilan daripada last.
pergghh ditanya pizza domino selama setahun. menarik hadiah tu.
bestnya.. terliur tengok..
ReplyDeleterasa tingin pulak.. lama x makan pizza ni =D
ReplyDeletenak pernah makan..bolehlah beli untuk cuba rasanya
ReplyDelete