Demam Avengers End Game masih berleluasa di seluruh negara. Ramai yang dah tengok dan ramai juga yang belum lagi tengok. Ai tak mahu buat review pasal filem ni sebab risau terjadi spoiler pula. Lagipun mesti dah ramai yang tulis review filem ini. Korang cari je kat twitter ok.
Hari Sabtu yang lepas ai dah tengok Avengers di TGV IMAX 2D di Central i-City. Tiket ai pada pukul 1.30 pagi dan habis pada pukul 4.30 pagi. Jadi kami buat keputusan untuk menginap di Best Western i-City untuk satu malam. Gigih kan nak tengok Advengers punya pasal sampai check in satu malam.
Best Western i-City Shah Alam
Macam biasa lah waktu check in di hotel selalunya pada pukul 2 petang. Ai dan Encik Husband tiba pada pukul 3 lebih. Baik pekerja hotel yang uruskan urusan check in kami. Senyum dan lemah lembut je. Terlupa siapa nama dia. Satu benda yang ai paling suka, masa check in sekejap je, tak sampai 5 minit pun.
Lagi satu perkara yang best di Best Western i-City Shah Alam adalah, internet dalam bilik sangat laju. Tak payah nak guna data internet sendiri. Jadi, kami berehat di dalam bilik sambil tengok hindustan je. Hahaha!
Pukul 5 petang kami keluar untuk ke Central i-City. Yelah, wayang kan pukul 1.30 pagi. Semua kedai dah tutup waktu tu. Dari hotel ke Central i-City, kami hanya berjalan kaki sahaja. Penat sikit lah, tapi kalau naik kereta tak dapat nak menikmati keindahan i-City. Selain jalan kaki dan naik kereta, shuttle juga disediakan dari Best Western ke Central i-City.
Dalam Central i-City lebih kurang macam pusat membeli-belah yang lain. Tapi, besar sangat dan banyak juga pilihan tempat makan yang ada. Kalau korang sejenis yang kurang suka jalan kaki, mungkin korang akan tak larat nak pusing dalam tu.
Apa yang menariknya, setiap kategori kedai ada di tempat yang sama. Contohnya kalau nak pergi farmasi, semua farmasi seperti Watsons, Caring, Himalaya, Guardian dan lain-lain ada sebelah menyebelah. Begitu juga dengan kedai telefon, kedai makan, kedai baju dan macam-macam lagi. Senang kalau nak buat perbandingan harga. Tak payah nak tawaf satu banggunan untuk dapatkan harga yang terbaik.
Apa yang menariknya, setiap kategori kedai ada di tempat yang sama. Contohnya kalau nak pergi farmasi, semua farmasi seperti Watsons, Caring, Himalaya, Guardian dan lain-lain ada sebelah menyebelah. Begitu juga dengan kedai telefon, kedai makan, kedai baju dan macam-macam lagi. Senang kalau nak buat perbandingan harga. Tak payah nak tawaf satu banggunan untuk dapatkan harga yang terbaik.
Oh ya, kalau korang nak makan menu Thai, ada banyak gerai-gerai kecil di Central i-City yang menjual juadah Thai. Antaranya seperti buah mangga Thailand, aiskrim kelapa, tom yam, pulut mangga, kerabu dan macam-macam lagi lah. Reka bentuk nya pun menarik dan unik sikit.
Selepas makan malam di Sepiring, kami berjalan pulang ke hotel semua. Nak balik ke hotel sangat meriah sebab Taman Tema i-City tu dah mula beroperasi. Sangat meriah dengan lampu-lampu. Ai dan Encik Husband pusing-pusing sekejap dan terus pulang ke hotel.
Pukul 12 tengah malam, kami keluar semula ke Central i-City. Cukup lah berehat dalam 3 jam. Kami masih lagi memilih untuk berjalan kaki kerana di Taman Tema i-City masih lagi meriah.
TGV IMAX
Ini kali pertama ai menonton wayang selain daripada hall yang biasa. Haa nampak tak penangan Advengers? Sanggup beli tiket mahal sikit. Tapi ai rasa berbaloi sebab wayang 3 jam kan. Tak adalah sakit badan sebab kerusi dia sedap.
Apa yang membezakan hall IMAX dengan hall biasa yang lain? Di IMAX, skrin nya lebih besar dari sisi ke sisi dan dari atas ke bawah. Kiranya sebesar-besar dinding depan tu skrinnya. Kerusi pun lebih besar dan penyandar boleh kebelakang sedikit. Tak adalah tegak je tengok wayang tu. Ruang kaki juga lebih luas dan yang paling best, kerusi di bahagian hadapan separas lutut korang je. Tak ada langsung masalah terlindung kepala orang. Maklum lah, ai kan kecil molek orangnya.
Satu perkara yang ai kurang suka adalah, bila skrin terlalu besar dan dengan tontonan 2D, rasa mual pula bila nak fokus pada cerita tersebut. Silap besar lah siapa yang duduk depan-depan tu. Nasib baik tempat duduk ai di bahagian tengah. Tapi kalau sejenis yang memang suka tengok tv dekat-dekat mungkin tak ada masalah macam ni kot.
Tepat tiga jam ai duduk dalam wayang tu. Komen ai, cerita best tapi.... Korang nilai lah sendiri.
Masa nak balik ke hotel, ai mula rasa satu kesilapan besar kami tak bawa kereta ke Central i-City. Taman Tema i-City yang tadinya penuh dengan lampu-lampu dah menjadi gelap gelita. Yelah, dah dekat pukul lima pagi. Seram weyh. Entah macam mana kami berdua beranikan juga jalan kaki.
Korang jangan ikut macam kitorang ni, kalau apa-apa jadi nanti susah. Gelap-gelap tu kita tak tau siapa tengah tunggu kat dalam tu. Orang luar pun senang je nak masuk dan bersempunyi di celahan pokok. Tak pun haiwan-haiwan batu tu semua hidup dan terkam korang, kan dah susah. Siapa nak tolong? Ok, merepek!
Sampai di hotel kami berehat sepuas-puanya dan bangun untuk sarapan di The View Cafe di tingkat 5 hotel. Ai syorkan kalau korang tempah bilik di Best Western i-City Shah Alam, ambillah pakej yang sudah siap ada sarapan. Kalau tak termasuk pakej, harga dalam RM40 macam tu untuk satu kepala.
Selesai sarapan, kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah dan sambung dengan aktiviti gotong-royong bersama keluarga di rumah. Dah siap semua, terus pengsan tak ingat dunia.
aisyaismail
Penangan Avengers gituu! Hehe.
ReplyDeleteYeazaa..
Deletex sempat nak ke icentral baru ni,nanti a nak terjah jugak lain kali hehehe
ReplyDeleteNot bad juga. Tempat baru kan.
DeleteAvengers punya pasal
ReplyDeleteHaaa.. tau xpe.. Hehehe!
Deletelama trak ke icity. rindu pulak. hehe
ReplyDeletePergi lah. Parking sekarang tak semahal dulu.
DeleteWah Ada wifi laju confirm Syafi suka
ReplyDeleteAi pun suka. Haha
Deletehari2 lalu i city haha but dah jarang singgah
ReplyDeletelama sudah x jenjalan di icity.
ReplyDeletedulu gi, lama dah sgt...
best gi sini. anak2 seronok dek lampu kaler-kaler tu kan.
Lampu warna-warni tu dah x banyak.
Delete