June 2019

Tuesday, 18 June 2019

HALAL KE HARAM?

June 18, 2019 31
HALAL KE HARAM?
Assalamualaikum and hye readers.



Di sosial media sedang hangat diperdebatkan tentang isu halal 'bubble tea'. Dari tak kenal terus jadi popular disebabkan isu tersebut. Korang dah cuba minuman bubble yang sedang viral tu ke belum? Rupa-rupanya banyak jenama minuman bubble yang ai masih tak tahu dan baru tahu ada dalam Malaysia ni.


Semalam, waktu makan tengahari, ai pergi ke Family Mart. Ai memang suka roti-roti yang dijual di Family Mart walaupun harganya agak mahal jika nak dibandingkan dengan roti-roti biasa yang dijual di kedai lain. Takpe lah, bukan selalu pun ai rajin nak menyinggah ke Family Mart tu.


Kebetulan, kafe The Alley terletak selang beberapa kedai daripada Family Mart. Dan kebetulan juga ai memang teringin nak minum mango smothies. Jadi ai pun singgah lah sekejap. Malang nya ai kena tunggu 20 minit untuk mango smothies tersebut. Memang tak rajin ai nak tunggu 20 minit. Lama tu.  


Dah alang-alang dah ada di situ, ai beli lah Brown Sugar Deer Cream Brulee. Menu The Alley yang tengah popular tu. Ai minta tanpa bubble. Bila air siap, ai terus ambil dan balik ke pejabat. Rupa-rupanya dia tetap letak bubble dalam air ai. Jenuh ai nak kena asingkan bubble dari air. 




Untuk pengetahuan korang, ai memang tak minum teh susu dan ai juga tak makan bubble hitam tu. Sebab tu bila 'bubble tea' tengah viral, ai tak menjadi salah seorang yang nak kan menu tersebut. Brown Sugar Deer Cream Brulee ni bukan teh dan itu pun ai baru tahu. Hahaha! Sedap tapi mungkin ai dah tak beli lagi kot. Satu sebab manis dan dua ai fobia dengan bubble dalam air tersebut. Kalau betul-betul teringin nanti baru ai akan fikirkan nak beli lagi atau tidak.


Isu halal bubble tea dah selesai ke belum? Ai tak dengar pula isu ini dah selesai. Tapi kenape ai pergi beli juga? Pada ai mudah sahaja, air tersebut dikatakan tidak halal kerana tiada sijil halal. Tak ada juga sebarang kenyataan dan bukti yang menyatakan air tersebut haram. Selagi korang yakin air tersebut halal, korang minum lah. Tapi kalau korang rasa was-was, jangan minum. Mudah kan? Tapi jangan lah benda atau perkara yang dah terang-terang haram korang nak halalkan pula!




aisyaismail

Thursday, 13 June 2019

SELAMAT HARI RAYA DARI AI UNTUK SEMUA

June 13, 2019 27
SELAMAT HARI RAYA DARI AI UNTUK SEMUA
Assalamualaikum and hye readers.



Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin ai ucapkan kepada semua pembaca dan penyokong blog aisyaismail.com. Tanpa korang semua, siapa lah ai ini. Ecewahh! 




Dah masuk hari raya yang ke-9 baru nak wish. Apa boleh buat, ai cuti raya selama sembilan hari, maka hari raya ke-9 lah baru ai update blog. Tapi bukan sebab raya sangat pun, tapi ai memang sejenis tak suka buat kerja bila balik kampung sebab banyak kerja rumah nak kena buat.


Macam mana hari raya korang tahun ni? Meriah ke tidak? Ai biasa-biasa je. Hari raya pertama di rumah mertua dan hari raya ketiga pulang beraya di Melaka. Tapi kemeriahan bersama keluarga tersayang tu tak pernah kurang. Hehehe!


Tak kira meriah atau tidak raya korang, apa yang penting jaga diri dan jagalah kesihatan. Selalu ingat insan yang tersayang. Makan biar berpada-pada. Jangan pentingkan keinginan sahaja tau. Untuk korang yang beraya di Kuala Lumpur, Shah Alam dan kawasan sekitarnya, kalau ada buat rumah terbuka jangan lupa jemput ai tau. Terbuka langkah kaki ni nak pergi ke rumah korang.




aisyaismail