JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PULAU PINANG

Thursday, 13 December 2018

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PULAU PINANG


Assalamualaikum and hye readers.



Entri hari ini adalah sambungan kepada entri pengalaman menginap di Camp Murni dan menjelajah Gua Tempurung. Dalam pukul dua petang, dari Camp Murni kami terus bergerak ke Pulau Pinang. Sampai di sana dalam pukul lima terus check in di Kimberly Hotel, Georgetown.


Kali terakhir ai jejakkan kaki di Pulau Pinang semasa ai sekolah rendah dan lebih malang lagi ai demam panas pada waktu itu. Jadi, perkara yang paling ai teruja adalah nak lalu Jambatan Pulau Pinang dan nak jejakkan kaki ke Bukit Bendera.


Kimberly Hotel

Hotel ini bukan hotel pilihan pertama kami. Memandangkan banyak hotel yang sudah penuh, kami ambil yang mana masih kosong sahaja. Pada ai Kimberly Hotel ok sanggat dah. Cantik dan selesa sangat bila dah penat. Akan tetapi biliknya kecil sedikit. Kalau korang pergi beramai-ramai, pilihlah bilik yang besar.




Satu perkara yang ai kecewa dengan hotel ini, apabila tidak disediakan seterika di dalam bilik. Bila ai balik bilik tengah malam dan nak sediakan pakaian untuk hari esok, dah lambat sangat untuk minta seterika. Keesokan harinya selepas pukul 9 pagi baru boleh dapatkan seterika tersebut. Pada Encik Husband, seterika itu satu masalah kecil. Tapi untuk ai adalah masalah yang sangat besar.


Mee Sotong Hameed Pata

Misi kami ke Pulau Pinang adalah untuk menjejak makanan yang sedap-sedap. Selepas Maghrib kami sudah keluar dan terus menuju ke Mee Sotong Hameed Pata. Senang je nak cari jalan, waze kan ada. Sampai di sana, kami terus beratur. Barisan panjang tu memang dah boleh agak.




Harga sepinggan mee sotong adalah RM5 sahaja. Murah sangat pada ai sebab ai ingatkan dalam RM10-RM15 sepinggan. Makanan viral kan selalunya mahal. Rasa dia sedap, berbaloi ai beratur panjang. Tapi tak lama pun beratur sebab di situ tak ada menu lain. Mereka memang goreng untuk 7 hingga 8 pinggan terus. Kalau nak makanan lain, gerai-gerai lain ada menyediakan menu yang lain.


Restoran Sup Hameed

Selesai makan mee sotong, misi kami masih lagi mencari makan. Kami mula bergerak ke Pasembur Gurney Drive. Memang teruja betul nak makan pasembur. Tapi malang sekali ramai sangat orang dan selepas pusing mencari parking berkali-kali, kami masih tidak berjaya mendapatkan parking yang kosong. Kami buat keputusan utnuk terus ke lokasi seterusnya, Restoran Sup Hameed.




Restoran Sup Hameed bukan hanya menyediakan menu sup. Ada bermacam-macam menu lain yang disediakan seperti di restoran yang lain juga. Namun, menu roti yang dicicah dengan sup memang power dan terbaik. Sup pekat dengan daging yang lembut sangat memikat hati. Memang puas hati lah. Tapi macam biasa, perut ai sejenis yang cepat penuh dan cepat kosong balik.


Restoran Hameediyah

Selepas makan roti cicah sup, kami terus mencari Restoran Hameediyah. Encik Husband nak makan nasi pula. Ai tak rasa pun nasi tu sebab ai dah kenyang teruk. Kami hanya bungkus untuk makan di hotel. Harga agak mahal tetapi berbaloi dengan saiz ayamnya yang agak besar.




Dalam perjalanan pulang ke hotel, baru kami sedar bahawa semua tempat yang kami pergi dekat-dekat sahaja sebenarnya. Sebab itu ramai pelancong yang hanya berjalan kaki. Kalau nak naik basikal pun ok, tetapi berhati-hati.


Sebelum pulang ke hotel, kami singgah di Padang Kota terlebih dahulu. Saja nak dating dan menghabiskan masa tengok suasana di sana. Ramai keluarga membawa anak-anak beriadah pada malam itu. Maklumlah esoknya kan cuti Deepavali. Pasangan bercinta pun ramai pada malam itu. 




Kami tidak lama di Padang Kota. Tak sampai satu jam, kami ambil keputusan untuk pulang ke hotel. Penat sangat, ai memang fikir nak tidur je. Setibanya di hotel, ai mencari katil dan Encik Husband mencari nasinya.


Roti Bakar Transfer Road

6 November, ai dan Encik Husband keluar seawal 7 pagi. Kami terus menuju ke Roti Canai Transfer Road. Ada juga yang memanggilnya dengan nama Roti Bakar Transfer Road yang terletak di Jalan Transfer. Menu kami Roti Bakar dan Roti Canai. Kadua-duanya sedap dan membuka selera. Ai yang jarang makan pagi pun boleh makan banyak.






Apa yang ai perasan, service kedai makan di Pulau Pinang agak pantas. Sekejap saja makanan sudah sampai. Oh ya, kalau korang nak makan roti canai, tidak perlu beratur. Duduk sahaja dan nanti akan ada yang datang untuk ambil pesanan. Yang beratur panjang itu untuk sesiapa yang beli bungkus sahaja.


Ai memang syorkan sangat korang makan roti canai dan roti bakar di Jalan Transfer tersebut. Kari roti canai dimasak depan ai je. Ayam dia lembut sangat. Siapa yang sakit gigi pun boleh makan. Roti bakar pula, ai sangat suka telur goyangnya yang dimasak cantik.


Lee Jetty, Tan Jetty dan Chew Jetty

Selama ai mengenali Pulau Pinang, ai tak pernah tahu pun tentang kewujudan jeti-jeti ni semua. Pertama kali ai tahu, masa nampak gambar blogger Bella Idura di instagram. Selepas itu baru lah ai perasan gambar kawan-kawan yang lain. Ramai rupanya yang dah pergi, ai je yang ketinggalan jauh. Selepas sarapan, kami bertolak ke jeti-jeti ini. Datang awal, pengunjung masih belum ramai. Boleh dapat gambar yang cantik-cantik.




Berhampiran jeti-jeti tersebut ada disediakan tempat letak kereta berbayar. Tolong jangan letak kereta bersepah-sepah di tepi jalan tau. Korang akan mengganggu kelancaran pergerakan kenderaan di jalan raya. Kalau rasa mahal sangat asyik nak parking kereta je, tinggalkan kereta di hotel dan korang sewalah basikal.


Kami mulakan dengan Lee Jetty dan diikuti dengan Tan Jetty dan Chew Jetty. Kalau tanya ai jeti mana yang ai paling suka, jawapan ai tiga-tiga pun ai suka. Ketiga-tiga jeti ini ada tarikan masing-masing. Yang pasti semua pemandangan cantik. Gambar korang pasti meletop! Nak beli cenderahati yang murah di Pulau Pinang? Chew Jetty lah tempatnya.


Bukit Bendera

Dah puas berpanas di jeti, kami bertolak ke Bukit Bendera. Yang gunakan Waze, korang kena cari Jalan Bukit Bendera. Kalau korang cari Bukit Bendera, nanti Waze tu akan bawa korang ke tempat lain. Terima kasih pada mak cik guard yang bagi kami jalan yang betul. Kalau tak, sampai ke sudah kami masih berpusing-pusing di tempat yang sama.


Masa nak beli tiket keretapi untuk naik ke Bukit Bendera, korang tak payah lah beratur beramai-ramai. Cukup lah seorang sahaja yang beratur. Pastikan korang bawa IC masing-masing tau. Bagi pada seorang wakil untuk beli tiket. Kalau korang tak bawa IC, jangan ditanya kenapa korang kena bayar harga warga asing.




Niat hati nak duduk kat Bukit Bendera dalam sejam dua sahaja. Apakan daya, semua tempat ai nak teroka dan ambil gambar. Setengah hari juga kat sana. Nasib baik Encik Husband ikutkan saja. Kalau korang fikir-fikir kat mana nak solat, jangan risau sebab ada masjid kat atas tu.


Dah habis teroka satu Bukit Bendera tu, baru lah teringat kami belum makan lagi. Kami memilih untuk makan kentang goreng sahaja di kafe. Tarikan di kafe tersebut adalah ais buah-buahan. Kat kafe tu ada jual bermacam-macam jenis ais buah. Korang kena cuba. Ai amik ais mangga. Memang terbaik. Makan tu je dan kongsi dua orang.




Tropical Spice Garden

Beriya-iya ai nak pergi ke taman herba. Dari Bukit Bendera ke Tropical Spice Garden mengambil masa dalam 40 minit perjalanan. Ai ingatkan Tropical Spice Garden ni macam taman kecil. Ambil-ambil gambar lepas tu nak balik ke hotel. Bila sampai di sana, rupanya tempat ni besar macam Taman Tasik Perdana.


Kecewa juga lah. Kalau ikutkan memang nak masuk je, tapi masa tak mengizinkan. Dah petang waktu tu. Kami nak pergi ke tempat lain lagi. Lagipun kasut yang ai pakai tak sesuai untuk berjalan terlalu banyak.




Kalau korang pergi, korang update gambar banyak-banyak, lepas tu jangan lupa tag ai tau. Teringin nak tengok dalam tu, tapi tak ramai yang ceritakan pengalaman mereka berada di Tropical Spice Garden. Harga masuk taman ini adalah RM29 untuk dewasa, RM17 untuk kanak-kanak dan RM23 untuk pelajar dan warga emas.


Kalau korang nak tahu, pintu masuk Tropical Spice Garden ini berhadapan dengan laut. Kecewa tak jadi masuk, ai dan Encik Husband pergi bersiar-siar di pantai sambil makan jagung bakar. Nasib baik sedap. Terubat lah juga hati ini. Hahaha!


Jeruk Madu Pak Ali

Di Pulau Pinang memang popular habis jeruk ni. Banyak cawangan malah kedai kecil-kecil pun ada jual Jeruk Madu Pak Ali ni. Kami pilih untuk pergi yang berhampiran dengan hotel. Letak kereta dulu, kemudian kami berjalan kaki sahaja. Senaman lah sikit.


Di sini terdapat bermacam-macam jenis jeruk. Sedap pula tu. Banyak juga lah ai borong. Ada yang dipesan oleh keluarga dan kawan-kawan dan ada juga yang ai beli untuk bagi sebagai buah tangan. Selesai memborong jeruk, kami pulang ke hotel. Niat hati nak berehat sekejap dan nak keluar jalan-jalan cari makan di sebelah malam. Sekali tertidur sampai ke pagi.





7 November, tidak seperti hari sebelumnya, kami keluar agak lambat. Hari ini kami pergi sarapan di Restoran Kapitan, tapi hampa sebab menu yang kami nak masih belum ada. Tengahari baru ada. Selepas sarapan kami pergi ke Jalan Transfer sekali lagi untuk bungkus Roti Canai Transfer Road. 


Sebelum keluar dari Pulau Pinang, kami sempat pusing-pusing dahulu di dalam bandar Georgetown. Bila lah nak sampai Pulau Pinang sekali lagi. Sebelum pukul 12 tengahari, kami bergerak untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Langkawi. Nantikan pengalaman ai dan Encik Husband di Pulau Langkawi dalam entri yang seterusnya. 




aisyaismail

14 comments:

  1. Fuhhh teruja tgk makanan

    ReplyDelete
  2. Hi.. Thank you.. lama dah follow =D

    ReplyDelete
  3. seronoknya jalan-jalan makan-makan.airah dulu study penang memang tiap minggu keluar. kalau tak pergi jalan2 confirm pergi tempat makan viral

    ReplyDelete
  4. amboi sedap-sedap semuanya , seronok kan JJCM tempat orang ni :)

    ReplyDelete
  5. waaaaa. menarik.. tak pernah lagi ke penang..

    ReplyDelete
  6. Hebatnya blog ni..saya dah lama follow ya..

    ReplyDelete
  7. bestnya..semua jenis makanan ada..sedap tengok mee sotong tu

    ReplyDelete
  8. fuhhh... memang best kan dkt Penang ni...

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D