Pada mulanya ai tak mahu tengok cerita Gu Family Book ni. Ai tak berapa gemar tengok drama Korea zaman Joseon. Tapi ai tertengok tanpa sengaja bila cerita ni lalu dekat newsfeed instagram ai. Instagram pun kan banyak iklan sekarang ni. Bermula dari situ ai terjebak. Bahaya betul!
Sinopsis
Gu Family Book atau juga dikenali sebagai Kang Chi The Beginning ini mengisahkan tentang keluarga Yoon Seo-hwa (Lee Yeon-hee) yang menjadi mangsa fitnah Jo Gwan-woong. Ayah Seo-hwa telah dibunuh oleh Gwan-woong dan Seo-hwa telah dijual ke rumah gisaeng atau zaman sekarang kita panggil rumah pelacuran.
Seo-hwa telah diselamatkan oleh seorang lelaki separuh manusia separuh gumiho, Gu Wol-ryung (Choi Jin-hyuk). Adik Seo-hwa telah digantung sampai mati dan pembantunya telah membunuh diri. Wol-ryung meyakinkan Seo-hwa bahawa adik lelaki dan pembantunya masih selamat supaya Seo-hwa tidak lagi bersedih.
Seo-hwa dan Wol-ryung berkahwin dan Wol-ryung bertekad untuk menjadi seorang manusia sepenuhnya. Syarat untuk menjadi seorang manusia yang tertera di dalam Gu Family Book adalah, selama seratus hari Wol-ryung perlu menolong orang yang meminta pertolongan darinya, tidak boleh membunuh dan tidak boleh menunjukkan siapa diri sebenar beliau. Jika itu terjadi, hanya jika Seo-hwa masih menyintai dan menerima Wol-ryung sahaja yang boleh menyelamatkan Wol-ryong atau Wol-ryung perlu membunuh Seo-hwa. Jika tidak, Wol-ryung akan menjadi syaitan selama seribu tahun.
Lagi 10 hari Wol-ryung akan mengakhiri pantangnya, Seo-hwa telah ditangkap. Wol-ryung telah melanggar pantangnya kerana ingin menyelamatkan Seo-hwa. Seo-hwa yang sangat terkejut apabila mengetahui Wol-ryung sebenarnya adalah seorang gumiho telah melarikan diri ketakutan dan bertemu dengan Gwan-woong. Seo-hwa sangat marah apabila mengetahui adik dan pembantunya sebenarnya sudah mati.
Kerana marahnya, Seo-hwa telah berpaling tadah dan membawa Gwan-woong ke tempat Wol-ryung di mana sepatutnya manusia tidak boleh menemuinya. Kerana cintanya terhadap Seo-hwa, Wol-ryung tidak sanggup untuk membunuh Seo-hwa. Malah, Wol-ryung yang telah dibunuh oleh Dam Pyeong-jun. Mayat Wol-ryung tersemadi di bawah rimbunan rumput-rumput yang segar yang melindungi mayat tersebut.
Selepas kematian Wol-ryung, Seo-hwa mendapati dirinya hamil dan dia telah melahirkan anaknya di tempat Wol-ryung. Seo-hwa memberikan anak itu kepada So-jung, iaitu satu-satunya sahabat Wol-ryung. Seo-hwa berharap agar anaknya dibesarkan sebagai seorang manusia. So-jung telah menghanyutkan anak itu dan telah ditemui oleh Park Mu-sol yang sedang berkelah.
So-jung meyakinkan Mu-sol bahawa anak itu akan membawa tuah kepadanya jika dia menjaga anak itu dan tidak membuka gelang yang dipakaikan di tangan anak itu. Mu-sol menerima untuk menjaga anak itu dan diberi nama Choi Kang-chi (Lee Seung-gi) sempena nama sungai dia dijumpai. Maka bermulalah permulaan dan liku-liku hidup Kang Chi sebagai seorang manusia.
20 tahun kemudian, kisah yang sama berulang apabila keluarga angkat Kang-chi pula yang menjadi mangsa fitnah Gwan-woong. Di tahun itu juga Kang-chi bertemu cintanya, Dam Yeo-wool (Bae Suzy) dan kebangkitan Wol-ryung sebagai syaitan selama seribu tahun.
Ulasan
Kalau tengok cerita era zaman Joseon ni, memang tak sah lah kalau tak berlawan, bergaduh dan berpedang. Memang cara hidup era tersebut mungkin. Sebab tu ai tak suka tengok cerita Korea yang berlatar belakangkan zaman Joseon ni. Tapi sebab ada unsur-unsur kisah dongeng ai tengok juga lah.
Menarik dan tidak bosan. Tapi ai sedikit kecewa dengan pengakhiran cerita ini kerana heroinnya mati. Walaupun mereka bertemu kembali beberapa ratus tahun berikutnya di zaman moden. Jangkaan ai kalau tengok drama atau filem, ai nak kesudahan yang bahagia dan tak nak ada orang baik yang mati. Cerita rekaan kan, jalan cerita tu kan boleh diubah. Tapi, kalau semua cerita sama je kesudahannya, jadi klise pula kan. Dah bagi alasan tak mahu tengok sebab dah tahu kesudahannya macam mana.
Kesimpulan
Kesimpulannya cerita ni best. Jalan cerita menarik. Sedih, gembira dan kelakar semua ada. Ai tak bosan tengok di setiap episod. Siap boleh tengok sambil menjahit tau. Kalau korang tak ada cerita yang korang nak tengok, korang boleh cuba tengok Gu Family Book ni. Cerita santai-santai seisi keluarga. Ada sesekali terselit scene 18+ tu, korang tutuplah mata anak-anak. Jangan dibiasakan dari kecil. Nanti membawa sampai ke besar.
P/s : Gu Family Book ada sesson 2 ke?
aisyaismail
sha taksuka jugak kdrama zaman dulu ni haha memang takreti nak tgok
ReplyDeleteBetul tu.. Tapi cite ni best.
DeleteNajihah adalah salah seorang yang terawal tengok Gu Family Bok hehe...masa tengok itu still on-going. Memang best cerita ini!
ReplyDeleteTak tau pun pasal cite ni. Tertengok tanpa sengaja. hehehe
DeleteMemang best drama nie.. walaupun sedih tapi ada juga kelakar..
ReplyDeleteHaah.. semua elemen ada dalam cite ni.
DeleteI love your website. Come n visit mine, gayasim.blogspot.com ☺️
ReplyDeleteThank you =D
Deletekalau tahu kat anak ni..confirm dia konker siaran. hehehehe
ReplyDeleteWaalaikumussalam kak.rabia tak tgk lagi drama ni
ReplyDeleteGi tengok Rabia. Best.
Deletenetflex ada tak ?
ReplyDeleteOf course ada sis.
Deletemacam menarik jalan ceitanya
ReplyDeleteNot bad. boleh layan.
Deletebestnya citer ni...tapi complicated jalan ceritanya.
ReplyDeleteNak bahagia memang complicated. huhu
DeleteMacam besttt je. Kena tgk ni
ReplyDeleteBest. Silalah tengok.
Deleteaisya tengok kat mana drama korea ni.. hahahha nak p layan gak nampak macam best jah baca sinopsis
ReplyDeleteviu.com. Tapi iklan nya ya ampunnnn. Banyak.
DeleteBila baca review macam best la pulak, terasa macam nak tengok 😅😅😅
ReplyDeleteMijablur - Malaysian Lifestyle Blogger