SAYUR GORENG ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA

Sunday, 15 September 2019

SAYUR GORENG ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA


Assalamualaikum and hye readers.



Dalam banyak-banyak resipi, ini resipi yang paling senang. Tak pandai masak pun boleh jadi. Korang jangan bandingkan dengan masak air, nasi, maggie atau telur tau. Hahaha! Selain masak nasi dan goreng telur, sayur goreng adalah masakan pertama yang mak ai ajar ai masak. Sayur tu ikut suka korang lah nak guna sayur apa. Sayur campur pun ok. Tapi ai lagi suka sayur hijau.




Bahan-bahan

1. Sayur
2. 1 biji bawang merah dihiris
3. 1 ulas bawang putih dihiris
4. Minyak masak
5. Air
6. Garam
7. Rencah ( Ayam racik / daging racik / ikan bilis / udang kering / sotong / udang )
8. Cili merah dihiris


Cara-cara

1. Potong sayur dan cuci bersih-bersih.
2. Panaskan dalam 3 sudu minyak masak.
3. Tumis bawang sehingga naik bau kemudian masukkan bahan rencah dan cili merah. Kacau-kacau sekejap.
4. Masukkan air mengikut banyak mana kuah yang korang nak. Masukkan garam secukup rasa. Serbuk perasa terpulang pada korang. 
5. Tunggu hingga kuah mendidih dan masukkan sayur. Gaul-gaul sekejap. Kalau suka makan sayur yang dah layur, tunggu lama sikit.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Cili merah boleh juga dimasukkan bersama sayur. Kalau nak pedas, guna cili padi.




aisyaismail

25 comments:

  1. wahh sedap ni..boleh dijadikan makanan utk diet hehe

    ReplyDelete
  2. dapat nasi putih plus kicap dgn sayur goreng ni perghhhh

    ReplyDelete
  3. sama lah benda first untuk official memasak ni yang mak ajar adalah sayur goreng. kalau kuah-kuah tu mak tak harapkan sangat anak laki ni untuk masakkan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lelaki muda mudi tau masak ni kira power dah.

      Delete
  4. menu paling mudah dan sedap bagi yg suka sayur hehehe...

    ReplyDelete
  5. simple tapi sedap. visit my blog https://duniataipmenaip.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Nama sayur goreng yang unik itu mambawa sis ke sini..
    Suka makan sayur goreng begitu sahaja dengan cili api kicap..

    ReplyDelete
  7. nampak macam sayur tumis air pun ada gak ni aisya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah lebih kurang. Cuma tumis air banyak kuahnya.

      Delete
  8. makanan diet..sesuai untuk detoks..hehe

    ReplyDelete
  9. mak selalu masak ni. senang. kuah lebih. sbb anak2 nya suka buat kuah bocor. hahahha manjang habis

    ReplyDelete
  10. best nii. iNA kalo lapar sangat, yang ni pon boleh makan semangkuk.Memang kenyang sangat makan sayur macamni tanpa nasi

    ReplyDelete
  11. Sedap.. senang Dan sihat kan

    ReplyDelete
  12. ratah je semangkuk sayur ni pun kenyang..

    ReplyDelete
  13. Tak makan sayur hijau...huhuhu..

    ReplyDelete
  14. Zumal jarang makan sayur. Hehehe. Tapi rare nama resepinya

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D