Assalamualaikum and hye readers.
Sebagai seorang wanita, sudah semestinya ai salah seorang daripada yang tak lari dari mengenakan solekan setiap hari. Akan tetapi, ai lebih selesa dengan solekan yang ringkas. Bukan tak mahu bercantik-cantik untuk ke pejabat, tapi tak sanggup nak duduk berjam-jam di hadapan cermin setiap hari. Sukar untuk mencari produk kecantikan yang sempurna tetapi tidak rumit dan tidak memakan masa.
Baru-baru ini ai baru...
Tuesday, 27 August 2019
Wednesday, 21 August 2019
Assalamualaikum and hye readers.
Masih terasa penat badan ai lepas balik dari bercuti di Port Dickson hujung minggu yang lepas. Pergi Port Dickson je pun, tapi dua hari satu malam di sana penuh dengan aktiviti. Yang pasti semua pun seronok.
Percutian pendek kali ini bersama keluarga Encik Husband. Selepas merancang dan memilih beberapa tempat selama beberapa bulan, akhirnya kami memilih Villa 969, Port Dickson sebagai destinasi hari keluarga...
Saturday, 17 August 2019
Assalamualaikum and hye readers.
Selain daripada drama Goblin, drama Black juga pernah viral semasa ditayangkan sekitar tahun 2017. Macam biasalah, ai tak layan benda-benda viral mengikut musim. Ai lebih kepada ikut mood. Kalau dah tak nak tu, korang pujuk lah macam mana pun, jarang ai terpedaya dengan pujuk rayu korang. Hehehe! Setahun selepas itu, barulah nak tengok sebab terbaca sinopsis macam best je.
Sinopsis
Black...
Thursday, 15 August 2019
Assalamualaikum and hye readers.
Bila bercakap tentang destinasi percutian, jarang sangat terlintas dalam kepala ai untuk bercuti di Melaka. Mana tidaknya, tak perlu bercuti pun ai memang dah selalu balik ke Melaka untuk melepaskan rindu pada mak dan baba di sana. Bila dah masuk rumah tu, memang berat kaki ai nak keluar balik.
Tanpa dirancang, ai dan Encik Husband telah pun membuat keputusan untuk menginap di Agrofarmstay Melaka pada cuti merdeka...
Thursday, 8 August 2019
Assalamualaikum and hye readers.
Rasa Ayam Sweet Sour Aduhai Seribu Kali Sayang yang ai nak kongsikan ni ada ala-ala rasa ayam masak merah. Cuma resipi ni masam sikit lah. Dah nama pun sweet sour kan, tak kan nak rasa masin pula. Hehehe! Ai suka sangat makan ayam masak merah, tapi setiap kali masak sendiri mesti rasa dia pelik. Dapat yang lebih kurang rasa pun dah ok lah kan.
Bahan-bahan
1. 1/4 ekor ayam dipotong kecil
2. 1 sudu makan...
Sunday, 4 August 2019
Assalamualaikum and hye readers.
Akhir-akhir ni badan ni rasa lesu je. Lemau! Rasa macam nak buat apa-apa pun malas. Mungkinkah kerana faktor usia? Tak mungkin! Ada makcik pakcik yang berumur lewat 50an pun masih aktif dan bertenaga. Apalah sangat kita yang masih muda walaupun bukan di dalam kategori belia lagi.
Dalam tahun ni, ai rasa ai dah menjaga makan sebaik mungkin. Ai dah kurangkan makan makanan segera dan juga makanan ringan. Mee segera...
Friday, 2 August 2019
Assalamualaikum and readers.
Sebut sahaja bedak Agnesia, ai terus teringatkan bedak dalam tin empat segi yang mak ai akan lumur di kulit ai setiap kali ai mengalami kegatalan. Sampai sekarang pun ai masih gunakannya, tapi dah tak jumpa lah yang dalam tin macam dulu.
Lebih 80 tahun berada di pasaran
Bedak Agnesia ni dah boleh sangat kalau nak digelarkan sebagai bedak legend. Kenapa ai cakap bedak legend? Sebab jenama Agnesia sudah lebih...