Bila jadi orang perempuan, tak sah kalau pergi ke mana-mana tanpa beg tangan. Lebih-lebih lagi zaman sekarang kan dah macam-macam jenama dan rekaan yang cantik-cantik berada di pasaran. Yang murah atau mahal, semua ada. Tidak hairanlah jika beg tangan menjadi kegemaran setiap wanita.
Dari dulu sampai sekarang ai gemar menggayakan sling bag. Ai tak suka pegang kat tangan sebab ai kadang-kadang pelupa. Tak mustahil beg tangan boleh tertinggal. Selain sling bag, ai memilih beg galas untuk digayakan. Beg galas juga tidak perlu dipegang. Hehehe!. Lepas tu beg ai selalu penuh dengan barang. Pantang ada ruang kosong.
Telefon Bimbit
Tidak dinafikan, telefon bimbit adalah perkara yang paling penting untuk di bawa ke mana sahaja di zaman sekarang. Selain daripada penting di waktu kecemasan, telefon bimbit juga adalah penyelamat di kala kebosanan. Kalau tahu caranya, telefon bimbit juga boleh digunakan untuk mengelak dari seseorang yang kita tidak mahu berbual. Tetapi, jangan sampai jadi anti sosial pula ye.
Dompet
Tidak kira jenis yang kecil, besar, panjang mahupun pendek, pasti terselit di dalam beg tangan. Selalunya, dompet Encik Husband pun ada di dalam beg tangan ai.Dompet adalah aksesori wajib seorang wanita, begitu juga lelaki. Tapi kita boleh lihat, rekaan dompet untuk wanita lebih dipelbagaikan berbanding dompet untuk lelaki.
Alat Solek
Cuba tengok dalam beg tangan korang tu ada tak alat solek. Mesti ada. Tak perlu banyak, sekurang-kurangnya satu make up pun dah cukup. Kalau macam ai, ai akan pastikan sebatang gincu atau lip balm wajib ada dalam beg. Walaupun selalunya jadi hiasan je dalam beg tu. Kadang-kadang ai pun tak ingat yang ai ada bawa. Tapi bila nak tinggalkan, rasa tak lengkap pula nak keluar rumah.
Powerbank
Kalau ada telefon bimbit, pasti ada pengecasnya. Nak bawa yang bersoket, kalau berjalan di tepi tasik, kat mana pula nak cari plug nya. Jadi, pengecas tanpa wayar atau powerbank akan menjadi pilihan. Kalau dulu, bila keluar dengan keluarga atau rakan-rakan, pasti ada yang minta pinjam powerbank. Begitu juga sebaliknya. Tapi sekarang, masing-masing ada powerbank sendiri.
Imaan Family Wipes
Selain empat perkara di atas, ai juga akan pastikan tisu lembap sentiasa ada di dalam beg tangan. Tisu lembap dah menjadi satu kewajipan untuk ai. Sangat mudah dan membantu di tempat-tempat yang tiada air. Pilihan ai adalah Imaan Family Wipes. Wangi yang tak keterlaluan. Mesti korang pun suka.
Imaan Family Wipes sesuai digunakan untuk seisi keluarga. Dari bayi sehingga ke orang dewasa sesuai menggunakannya. Selamat digunakan. Setakat ini, ai belum pernah lagi dengar orang yang dapat penyakit kerana tisu lembap. Kecualilah tisu lembap tu dah kotor tetapi masih digunakan, itu boleh mengundang kepada penyakit.
Sangat baik digunakan untuk aktiviti seperti beriadah, bersukan dan juga travel. Mampu membersih dan menyegarkan kulit dan menghilangkan bau badan. Boleh juga digunakan semasa menjaga bayi, orang sakit dan juga orang yang kurang upaya. Imaan Family Wipes juga boleh digunakan untuk membersihkan peralatan permainan, perabot dan lain-lain. Tapi jangan lah kotoran yang melampau korang tetap nak gunakan tisu basah. Cari altenatif lain ya.
Selain Imaan Family Wipes, ada juga terdapat Imaan Feminine Wipes, Imaan Facial Wipes dan juga Imaan Premium Wet Tissue. Korang boleh pilih yang mana satu yang korang lebih selesa. Untuk keterangan lanjut sila layari www.imaanworld.com.
aisyaismail
Singgah pagi isnin...
ReplyDeletebiasanya kalau beg pergi kerja..
hanya ade dompet, handphone,lipstik,perfume :)
Perfume pun selalu pompuan bawa..
DeleteBeg tangan Sha tak ada makeup je.. Yang empat lagi tu memang ada.. kikiki..
ReplyDeleteMakeup jadi hiasan dalam beg.
DeleteKalau mak-mak segala benda ada. Kalah beg doraemon.
ReplyDeleteKak Feni singgah sini.
bagus imaan wipes ni..wajib ada imaan wipes dalam handbag
ReplyDeleteSetuju!! Paling penting Handphone jangan tertinggal. Susah nak selfie nanti.
ReplyDeletesha kalau gi berjalan jarang bawak powerbank hahaha selalu segala tisu misu sha bawak haha
ReplyDelete