8 TIPS UNTUK MERANCANG PERJALANAN 'ROAD TRIP' ANDA

Wednesday, 28 November 2018

8 TIPS UNTUK MERANCANG PERJALANAN 'ROAD TRIP' ANDA


Assalamualaikum and hye readers.



Alhamdulillah, pada 4 November yang lepas ai dan Encik Husband sudah pun dua tahun mendirikan rumah tangga. Happy Anniversary sekali lagi Encik Husband. Kalau hari jadi boleh sambut selama sebulan, apa salah nya sambut ulang tahun selama sebulan juga kan.





Ulang tahun yang kedua ini, kami telah merancang untuk mengadakan road trip selama sembilan hari. Destinasi yang dituju adalah ke Gopeng, Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan juga Cameron Highlands. Dah lama sebenarnya merancang, tapi kami hanya mampu merancang dan baru sahaja dapat melaksanakannya.


Hari ini jom ai kongsikan 8 tips untuk merancang perjalanan 'road trip' sepeti kami.


1. Tiada perjalanan tanpa duit

Setiap kali merancang sebarang percutian atau perjalanan, duit menjadi keutamaan kami. Jika tiada duit kami tidak akan merancang sebarang perjalan. Pastikan duit cukup. Kalau macam ai, ai akan pastikan duit yang kami sediakan melebihi kira-kira bajet yang dibuat. Sebagai persediaan sebarang masalah yang tidak diduga. Pastikan juga korang jangan bawa cash yang banyak. Kalau nasib tak baik, duit hilang akan hilang semua.


2. Destinasi pilihan

Dah ada duit, baru pilih destinasi yang ingin dituju mengikut bajet yang ada. Jangan lah bajet cukup untuk bercuti ke Melaka selama dua hari satu malam, tetapi korang pilih untuk ke perlis selama tiga hari dua malam. Kan dah terlebih bajet tu. Nak berseronok jangan sampai meminjam tau. Bila dah ada tempat untuk dituju, korang jangan lupa Google Maps tau. Sekurang-kurangnya korang tau jalan mana yang korang pilih sebelum memulakan perjalanan. Kalau dah biasa dengan jalan tu, tiada masalah lah. Tapi kami memang akan tengok jalan melalui Google Maps sebelum membuat perjalanan. Saja nak buat persediaan lebih sedikit.


3. Kenderaan berada dalam keadaan baik

Walau apa pun kenderaan pilihan korang, tak kisah lah kereta ke, van ke, mototorsikal atau lori sekalipun, pastikan ianya berada di dalam keadaan yang baik. Periksa minyak hitam, bateri, tayar dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan. Kalau perlu service kenderaan, pergilah service dahulu. 


4. Buat tempahan awal

Adalah lebih baik jika korang buat persediaan awal seperti cari tempat untuk menginap, tempat makan dan juga tempat-tempat yang ingin dituju sepanjang road trip. Ini akan menjimatkan masa korang. Tak perlulah dah di sana baru nak buat carian di internet. Terutama sekali hotel. Zaman sekarang adalah zaman di mana orang ramai suka pergi bercuti. Jika tidak bernasib baik, hotel pilihan korang akan penuh. Jadi, buatlah tempahan awal.


5. Rancang Masa

Masa itu sentiasa berharga. Rancanglah masa sebaik-baiknya. Dari pengalaman ai, mulakan segala aktiviti dari pagi. Banyak tempat dan perkara yang kita boleh lakukan. Kalau petang baru nak keluar dari hotel, kita belum tahu petang itu cuaca mengizinkan atau tidak. Atau jika berlaku perkara seperti kerosakan kereta contohnya, korang masih ada banyak masa untuk melakukan aktiviti pada hari tersebut.


6. Kesihatan dalam keadaan baik

Nak berjalan, kesihatan perlulah di dalam keadaan yang baik. Jaga kesihatan itu. Jika tidak sihat tidak perlu lah berjalan. Ini akan memudaratkan diri sendiri. Pergi boleh, tapi untuk melakukan aktiviti korang mungkin tidak larat. Bila nak dekat hari perjalanan korang, jangan lakukan sebarang aktiviti yang boleh memudaratkan badan korang.


7. Peralatan yang mencukupi

Bawalah peralatan dan barangan kelengkapan diri yang cukup. Tidak perlu bersusah payah untuk habiskan waktu untuk mencari barangan keperluan diri di lokasi percutian. Kadang-kadang barang yang korang nak tak ada pun di sana.


8. Lebih ramai lebih meriah

Kalau boleh elakkan lah pergi bercuti seorang diri. Terutama sekali kepada golongan wanita. Bukan wanita lemah, tetapi untuk keselamatan. Kan lebih baik mencegah daripada terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini. Memang seronok berjalan seorang diri. Boleh buat keputusan sendiri tanpa meminta persetujuan orang lain. Tetapi kalau boleh elakan lebih baik dielakan.


Ada dua soalan yang ditanya kepada ai, kenapa pandu sendiri dan kenapa tak ke luar negara? Kami memilih untuk memandu sendiri kerana percutian kami bukannya seperti backpackers. Leceh nak bawa barang-barang turun naik kenderaan awam. Belum lagi ditambah dengan beg yang beranak pinak sepanjang percutian kami.


Siapa yang tidak mahu bercuti ke luar negara. Memandangkan dalam negara pun kami tak habis pusing lagi, biarlah kami habiskan di dalam negara dahulu. Ada rezeki lebih nanti, in syaa Allah kami akan ke luar negara pula. Ai akan kongsikan pengalaman percutian di dalam entri yang lain. Tunggu tau.




aisyaismail

35 comments:

  1. happy anniversary dan selamat bcoti2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak shehan.. dah balik dah.. heeee

      Delete
  2. Happy anniversary! Saya singgah disini dan follow ya. :)

    ReplyDelete
  3. ai! buat entry nak booking tempat penginapan please!!! sha pun duk rancang nak gi bercuti jugak dengan kawan kawan, boleh la rujuk tips yang ai bagi ni. nak gi bulan 12, tempat penginapan tak booking lagik huhuhu

    ReplyDelete
  4. happy anniversary ! airah punya anniversary dec ni hahaha tak sabar nak sambut jugak.airah memang suka sangat bila pergi road trip ni.suka jalan jejauh naik kereta tapi kena tahan la sakit badan lepastu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Airah. Happy anniversary in advance. Ai ingatkan Airah belum kawen lagi.

      Delete
  5. Happy anniversary =) btw lama dah zaza tak pergi bercuti.. Sesekali mmg teringin jugak nak buat perjalanan road trip ni.. Mmg best kan tp kena ada bajet dan keperluan lain yg cukup lah

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary dear...wah bestnya perancangan berjalan selama 9 hari tu...betul..kena buat persiapan yang betul2 agar takde cacat cela pada program yang dah dirancang kan...yang penting duit kena lebih dari bajet..so takde la kelam kabut kalau ada kecemasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis SA. Bajet penting sangat-sangat.

      Delete
  7. waa happy anniversary to you both yea! anyway yes setuju jugak dengan tips2 perjalanan tu, mana2 yg dpt lagi menjimatkan lagi bagus kan, kalau ada duit lebih lagi baru fikir yg lain2 cth ke luar negara dan sebagainya tu hehe. mmg penting jugak buat perancangan awal, insyaAllah berjaya ikot ketetapan budget yg ada tanpa membazir.

    ReplyDelete
  8. Tahun 2016 pernah buat road trip kiteorang anak beranak 14 hari keliling satu semenanjung malaysia. Memang best tapi serius penat hahaha

    ReplyDelete
  9. Bagus lah tips yang berguna macam selalu kita tak pernah merancang perjalanan pakai redah jer tu yang kalau nasih ok lah kalau tidak hehehehe tapi good info share thank you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai tak suka redah. Nanti macam-macam kesulitan. huhuhu

      Delete
  10. Wah happy anniversary kak. Smoga berbahagia disamping suami selalu. Btw pasal trip ni mmg saya selalu x d persiapan rapi. Semuanya on the spot. Tak dirancang. Bagus sebenarnya kalu plan. Banyk bende kite dpt save. Nak kene try tips ni. Thanks for sharing ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. For me memang suka buat persiapan dari redah-redah ni. Hihihi

      Delete
  11. Happy anniversary ya. Roadtrip memang best sebab boleh drive sambil tengok view . Bila bawa kereta boleh berenti kat mana2 kan .

    ReplyDelete
  12. Betul tu .. Nak kemana2 kenalah ada perancangan yg baik supaya berjalan lancar..even penah main terjah tp agak kelam kabut skit..hahaha.. Good sharing for the tips..thanks & haapy anniversary too!

    ReplyDelete
  13. Happy anniversary ai dan suami. Memang best bila buat roadtrip macam ni terutama dengan orang tersayang. Memang bagus tips ni dan memang tips memang selalu diguna pakai oleh kinah dan husband. Bila drive sendiri ni sebenarnya seronok boleh tengok view tempat orang dan boleh stop je kat mana-mana. Ada plan nak buat macam ni lagi. InsyaAllah

    ReplyDelete
  14. Pernah pergi road trip ke penang tapi tertidur dekat R&R sebab tak cukup rehat. So, kalau nak pergi road trip, make sure badan cukup rehat, baru la syok nak berjalan hehehe

    ReplyDelete
  15. Happy anniversary aisyah. .Wah jalan-jalan bercuti bestnya. .Betul setiap kalai nak bercuti kene tancang. .Biar smooth jebpercutian kita.. Nice sharing.. Nad pun tak habis jalan2 dlm negeri ni

    ReplyDelete
  16. Tempahan awal
    Mmg penting. Ini bagi mengelakkan masalah lain berbangkit berlaku. Tq untuk semua tips yg dikongsikan

    ReplyDelete
  17. fuh.. bab kesihatan tu paling penting TB rasa.. pernah la satu ketika dulu TB dan hubby nak berjalan jauh.. travel.. sekali hubby boleh pulak terkena demam panas sehari sebelum nak berangkat.. adoii.. terpaksa la pi klinik cucuk montot.. huhuhu.. kejap2 tu badan kuo peluh dan demam pun kebah.. alhamdulillah.. kalau tak.. aduhai

    ReplyDelete
  18. Bagus tips ni dan tempahan awal tu Qiya setuju sangat sebab sebelum ni selalu je hotel full bila Qiya walk-in je kat tempat yg Qiya bercuti tu. Tapi sekarang ni memang Qiya akan survey hotel room dulu kalau ada planning untuk any vacation. Btw, happy anniversary for Aisya and husband, semoga rumahtangga korang bahagia sentiasa, amin.

    ReplyDelete
  19. Setuju dengan semua tips diatas tu. Dan paling penting sekali, have fun masa trip!

    ReplyDelete
  20. happy anniversary ai..hope belum terlambat untuk wish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis. Biar lambat dari tak ada langsung.

      Delete
  21. Pokok pangkalnya kena ada kewangan. Tapi memng betul kena ada perancngan awal supaya percutian berjalan lancar sepertimana di rancang. Selain itu boleh mengelakkan pembaziran

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D