Akhir-akhir ni badan ni rasa lesu je. Lemau! Rasa macam nak buat apa-apa pun malas. Mungkinkah kerana faktor usia? Tak mungkin! Ada makcik pakcik yang berumur lewat 50an pun masih aktif dan bertenaga. Apalah sangat kita yang masih muda walaupun bukan di dalam kategori belia lagi.
Dalam tahun ni, ai rasa ai dah menjaga makan sebaik mungkin. Ai dah kurangkan makan makanan segera dan juga makanan ringan. Mee segera tu, boleh dikira dengan jari berapa kali je ai makan. Nak terus buang tabat makanan tak sihat tu memang susah lah sebab pergi mana-mana pun ai akan jumpa makanan-makanan yang tak sihat ni.
Bila ai termenung dan merenung ke luar jendela, mulalah banyak berfikir. Ai tak sihat ke? Sakit ke? Macam-macam perkara negatif masuk dalam kepala ni. Tak ada benda yang baik. Sebab tu ai tak suka mula berfikir. Tapi apa nak jadi kalau tak nak berfikir?
Mungkin badan ai lesu kerana ai tak bersenam. Bukan kurang ya, tapi memang langsung tak bersenam. Setakat naik turun tangga je lah. Nak jalan kaki lebih sikit pun malas. Cuaca panas kan. Hehehe! Kena buat sesuatu ni. Esok nak mula berjogging lah. Buat masa ni senaman ringan dulu kat rumah. Takut terkejut pula tiba-tiba berjogging.
Harapnya azam ni bukan hanya tinggal azam seperti azam-azam yang sebelum ni. Dah nekad habis nak amalkan gaya hidup sihat. Jaga makan jaga senaman, in syaa Allah badan ni akan lebih bertenaga. Ada juga rasa nak ikuti program kuruskan badan, tapi sebab nak stamina je lah. Bukan nak kurus pun. Tapi memandangkan ai susah nak ikut jadual yang ditetapkan, ai jadi malas. Malas lagi!
Kita tengok je lah esok jadi nak jogging ke tak. Harap mood tak kelaut. Dan semoga lepas ni takde lah rasa malas lagi nak buat semua benda. Chaiyokk!
aisyaismail
perlu juga keluarkan peluh untuk kekal sihat
ReplyDeleteTu lah tu..
Deletesemoga kekal positif AI :)
ReplyDeleteAamiin aamiin thank you sis ana.
DeleteI wish you the best in what ever you are trying to accomplish. Fighting!!!
ReplyDeleteThank you ray =D
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSalam ukwah dari saya untuk anda..
saya sudah follow anda
Jom follow blog https://www.iyaseo.id/
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya
Wa'alaikumussalam. Thank you sebab sudi follow blog ni.
DeleteMama doakan semoga Azam ai menjadi.. mama Ni pun bilalah nak start bersenam
ReplyDeleteThank you mama. Jom bersenam juga.
Deletesemoga kita smua tetap smngat untuk hari esok.. amin
ReplyDeleteAamiin.
Deletekipidap, aisya.
ReplyDeletejgn gibab!
aida ni bab senaman memang dah out lah.
weekend jer la boleh pun, jogging kat padang depan rumah.
tu pun, now lom start pun :) ha ha ha ha ha...
padang depan rumah dipandang sepi jer...
Huhuuhu best ada padang depan rumah. Boleh main bola.
Delete