YANG MENIAGA ONLINE, JANGAN HANYA TUNAIKAN ZAKAT FITRAH SAHAJA

Monday, 13 May 2019

YANG MENIAGA ONLINE, JANGAN HANYA TUNAIKAN ZAKAT FITRAH SAHAJA


Assalamualaikum and hye readers.



Dah lebih seminggu kita menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Korang dah tunaikan zakat fitrah ke belum? Waktu wajib bayar zakat fitrah adalah apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal. Tapi korang boleh je bayar sepanjang bulan Ramadhan ni kalau takut tak sempat nak tunaikan pada waktu wajib. 




Apa itu zakat?

Bila bercakap pasal zakat, korang tahu tak apa itu zakat? Ke korang bayar je sebab wajib dibayar? Zakat adalah mengeluarkan harta yang tertentu dengan kadar dan syarat-syarat yang tertentu dan untuk diagihkan kepada golongan yang tertentu. Dalam erti kata lain, zakat wajib dibayar oleh orang-orang yang memenuhi syarat wajib untuk membayar zakat. Berdosa besar bagi mereka yang mampu tapi dengan sengaja meninggalkan kewajipan membayar zakat.


Jenis-jenis zakat

Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Islam yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Zakat Fitrah dibayar sepanjang bulan Ramadhan dengan kadar yang tertentu mengikut setiap negeri.


Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan adalah zakat yang dibayar sebahagian daripada hasil pendapatan setiap individu dengan syarat-syarat tententu. Hasil pendapatan termasuklah semua jenis upah dan hasil yang diperolehi secara baik tidak kira secara tetap atau tidak.


Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan adalah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada keuntungan urus niaga yang baik. Perniagaan ini tidak kira sama ada pemilikan secara individu, perkongsian sesama Islam mahupun bukan Islam dan sama ada syarikat, koperasi, saham dan sebagainya.


Zakat Wang Simpanan

Menyimpan pun kena bayar zakat tau. Bukan simpan semata-mata. Nilai zakat simpanan mengikut jenis-jenis simpanan seperti simpanan tetap, simpanan biasa, simpanan di dalam satu akaun dan juga beberapa akaun.


Zakat Pelaburan

Zakat Pelaburan adalah zakat yang dibayar hasil daripada pelaburan di dalam syarikat mahupun secara individu. 


Zakat KWSP

Kenapa kena bayar Zakat KWSP jika wang KWSP tidak boleh dikeluarkan? Ini kerana KWSP sama seperti wang simpanan dan ianya dibayar setelah individu mencapai umur tertentu dan dalam kata lain setelah duit KWSP dikeluarkan.


Zakat Emas dan Perak

Emas dan Perak yang dibeli juga wajib dizakatkan apabila barang-barang tersebut mencapai berat dan nilai yang tertentu.


Zakat Takaful

Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan dan wajib zakat jika memenuhi syarat-syarat wajib. 


Zakat fitrah dan zakat harta sama-sama wajib ditunaikan pada yang berkemampuan. Zakat harta bukan hanya wajib pada yang mempunyai harta berkepuk-kepuk atau yang mempunyai syarikat sahaja. Kalau korang meniaga secara online, keuntungan itu juga wajib dizakatkan jika mencapai syarat yang ditetapkan. Jangan hanya ingat untuk bayar zakat fitrah di bulan Ramadhan sahaja tau.




Dengan membayar zakat kita membersihkan dan menyucikan harta kita. In syaa Allah harta dan rezeki kita akan bertambah. Tak jatuh miskin pada mereka yang menunaikan zakat. Malahan dapat membantu pada golongan yang memerlukan. Layari https://www.zakatselangor.com.my untuk info lebih lanjut.




aisyaismail

7 comments:

  1. bagus adanya panduan ini

    ReplyDelete
  2. menarik, macam2 zakat yang ada rupanya dalam Islam...terima kasih ai untuk perkongsian ni 💖

    ReplyDelete
  3. now, perniagaan online is berleluasa.
    memang para peniaga online kena amik serius on zakat pendptan :)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D