9 IDEA BELI HADIAH UNTUK PENGANTIN BARU

Tuesday, 26 November 2019

9 IDEA BELI HADIAH UNTUK PENGANTIN BARU


Assalamualaikum and hye readers.



Nak masuk musim cuti persekolahan ni, banyak lah jemputan perkahwinan yang ai terima. Terutama sekali daripada kawan-kawan dan sepupu-sepupu yang nak mengakhiri zaman bujang mereka. Tahniah ai ucapkan pada korang yang akan berkahwin dalam masa yang terdekat ini.


Gambar dari website Ikea.


Masalah besar bila dapat jemputan perkahwinan selain boleh pergi atau tidak, sudah semestinya nak pilih hadiah apa untuk pasangan pengantin. Nak beli barang ini takut pengantin tak suka, nak beli barang itu, takut pengantin tak guna. Tapi percayalah, korang bagi apapun pengantin akan suka. Guna tak guna tu belakang cerita.


Nak beli hadiah pun tak susah, korang boleh pergi je ke mana-mana pasar raya yang besar seperti Aeon, Parkson dan Sogo, Ikea dan sebagainya. Mesti korang rambang mata punya lah. Nak lagi senang? Korang beli je atas talian. Yang penting korang hanya perlu sediakan duit dan beli awal. Jom ai kongsikan idea apa yang korang boleh belikan sebagai hadiah untuk pengantin baru.


Kelengkapan Dapur


Gambar dari website Ikea.

Pengantin baru sahaja nak memulakan kehidupan yang baru, memasak penting untuk memikat perut suami. Kelengkapan di dapur sudah semestinya suatu keperluan. Harganya juga boleh didapati dengan sangat berpatutan. Kelengkapan dapur termasuklah barangan seperti pinggan mangkuk, cawan, periuk, sudip, sudu dan garfu.


Bekas Rempah / Bekas Pasta


Gambar hasil carian di Google.com

Ramai orang ingat bekas rempah dan pasta adalah hadiah yang remeh. Tapi korang tahu tak, kalau pengantin seorang yang sukakan hiasan di dapur, hadiah ini sangat berguna tau. Bekas rempah dan pasta adalah salah satu penyeri di dapur. Sekarang dah ada banyak rekaan untuk bekas ini. Cantik-cantik dan hanya tinggal untuk dipilih sahaja.


Gambar Kanvas


Gambar dari website Ikea.

Gambar atas kanvas ni tengah 'in' sekarang. Pilihlah gambar-gambar yang tidak keterlaluan tetapi cantik dan menarik. Tulisan atau ayat-ayat suci pun sangat menarik untuk dijadikan hiasan dinding. Kalau nak tempah pun dah ada banyak tempat untuk ditempah. Tinggal nak korang pilih je.


Barangan Elektrik


Gambar hasil carian di Google.com

Hadiah ini paling disukai oleh pengantin baru. Nak beli sendiri mahal, macam-macam pula tu nak dibeli. Bila dapat pada hari yang bahagia, bertambah-tambah bahagialah pengantin baru. Barangan elektrik yang sering dijadikan hadiah seperti mesin pengisar, periuk nasi, cerek elektrik dan seterika. Vacuum pun ada juga dijadikan sebagai hadiah. Yang lebih mahal dan disukai ramai adalah ketuhar dan ketuhar gelombang mikro. Nak lagi seronok, bagilah televisyen, mesin basuh ataupun peti sejuk. Tapi yang mahal sangat selalunya diberikan oleh orang yang rapat ataupun perkongsian beramai-ramai.


Cadar 'Comforter'


Akemi Uchi

Nampak mudah, tetapi cadar salah satu hadiah yang sesuai untuk pasangan pengantin baru. Pilihlah cadar dengan corak yang sederhana supaya sesuai dengan apa sekali konsep dan warna bilik pengantin. Lebih mudah jika berikan cadar yang tidak bercorak dan warna yang masuk dengan semua warna. Dan yang paling penting, tak perlulah cadar yang berambu ramba macam zaman mak-mak kita kahwin dahulu. Takut pengantin baru tak suka.


Tiket Kapal Terbang


Traveloka

Hadiah ini selalunya diberikan kepada pengantin baru yang rapat dengan kita. Pasti mereka seronok dengan hadiah ini. Tak payah keluarkan duit penerbangan untuk berbulan madu. Kan dah jimat untuk pengantin baru yang dah banyak keluarkan duit untuk majlis mereka. Tempah awal untuk dapatkan harga yang lebih murah.


Lampu berdiri


Gambar dari website Ikea

Kalau korang nak bagi hadiah yang berat tetapi tak mahal sangat, apa kata korang pilih lampu berdiri. Lampu jenis ini boleh didapati dengan harga bawah rm100. Pilih yang sesuai dengan apa jua konsep rumah. Pasti pengantin baru seronok dengan hadiah korang.


Baucer Hadiah


Gambar hasil carian di Google.com

Susah sangat nak buat keputusan nak cari hadiah apa, korang bagi je baucer hadiah. Biar pengantin baru pilih dan beli sendiri apa yang mereka mahu. Baucer hadiah ni korang boleh beli di Ikea, Aeon, Parkson dan banyak lagi. Korang pergi dekat bahagian customer service, mesti ada.


Duit


Gambar hasil carian di Google.com

Dulu ai memang suka beli hadiah untuk pengantin baru. Pada ai, dapat hadiah tu seronok. Tapi sekarang ai lebih suka bagi duit je dengan harapan duit tu dapat membantu mereka memulakan kehidupan baru. Chewahhhh. Padahal bagi duit paling mudah. Tak perlu nak fikirkan hadiah apa untuk diberi. Hahaha! Kalau korang sejenis pemalas nak berfikir macam ai, bagi duit adalah jalan yang terbaik. Tapi jujur ai katakan, masa ai kahwin ai paling gembira dapat hadiah duit.


Ok tak 9 idea yang ai bagi ni? Dah boleh buat keputusan korang nak beli apa untuk bakal pengantin baru? Kalau korang ada idea lain, korang boleh juga kongsikan di ruangan komen. Sama-samalah kita berkongsi idea. Mana tau dapat membantu ramai orang yang sedang kebuntuan memilih hadiah untuk majlis perkahwinan.




aisyaismail

16 comments:

  1. semua hadian kat atas memang jadi pilihan, cuma tang tiket kapal terbang dengan voucher tu je akak tak pernah cuba bagi utk hadiah kawin hehehe...
    musim cuti sekolah kan musim kenduri kahwin kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiket kapal terbang tu pun ai tak try lagi. Tapi adalah tengok orang lain buat.

      Delete
  2. singgah selasa
    minggu ini sangat bz

    ReplyDelete
  3. haah bagus idea ai ni.Ina pun selalu bagi duit je paling mudah. Sebab ketiadaan masa untuk bungkus hadiah tu. Huhuhu. Tapi kan, kalau bagi baju tidur seksi pun okay.ehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah teringat kawan ai dapat bra and panties.

      Delete
  4. Biasa bagi keperluan dapur atau perhiasan yang diperlukan :)

    ReplyDelete
  5. Mrs. A pun dah tua-tua ni suka bagi RM je...
    10 tahun dahulu rajinlah pi cari hadiah bagi hadiah sampai buntu nak bagi apa sebab risau sama dengan orang lain hahahaaa...

    ReplyDelete
  6. Mrs. A pun dah tua-tua ni suka bagi RM je...
    10 tahun dahulu rajinlah pi cari hadiah bagi hadiah sampai buntu nak bagi apa sebab risau sama dengan orang lain hahahaaa...

    ReplyDelete
  7. biasanya akak bagi duit je.. hee~ lepas majlis, pengantin confirm kekurangan duit.. manalah tau hadiah sedikit dari sampul kakak boleh membantu dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Ai lepas kahwin memang suka bagi duit je.

      Delete
  8. bagus juga ada post ni takdelah pening tak tau nak beli apa

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D