DUNIA WANITA UNGGUL - ImaanWorld

Monday, 27 August 2018

DUNIA WANITA UNGGUL - ImaanWorld


Assalamualaikum and hye readers.



Pertama kali ai dengar tentang jenama Imaan ni, semasa ai pergi melawat abang ai di Perak tahun lepas. Kakak ipar ai ada buka kedai jahit di sana. Dan abang ai ada jual Imaan Facial Wipes. Sebagai seorang adik, walaupun tak seberapa tapi ai cuba lah sokong jualan abang ai.


Ai beli Imaan Facial Wipes tu dua set terus. Satu set ada tiga paket. Kalau best nanti tak tau pulak nak beli kat mana lagi kan. Bukan dekat nak pergi ke Perak tu. Dan belum tentu abang ai jual lagi masa ai perlukan nanti. Hahaha. Untuk pengetahuan korang, itulah pertama kali ai gunakan facial wipes untuk bersihkan make up. Jatuh cinta pandang pertama tau.


Macam yang ai dah jangka dari mula, bila ai nak beli lagi, abang ai dah tak jual facial wipes tu. Apa-apa jenama pun abang ai dah tak jual. Dia jual benda lain pula. Jadi, ai guna facial wipes jenama lain pula. Bertukar-tukar juga lah sebelum jumpa yang betul-betul sesuai. Kulit muka ai sensitif sikit, salah pilihan muka jadi mangsa. Itu yang takut tu.


Baru-baru ni rakan blogger ai ada bagitahu ai tentang produk Imaan. Macam pernah dengar, tapi ai tak pasti lagi. Tapi bila bercakap tentang wipes, terus ai teringat facial wipes yang ai beli dulu tu. Barulah ai tahu Imaan ada website sendiri. Kalau korang masih tertanya-tanya tentang jenama Imaan ni, korang pergi lah tengok sendiri website mereka di www.imaanworld.com.




Macam-macam produk ada tau. Ai tertarik dengan Imaan Family Wipes dan Brokoli Scalp Booster 2 in 1. Ai dah mula gunakan kedua-dua produk itu. Nanti ai akan kongsikan pengalaman penggunaan dua produk ini di dalam entri yang lain. Tunggu tau.




aisyaismail

7 comments:

  1. x penah guna product ni. insyallah soon lepas dah habis stock wet tissue yg ada =)

    ReplyDelete
  2. takpernah try lagi kedua dua produk ni, tapi kalau wipes yang makeup punya tu pernah la hihi

    ReplyDelete
  3. ramai yg bagi feedback bgus tentanhg imaan wet tissue

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba lagi product ini..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D