Lama betul tak menulis dalam blog kesayangan ni. Dah terlambat ke kalau ai nak ucapkan selamat tahun baru pada semua yang membaca entri ni? Selamat tahun baru ai ucapkan kepada semua. Tahun ni ai tak ada azam yang nak ditulis tapi ai nak cuba banyakkan menulis dalam blog ni. Itu je.
Entri kali ni ai nak ceritakan pengalaman semasa bercuti di Genting Highlands pada cuti Christmas yang lepas. Seingat ai, kali terakhir ai jejakkan kaki di Genting Highlands masa zaman sekolah menengah dahulu. Dah lama sangat tu. Dah lupa Genting tu apa.
Masa ni baru lepas gerhana matahari. |
Dari Tanjung Malim ke Genting Highlands
Percutian kali ni sebenarnya rancangan tiba-tiba. Sepupu Encik Husband kahwin pada 25 hari bulan tu di Tanjung Malim. Dah alang-alang jalan jauh, kami buat keputusan nak terus pergi bercuti. Destinasi pilihan pertama adalah Pulau Pangkor. Tapi disebabkan terlalu lambat nak cari penginapan, kami tak dapat penginapan yang sesuai dengan bajet dan kemahuan kami. Cari punya cari, akhirnya kami tukar destinasi ke Genting Highlands.
Pagi Rabu tersebut, kami bertolak ke Tanjung Malim terlebih dahulu untuk menghadiri kenduri kahwin yang bertempat di Kompleks Sukan Proton. Tahniah pada pengantin baru. Sejuk mata memandang pemandangan dari padang Kompleks Sukan Proton. Berbukit-bukit.
Selepas sesi bergambar, dalam pukul 4 petang kami bergerak dari Tanjung Malim ke Genting Highlands. Ikut jalan Batang Kali dalam sejam lebih juga lah baru kami sampai. Kami menginap di Geo 38 Residence yang terletak betul-betul di sebelah Geo Resort & Hotel. Geo 38 Residence ada 38 tingkat kalau ai tak silap. Kediaman kami terletak di tingkat 23. Tinggi tu.... gayat!
Sampai Genting dah lambat, jadi kami berehat dalam rumah je. Lepas Maghrib baru kami keluar cari makan. Kami makan di Zul Corner. Keluar awal tau, kalau lambat nanti penuh. Di Geo 38 Residence ni tak susah nak cari makan. Ada je kedai-kedai makan yang berhampiran. Starbucks, 7 Eleven dan pasar mini pun ada. Boleh lah kalau nak cari kudapan di tengah malam.
Jalan-jalan di Genting Highlands
Keesokan harinya selepas sarapan pagi, kami ambil Grab ke Puncak Genting. Grab turunkan kami di First World Hotel dan dari situ kami berjalan ke Skytropolis, Sky Avenue dan Resort World Genting. Penat weyh berjalan kat Genting! Kejung kaki. Makanan kat atas boleh tahan mahal tau. Kami memilih untuk makan di Kyochon.
Lepas makan kami naik Genting Skyway untuk ke Genting Premium Outlet pula. Genting Skyway ni adalah kereta kabel kalau ada yang tak tau. Beratur punya lah panjang. Nak beli tiket pun lama nak beratur. Tapi syukur alhamdulillah kami dapat laluan pantas sebab ayah mertua ai warga emas. Kalau korang ada bawa warga emas jangan lupa bagitahu masa beli tiket. Harga tiket pun tak sama macam harga kita-kita ni.
Pengalaman ai naik Genting Skyway ni, tak ada perubahan dari ai naik kereta kabel di Langkawi dulu. Sama! Tetap tak buka mata. Hahaha! Di Genting Premium Outlet kami hanya berjalan-jalan santai je. Masuk keluar kedai A, masuk kedai B. Keluar kedai B masuk kedai C. Dan begitu lah seterusnya tapi lenggang kangkung tak beli apa. Pada ai tak ada apa yang menarik pun. Tapi tak tahu lah kalau butik-butik yang kena beratur panjang tu.
Naik teksi dri GPO ke Geo 38 Residence
Dah penat berjalan, kami pun amik teksi untuk pulang. Letih kaki. Teksi di Genting ni korang kena pandai-pandai lah nego harga. Kalau tak, senyum je lah pemandu teksi bila korang bayar tambang. Ai tak tahulah teksi lain, tapi lebih 3 buah teksi yang kami tahan semuanya tidak menggunakan meter. Tapi bila penumpang memilih untuk naik Grab, korang bising job dah kurang. Eh, terbebel pula.
Lepas Maghrib kami turun bawah untuk mandi kolam. Tapi ai tengok je Encik Husband dengan abang dan adik dia melayan anak buah kami mandi sambil kuis-kuis air dengan kaki. Tak sejuk pun. Air dia suam-suam. Memang ramai yang mandi malam tu. Siap ada yang main baling-baling bola lagi.
Hari terakhir di Genting, kami bersantai-santai sebelum checkout. Kabus tebal pagi tu. Kami yang di tingkat 23 memang tak nampak apa. Pukul 11 pun kabus masih tebal. Sebelum pukul 12 tengahari, kami dah turun untuk ambil gambar. Banyak lokasi yang cantik untuk bergambar di situ. Nasib baik masa tu kabus dah tak banyak. Kalau tak, kelam je lah gambar-gambar.
Tempat bersantai ni hanya ada di tingkat 3, 13, 23 dan 33 sahaja. |
Dari tempat ni boleh nampak Puncak Genting. Cantik waktu malam. |
Habis sesi bergambar, kami terus pulang ke rumah dan tidak singgah di mana-mana. Kaki penat berjalan sehari suntuk semalamnya. Hahaha! Nampak sangat pemalas nak bersenam. Cuba kalau berjalan dengan duit berkepuk, mungkin kurang sikit penat tu. Hahaha!
Cuaca sejuk di Genting Highlands
Sebelum ai naik ke Genting, ai tak tahu nak bawa baju apa sebenarnya. Sebab ai tak tahu cuaca kat Genting tu macam mana. Kalau ikutkan kenalan yang baru turun dari Genting, cuaca kat sana sejuk sikit je dari di bawah. Jadi ai anggap tak sejuk lah sebab kat bawah ni panas lit lit. Bila sampai kat atas tu, terus sejuk beku.
Hari Ketiga kami di sana, kabus tebal sangat. Sampai tak nampak apa. Masa kami nak checkout kabus dah berkurang. Mungkin disebabkan tengah musim hujan. Alhamdulillah masa kami pergi hanya hujan renyai-renyai sahaja. Kalau tak, mungkin ai dah beku jadi ais. Jalan pun tak licin.
Tengahari pun masih berkabus. |
Di Genting sekarang ni dah ada macam-macam tempat yang menarik untuk jalan-jalan macam kebun strawberi dan ladang lebah. Siapkan duit je. Kami tak masuk semua tu sebab memang tak ada dalam plan. Memang nak cuci-cuci mata sambil tenangkan fikiran je. Tapi pada ai, tarikan utama Genting Highlands adalah outdoor theme park. Kalau dah siap nanti, pasti lebih sesak Genting Highlands.
aisyaismail
wah bestnya bercuti
ReplyDeleteJarang-jarang berlaku. Hehehe!
Deletebestnya tengok kat gambar nih, dah lama tak naik genting nih.... sekarang ni kan cuaca panas berdeting... mesti sesuai naik genting time-time nih
ReplyDeleteOh dah mula panas ea? Aritu ai assume panas gak. Sekali sejuk beku.
Deletemasih menungu dgn penoh harapan ye outdoor theme park tuuh.. hehehe
ReplyDeleteHahaha tu lah pasal. Macam banyak lagi tak siap tu.
Deletenow i feel like i need a vacation.
ReplyDeleteYes, u need! Hahahah!
Deletebestnyaa. Baca ni pun dah seronok... mcm betul ada kt sana
ReplyDeleteHahaha nanti lepas baby keluar bolehlah pergi.
Deleteseronoknya pergi genting.. Sisyat pun ada voucher penginapan free tu. tp belum plan bila nka ke sana :-)
ReplyDeleteBest tapi penat sangat-sangat.
DeleteHujung bulan 12 pun naik juga genting,tapi x up entry lagi..hehehe..
ReplyDeleteHaaa up cepat boleh baca.
Deletewaalaikumussalam. seronok nya ke genting. tapi kami selalu ke cameron ja. hehe
ReplyDeleteCameron jauh. Tu yang tak g ke sana tu.
DeleteLast g Genting tahun 2014. Ni banyak tempat baru, takde pergi lagi..
ReplyDeleteOk lagi lah dari ai zaman sekolah dulu. Hahaha!
Deletelama gilee tak pegi Genting.. ade 2 tahun kot hehe..
ReplyDelete2 tahun tak lama sangat tu.
DeleteOklah tunggu outdoor theme park siap baru nak panjat semula.
ReplyDeleteLast pergi GH April 2018.
Ya.. tapi kalau siap pun macam lah ai nak naik. Hahaha
DeleteWah.. jalan ke Tanjung Malim ye.. dekat dah dengan Sha..
ReplyDeleteLama tak ke Genting.. huhuhu..
Kejap je kat Tg Malim tu.
DeleteSaya rajin jugak ke Genting tapi balik hari
ReplyDeleteMemang nak rest aritu. So tido je kat sana terus.
DeleteLama tak ke Genting Highland. Banyak dah berubah. Teringin nak jejak lagi tapi tak tahu bila nak sampai sana :)
ReplyDeleteAda masa nanti pergi lah. Cuci-cuci mata.
Deletewah bestnya baca pegi genting...teringin jugak nak pegi lepas2 covid ni...tq sharing
ReplyDelete