DEMAM MENGEJUT DAN TERKEJUT

Wednesday, 6 March 2019

DEMAM MENGEJUT DAN TERKEJUT


Assalamualaikum and hye readers.



Hari ni dah masuk hari ketiga ai tak sihat. Tak tahulah di mana puncanya. Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya badan-badan ni. Semoga ai cepat sihat dan boleh pergi bekerja seperti biasa. Dah rindu nak masuk office ni.


Hujung minggu yang lepas, ai balik ke Melaka. Teruja sangat balik Melaka sebab ai dah lama tak balik berjumpa dengan mak dan baba. Di Melaka, ai siap  masak rendang itik yang sangat sedap tau. Ok, perasan je. Tapi, betul. 


Hari Ahad malam, ai dan Encik Husband balik ke rumah seperti biasa. Ai sihat je. Keesokkan paginya, sewaktu nak bersiap-siap untuk pergi kerja, ai dah rasa tak sedap badan. Tapi masih ok. Ai pergi kerja macam biasa. Encik Husband kata badan ai panas, tapi ai rasa ok je. Jadi, ai teruskan pergi juga kerja.


Masuk tengahari, ai rasa macam bertambah teruk. Badan pun makin panas. Tak boleh jadi, ai balik rumah dan check suhu 38.4. Demam! Encik Husband terus amik cuti separuh hari untuk bawa ai jumpa doktor. Dia memang risau sangat kalau ai tak sihat. Suhu badan ai dah naik 39.3. Doktor bagi ubat demam dan selesema.





Keesokkan harinya ai pergi ke hospital sekali lagi. Kali ni kena cucuk ambil darah. Sakit pula amik darah semasa demam ni. Doktor tambah mc ai lagi dua hari. Kalau dalam masa dua hari demam ai masih tak kebah, atau ada naik bintik-bintik merah di badan, doktor suruh ai datang semula. Kalau bintik-bintik merah keluar sudah semestinya denggi. Harap-harap dijauhkan dari segala penyakit.


Pagi tadi ai dah bungkus badan dengan selimut. Alhamdulillah berpeluh banyak dan suhu pun turun. Ai baru teringat yang ai dah lama tak buang air besar. Adalah dalam seminggu lebih. Adakah ini puncanya? Korang ada tips tak supaya boleh buang air besar? Kalau ada kongsikanlah di ruangan komen. Tip-tip korang sangatlah ai hargai.


P/s : Nasib baiklah ada Encik Husband yang tak jemu-jemu menjaga isterinya yang sakit. Walaupun 'nurse garang' tapi terasa disayangi sangat. Thank you husband.




aisyaismail

18 comments:

  1. bertuah ada suami sayang.. hehe.. semoga cepat sembuh.. :)

    ReplyDelete
  2. Kurang air kalau tak buang air besar, sayur dan buah ada makan tak? apapun get well soon..jaga diri...kalau nak senang buang air besar makan buah prune...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prune tak pernah cuba. Sayur dengan buah kurang =(

      Delete
  3. kalau cik sue makan pisang atau betik memang lawas sangat dah ,try la moga lekas sihat ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betik dah cuba tak jalan. Nak carii pisang pula. Thank you Kak Sue.

      Delete
  4. uish serius la da seminggu lebih tak buang? banyakkan minum air ya...dan cuba amalkan makan buah oren..insya'Allah senang membuang..moga cepat sembuh ai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, serius. thank you. Ok nanti cari buah oren.

      Delete
  5. semoga cepat sembuh ye. takpa ada suami jadi jururawat kejap. sempat la tu nak bermanja excuse demam. hehehehehe

    ReplyDelete
  6. Get well soon..hubbyla nurse terbaik isteri

    ReplyDelete
  7. mungkin sebab cuaca kan.. meh try jus halia..boleh kasi buang...

    ReplyDelete
  8. Banyak kan makan sayur dan buah ai. Air kena minum byk utk mudahkan pelawasan. Semoga sihat semula ai.

    ReplyDelete
  9. get well soon. jgn berada di luar rumah dari jam 10 am ke 5 pm pd musim kemarau ni.

    ReplyDelete
  10. Moga cepat sembuh ye dan jangan lupa minum air banyak²

    ReplyDelete
  11. Semoga dah beransur sembuh demamnya dan diberi kesihatan yang baik :)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D