ENVIDIA FLAWLESS ON-THE-GO UNTUK SOLEKAN YANG RINGKAS DAN PANTAS

Tuesday, 27 August 2019

ENVIDIA FLAWLESS ON-THE-GO UNTUK SOLEKAN YANG RINGKAS DAN PANTAS


Assalamualaikum and hye readers.



Sebagai seorang wanita, sudah semestinya ai salah seorang daripada yang tak lari dari mengenakan solekan setiap hari. Akan tetapi, ai lebih selesa dengan solekan yang ringkas. Bukan tak mahu bercantik-cantik untuk ke pejabat, tapi tak sanggup nak duduk berjam-jam di hadapan cermin setiap hari. Sukar untuk mencari produk kecantikan yang sempurna tetapi tidak rumit dan tidak memakan masa.


Baru-baru ini ai baru tahu wujudnya produk solekan semudah ABC. Tak perlu nak ambil masa yang terlalu lama di hadapan cermin. Produk itu adalah ENVIDIA FLAWLESS ON-THE-GO. Bila pertama kali dengar nama ENVIDIA ni, ai membayangkan produk kosmetik dari luar negara.  Rupa-rupanya tidak. ENVIDIA merupakan produk kosmetik dalam negara yang semakin dikenali.




ENVIDIA Flawless On-The-Go dicipta khas untuk wanita-wanita di luar sana yang gemarkan solekan yang ringkas tapi wajah tetap nampak flawless dan berseri. Dengan menginspirasikan jenama antarabangsa, ENVIDIA diyakini mesra solat dan sudah pun mendapat kelulusan daripada KKM. Produk dari ENVIDIA juga 100% vegan, tiada paraben dan alkohol. Bahan-bahan yang digunakan adalah rose canina, minyak aprikot, kelapa dan avocado yang diimport dari Eropah dan Amerika Utara.


Semua produk ENVIDIA telah dikilangkan dengan menggunakan kemudahan teknologi dan terkini di Korea Selatan yang mempunyai sijil GMP dan ISO yang telah disahkan. Mengapa di Korea Selatan? Kenapa tidak di Malaysia sahaja? Kerana Korea Selatan sememangnya terkenal dengan produk kecantikan dan sentiasa dipantau oleh pihak berwajib Korea agar sentiasa terjamin mutunya dan selamat untuk pengguna.

Baca juga: Bio Essence Rose Gold Water


Produk-produk Envidia Flawless On-The-Go

5 in 1 Cream Foundation




Krim foundation 5 dalam 1 yang merangkumi SPF 50 PA +++, consealer, moisturizer, essence dan balm ini pernah memenangi 'Harper's Bazaar Beauty Arward 2018' dan 'Marie Claire Beauty Award 2019'. Dengan sapuan krim foundation 5 dalam 1 dari ENVIDIA ini mampu menutup cela dengan sempurna dan korang boleh skip banyak turutan solekan. Mudah dan menjimatkan masa. Krim foundation ini tahan lama dan didatangkan dengan span anti bakteria.

Flirty Pearl Shadow Stick




Shadow stick ini didatangkan dengan span khas untuk memudahkan sapuan pada mata. Kalis air dan tahan sehingga 8 jam.

Gorgeous Cream Cheek Stick




Blusher ini yang paling ai suka. Mengandungi balm untuk menyegarkan kulit dan didatangkan dengan berus sapuan microfiber yang lembut. Teksturnya licin dan tidak melekat. Gorgeous Cream Cheek Stick ini pernah memenangi 'Hot 100 Bazaar Beauty Award 2018' dan juga 'Marie Claire Beauty Award 2019'. Sangat-sangat mudah unuk digunakan.

Matte Liquid Lipstick




Matte liquid lipstick ini berpigmentasi tinggi dan ringan. Tahan sehingga 8 jam lamanya. Mudah kering dan tidak mengeringkan bibir.

No Smudge. Stay All Day Waterproof Gel Liner




Gel liner yang kalis air ini didatangkan dengan span khas untuk memudahkan sapuan. Hujungnya yang tajam dan lembut mudah untuk digayakan. Tahan sehingga 24 jam dan kalis air.


Produk ENVIDIA boleh dibeli di mana?

Produk ENVIDIA boleh dibeli di outlet-outlet di AEON dan SOGO. Untuk pembelian secara online boleh ke instagram dan facebook @envidiabeauty. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.envidia.com.my.




Sekarang tak perlu lagi nak buang masa dengan turutan solekan yang banyak. ENVIDIA Flawless On-The-Go dah cukup untuk membuatkan korang berasa yakin umtuk keluar rumah. Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat beli produk dari ENDIVIA untuk memudahkan solekan korang.




aisyaismail

19 comments:

  1. Cayalah, produk tempatan pun bagus dan berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin maju. Yang penting ada kelulusan KKM.

      Delete
    2. Ya itu sangat penting kan. Pengguna rasa terjamin.

      Delete
  2. bestnye dapat pergi event. i'd love to join more events like before but i got less time for it.

    ReplyDelete
  3. Wah.... Tertarik part 100% vegan, tiada paraben dan alkohol.
    Teruja nak try krim foundation 5in1 dia laaaa

    ReplyDelete
  4. produk bakal digilai ramai wanita...

    jenama yang boleh dinyakini

    ReplyDelete
  5. menarik dan cantiknya semua warna tuh....

    ReplyDelete
  6. yeayhh. kita semua memang memerlukan produk yang cepat dan pantas serta memberi kesan yang berganda. lawa lah Matte Liquid Lipstick sweet coffee tu!

    ReplyDelete
  7. Sesuai utk mama sebab mama pun X suka mekap.. klau g kenduri pkai lipstick dgn bedak je hihi

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D