Tidak kira pada musim panas mahupun musim hujan, antara benda yang sentiasa di fikiran adalah minum teh o panas-panas sambil mencari idea penulisan di blog. Bahangnya sentiasa melegakan tekak. Ada kajian mengatakan minum teh mampu menurunkan berat badan. Walaupun teh adalah kafein, namun teh boleh menghidratkan badan. Tak salah mencuba.
BOH pengeluar teh terkemuka di Malaysia
Terdapat lebih daripada 1500 jenis teh di seluruh dunia, namun teh yang menjadi pilihan sudah semestinya teh BOH. BOH telah menjadi pengeluar teh terkemuka di Malaysia sejak tahun 1929. Jenama teh yang mempunyai “experteas” di Malaysia selama 90 tahun. Bukan masa yang sekejap tau.
Selama 90 tahun BOH telah mampu bertahan di pasaran. Bermula dengan hanya teh biasa, sehingga sekarang BOH telah menjadi jenama yang dikenali ramai dan menjadi sebahagian daripada tradisi di Malaysia. Jenama teh yang berasal daripada Malaysia ini kini mampu membanggakan kita di persada antarabangsa.
BOH ada Ummph!
Setiap hirupan membuatkan kita merasa Ummph! Sebab itu tidak kira waktu makan pagi, makan tengahari, makan petang mahupun makan malam, teh BOH menjadi pilihan untuk diminum oleh seisi keluarga. Letak lah bersama apa sahaja makanan, pasti membuka selera.
Teh BOH sangat sesuai dihidangkan di dalam pelbagai majlis dan perhimpunan. Nama BOH itu sendiri sangat sinonim dengan rasa hebat di rumah, restoran mahupun di gerai di tepi jalan. Sejak dahulu lagi, rasa, aroma dan warna teh BOH tidak pernah berubah. Rasa dengan aroma yang menenangkan dan melegakan kehausan.
Berkongsi bersama yang tersayang
Teringat masa zaman masih bersekolah dulu. Setiap pagi mak akan bancuhkan air the BOH sebelum pergi sekolah. Satu cawan teh ai kongsi bersama adik-adik yang turut sama bersekolah. Terasa nikmat berkongsi secawan teh bersama yang tersayang.
Selama yang ai perasan, BOH adalah jenama teh pertama yang ai sedar ada di dalam rumah. Daripada bancuhan menggunakan serbuk teh, kini jauh lebih mudah dengan adanya BOH potbag. BOH potbag bukan sahaja senang untuk disediakan, malah menjimatkan masa ketika bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Sebab itu lah BOH sentiasa menjadi pilihan.
BOH bukan sahaja untuk generasi yang terdahulu, BOH adalah untuk semua generasi. Budak kecil pun boleh bancuh BOH potbag sendiri. Pastikan di rumah korang pun ada BOH potbag untuk merasai aroma yang sama. Ada BOH.. ada Ummph!!
aisyaismail
Perghhh lamanyaaa lahaiii 90tahun ek...Sis ko baru hidup 43tahun hahahahaha
ReplyDeletehahaha tak sangka kan.
Deletesaya pun pengguna tegar BOH. Hari-hari bancuh Teh Boh ni utk keluarga. Lagipun dari kecil memang mak dah ajar minum.
ReplyDeletePaling femes zaman sekolah ni.
DeleteBOH memang wajib ada satu di rumah , pelengkap jika ada tetamu yang datang.
ReplyDeleteBetul. Bancuh satu teko terus.
Deletesuka buat teh tarik dengan boh, sebab tehnya yg pekat dah mmg ada umpph kalau campur ngn susu
ReplyDeleteAi lak x suka campur susu.
Deletememang BOH pilihan kami sekeluarga juga
ReplyDeletePilihan ramai ni.
Deleteberapa kali naik Cameron tak nampak pun board tu. haha. jenama BOH memang jd kesetiaan dr dulu2
ReplyDeleteKat BOH Tea Center. Kat bahagian bawah tu.
DeleteBoh tea sememangnya pilihan akak sekeluarga...
ReplyDeleteYeahh.. pilihan ramai.
Deleteselalu beli lipton nanti boleh cuba ni
ReplyDeleteHaaa cubalah.
DeleteTeh pilihan rakyat Malaysia. Suka aromanya...
ReplyDeleteYeazaaa
Deletehuyyo lamaaa gak bertapak. dekat rumah pun memang pakai BOH. mak tak pernah lah tukar jenama lain. katanya bau wangi selain dari rasanya yang sedap memikat
ReplyDeleteLamaa. Tak disangka-sangka.
DeleteTua dah BOH ni ya hiks!
ReplyDeleteMrs. A pun suka teh Boh ada umphh!
Kan.. bukan biasa-biasa usianya.
Deleteemak saya adalah pemgemar teh walaupun saya suka air cokelat..
ReplyDeleteTaste mak-mak lebih tepat ye. Hahaha
Deletefav ni..sy suka yang green tea
ReplyDeleteSelera kite x sama. Heheh
DeleteWow lamanya boh dah 90 tahun klau mnusia dah bercicit ni
ReplyDeletesedap ni minum petang.. kte lagi suka minum teh o dengan keropok keping goreng.. fullamak..sedappp sangat..hehe
ReplyDeleteSaya memang penggemar teh. Teh pilihan saya ialah Boh Teh yang dikeluarkan dari Cameron Highlands. Saya minum pagi, tengah hari dan petang. Teh membuat badan segar dan minda pun segar. Maksud saya Teh Tarik.
ReplyDeleteSaya pun suka teh tarik dari Boh Teh
ReplyDeleteTeh BOH memang sedap
ReplyDeleteBOH tea memang bagus.
ReplyDeleteBOH best giler
ReplyDeleteBest betul
ReplyDelete