HALAL KE HARAM?

Tuesday, 18 June 2019

HALAL KE HARAM?


Assalamualaikum and hye readers.



Di sosial media sedang hangat diperdebatkan tentang isu halal 'bubble tea'. Dari tak kenal terus jadi popular disebabkan isu tersebut. Korang dah cuba minuman bubble yang sedang viral tu ke belum? Rupa-rupanya banyak jenama minuman bubble yang ai masih tak tahu dan baru tahu ada dalam Malaysia ni.


Semalam, waktu makan tengahari, ai pergi ke Family Mart. Ai memang suka roti-roti yang dijual di Family Mart walaupun harganya agak mahal jika nak dibandingkan dengan roti-roti biasa yang dijual di kedai lain. Takpe lah, bukan selalu pun ai rajin nak menyinggah ke Family Mart tu.


Kebetulan, kafe The Alley terletak selang beberapa kedai daripada Family Mart. Dan kebetulan juga ai memang teringin nak minum mango smothies. Jadi ai pun singgah lah sekejap. Malang nya ai kena tunggu 20 minit untuk mango smothies tersebut. Memang tak rajin ai nak tunggu 20 minit. Lama tu.  


Dah alang-alang dah ada di situ, ai beli lah Brown Sugar Deer Cream Brulee. Menu The Alley yang tengah popular tu. Ai minta tanpa bubble. Bila air siap, ai terus ambil dan balik ke pejabat. Rupa-rupanya dia tetap letak bubble dalam air ai. Jenuh ai nak kena asingkan bubble dari air. 




Untuk pengetahuan korang, ai memang tak minum teh susu dan ai juga tak makan bubble hitam tu. Sebab tu bila 'bubble tea' tengah viral, ai tak menjadi salah seorang yang nak kan menu tersebut. Brown Sugar Deer Cream Brulee ni bukan teh dan itu pun ai baru tahu. Hahaha! Sedap tapi mungkin ai dah tak beli lagi kot. Satu sebab manis dan dua ai fobia dengan bubble dalam air tersebut. Kalau betul-betul teringin nanti baru ai akan fikirkan nak beli lagi atau tidak.


Isu halal bubble tea dah selesai ke belum? Ai tak dengar pula isu ini dah selesai. Tapi kenape ai pergi beli juga? Pada ai mudah sahaja, air tersebut dikatakan tidak halal kerana tiada sijil halal. Tak ada juga sebarang kenyataan dan bukti yang menyatakan air tersebut haram. Selagi korang yakin air tersebut halal, korang minum lah. Tapi kalau korang rasa was-was, jangan minum. Mudah kan? Tapi jangan lah benda atau perkara yang dah terang-terang haram korang nak halalkan pula!




aisyaismail

31 comments:

  1. Sis ko tetap suka CoolBlog dan juga Tealive hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai tak minat benda2 ni. Tapi kalau nak belanja ai on. Hahaha

      Delete
  2. akak pun tak minat sangat tapi pernah la rasa air yang ada bubble tea tu

    ReplyDelete
  3. hahaha.. saya setuju.. benda mudah buat apa nk rumitkan kepala..
    saya dok minum yang coolblog yg ada topping pearl tu ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat tak minum cool blog. Sejak ada chatime. Hehehe!

      Delete
  4. akk bukan peminat bubble tea, tp kalau nk try tak salah. Nampak mcm sedap tu

    ReplyDelete
  5. betul juga..

    yang penting jangan rasa was-was sekiranya tidak tahu dan belum ada bukti yang nyata.

    ReplyDelete
  6. xsuka juga bubble hitam tu..kalau oder air dekat tealive atau coolblog mmg bgtau xnak bubble

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. pearl tu spoiler dalam air. Hahahaha! Marah pencinta pearl kalau baca.

      Delete
  7. Buat Masa Ni mama mmg x mkn bubble tea .. mmg karang beli air kt luo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh sesekali je mama..

      Delete
    2. Tapi aritu mama makn je yh chatime punta Masa open house awal hihi

      Delete
  8. Samalah. Tak tahu sgt pasal bubble tea ni. Hehe. Paling baru ni family mart plak keluarkan. Hehe

    ReplyDelete
  9. Kalau rasa was was xpayah minum kan. As simple as that

    ReplyDelete
  10. kat Kelate belum ada minuman ni. Kalau ada nak gak minum..

    ReplyDelete
  11. Maq tak minat minum minuman berbubble ni sebab takut tak hadam dalam perut :)

    ReplyDelete
  12. Tu la. Sebab Malaysia ni senang nak cari makanan halal dan banyak pilihan halal, jadi kita prefer yang halal je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah terang-terang halal lagi lah senang nak makan tanpa was-was.

      Delete
  13. belum pernah rasa dan tak berapa minat minum air ada benda2 gitu di dalamnya kecuali cendol hahahhaha...cool blog dulu dah ada kan,tu pun tak suka buh bubble2 bagai tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat ai memang cool blog yang muncul dulu.

      Delete
  14. Zumal pernah minum coolblog je...

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D